Saturday, 3 December 2016

Indonesia (Padang) - Day 5

Assalamualaikum !!!

Hari ni merupakan hari terakhir di Padang untuk percutian kali ni. Sebenarnya dah takdak apa yang nak buat melainkan sarapan hanya di hotel (malas nak keluar), masuk bilik sambung kemas barang, lepak-lepak lepas tu teringat nak pergi Tepi Laut.

Gambar jangan tak gambar...

Dataran yang terdapat disitu...

Lepas dah berpeluh-peluh tengah panas, terus gerak nak ke airport. Penang, here i come. Sebelum tu transit di KL dulu...

Friday, 2 December 2016

Indonesia (Padang) - Day 4

Assalamualaikum !!!

Hari ni siap kemas-kemas barang sebab nak gerak ke Padang dari Bukit Tinggi. Sebelum ke Padang, aku sempat masuk ke Lobang Jepang yang terletak di Taman Panorama (betul depan hotel je). Lobang Jepang ni dibina oleh orang Indonesia yang ditawan oleh pihak Jepun. Nak masuk kena bayar, nak ingat berapa bayarannya. Nanti ada guide yang tolong bawa ke terowong tersebut (kena bayar upah lain pula). Guide tu akan ceritakan tentang info berkaitan dalam lubang tersebut. Katanya ada 3 perkara yang tidak terjawab sehingga kini (aku dah lupa cuma ingat 1 je, kemanakah perginya tanah-tanah yang digali tu)...

Pintu masuk untuk membayar tiket...


Itulah Lobang Jepang... ada seratus lebih
anak tangga rasanya...


Pemandangan selepas pintu masuk...

Selepas sejam lebih berada dalam Lobang Jepang, aku mendaki bukit untuk kembali ke hotel (boleh je naik taxi untuk ke hotel). Bersihkan diri sebelum check-out untuk ke Padang. Dalam perjalanan ke Padang sempat singgah di Aur Kuning untuk membeli kain ela (bawa balik untuk dijual). Di Aur Kuning, lebih sesuatu untuk belian secara pukal, kalau beli satu-satu mahal. Sangat tak sesuai untuk yang sakit kaki sebab keadaan jalan dan kedainya...

Selesai membeli, perjalanan di teruskan dan terasa perut mula mengeluarkan bunyi-bunyi jadi berhenti makan tengah hari di Rumah Makan Pak Datuk Cabang Dumai (ramai diplomatik dan vvip makan di sini). Makanan boleh tahan, tempat pun selesa.

Menu makan nasi padang tak jauh beza
yang membezakan rasa...

Perut sudah kenyang, jadi teruskan perjalanan ke Pusat Dokumentari Rumah Gadang. Sampai di sini, akan ada penerangan tentang rumah gadang atau rumah minangkabau. Kalau terasa nak cuba pakaian pengantin cara Minang, boleh cuba dengan bayaran Rp10000-150000. Boleh pilih warna pakaian yang dikehendaki lepas tu boleh bergambar di segenap pelosok rumah tersebut...


Rumah Gadang aka Rumah Minang...

Sempat la merasa... hik3

Perjalanan diteruskan ke hotel di Padang. Di sana aku menginap di Hotel Bunda. Terletak di kawasan jualan malam + tani dan shopping mall. Jalan kaki je nak ke semua tempat tu.

Lepas solat maghrib, terasa nak makan Bakso... Terus mencari Restoran Bakso Lapangan Tembak. Bakso di sini memang terbaik, tapi, tapi, makanan lain tak sedap. Serius cakap. Atau mungkin mulut aku tak boleh telan kot. Citarasa berbeza kan...

Nampak macam biasa2, tapi
rasanya ummmppphhh...

Gandingan hebat
Alpukat...



bersambung...






Indonesia (Bukit Tinggi) - Day 3

Assalamualaikum !!!


Bersambung kita dengan hari ketiga aku di Bumi Minangkabau. Breakfast hanya di hotel sebab takdak kekuatan nak mencari di luar. Selepas perut diisi dengan jayanya, nak beli sedikit la buah tangan untuk di bawa balik. Jadi yang makanan ringan yang sedap dan famous di Padang ni adalah Sanjai aka kerepek ubi kayu (kalau tak salah aku la). Singgah la di Sanjai Ummi Aufa Hakim. Di kedai ni, boleh tengok cara pembuatan kerepek2 yang dijual. Makan panas2 pun sedap, dah sejuk pun sedap sebabnya kerepeknya baru.

Lepas membeli sedikit sanjai untuk dibawa pulang ke Malaysia, aku meneruskan perjalanan ke Istana Pagaruyung. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Basa terletak di bandar Batusangkar merupakan salah satu warisan yang terkenal di Sumatera Barat. Dan untuk pengatahuan hampa, istana sekarang yang menjadi kunjungan pelancong ini merupakan replika daripada istana sebenar yang terletak di atas Bukit Patah yang mana ianya sudah hangus terbakar.

Ramai betul rombongan yang datang masa ni...
Gambar tak berapa jelas sebab kalut hari nak 
hujan nak oiii....


Dalam perjalanan balik ke hotel, terasa lapar sebab hanya makan sarapan saja tadi. Jadi di pertengahan jalan terdapat restoran iaitu Pondok Flora Restoran. Rumah makan ni terletak di kawasan sawah padi, jadi sambil makan sambil melihat kehijauan padi-padi. Lupa nak bagitahu, yang ada kolam ikan di tepi setiap meja makan. Maknanya, makanan yang tak habis, boleh la bagi ikan-ikan tu makan. Segala mak nenek ikan tu telan.

Antara lauk-pauk yang di hidangkan...


Itik pun ada...


Ikan ni la yang makan semua
jenis makanan (jenis tak memilih ni)...

Ada 2 3 ekor burung hantu...


Monyet pun ada...
Ni aksi nak masuk gimnastik kot...


Rumah Makan
Pondok Flora...


Habis makan perjalanan diteruskan untuk ke Pasar Atas yang terletak di Bukit Tinggi. Tak jauh dari hotel yang aku duduk. Siapa yang jenis kaki shopping memang boleh gila. Sebab barang-barang yang dijual sangat-sangat murah. Antara barangan yang ada macam telekung, t-shirt, kain ela dan etc. Kalau nak murah eloknya beli di kaki lima jalan di kawasan jam gadang. Kalau naik ke pasar, harga mahal sikit. Sila tunjukkan kemahiran kalian untuk sesi tawar-menawar...

Lepas penat shopping, terus balik ke hotel untuk rehatkan badan dan solat. Untuk makan malam, nak cari sesuatu yang lain (muak dah dengan nasi padang), jadi aku ke Kharisma Hotel. Di hotel tersebut ada restoran Teratai Cafe & Restaurant. Hidangan yang ditawarkan lebih kepada Chinese Food. Boleh la makan, nak kata sedap sangat tidak la, tapi dah ada kat tempat orang, telan je la. Nak makan sedap-sedap, masak sendiri kat rumah (itu pun kalau pandai masak)...

Antara menu yang ada. Makanan 
tak berasa sangat, kena mintak 
sambal belacan...


bersambung...







Friday, 25 November 2016

Indonesia (Bukit Tinggi) - Day 2

Assalamualaikum !!!

Hari kedua diteruskan dengan hanya bersarapan di hotel sambil menghirup udara yang segar. Selepas bersarapan sempat la untuk bergambar di sekitar kawasan hotel. Jangan hairan kerana, pagi-pagi lagi peniaga akan berhimpun di kawasan hotel untuk menjual jualan mereka. Mereka ini hanya berniaga apabila terdapat tamu yang menginap di hotel tersebut sahaja.

Tersama pulak warna baju dengan pokok kat situ... 
hikhikhik

Saujana mata memandang...

Satu-satunya resort yang ada di situ...

Para peniaga dan jualannya...

Sales check-out aku meneruskan perjalanan ke Rumah Buya HAMKA. Untuk kesana harus melalui Kelok 44. Kelok bermaksud Corner yang mana terdapat 44 corner yang begitu curam dan menakutkan. Hanya kereta dan bus berkapasiti max 25 orang sahaja yang boleh melalui jalan tersebut. Kenderaan besar daripada itu tidak dibenarkan kerana jalannya sempit dan berliku-liku. 

Tiba di Rumah Buya HAMKA, aku di sambut oleh anak saudara Buya HAMKA iaitu Pak Rashid untuk mendengar serba sedikit cerita berkaitan Buya HAMKA. Selesai mendengar cerita dan sesi bergambar, aku meneruskan perjalanan untuk ke Bukit Tinggi.

Bergambar sebelum naik ke atas...

Sempat meminta tanda tangan untuk novel
Tenggelamnya Kapal Van Det Wjick...

Makan tengah hari di rumah makan Simpang Raya. Makanan tak sesedap dulu tapi kerana lapar, makan je tanpa banyak kerenah. Singgah sebentar di Pandai Sikek untuk membeli telekung buatan tangan hasil tempatan. 

Tiba di Bukit Tinggi terus check in di Hotel Grand Malindo yang mana ianya terletak di tengah-tengah kawasan bandar Bukit Tinggi. Selepas beristirehat dan menunaikan solat, makan malam di Wong Semarang. Merupakan restoran ayam penyet. Sedap dan murah.


bersambung... 


Indonesia (Tasik Maninjau) - Day 1

Assalamualaikum !!!

Hi there....

Tersangat la sibuk untuk beberapa bulan ni, sampaikan tak sempat nak menjengah blog. Sorry for late reply pada yang email untuk itinerary atau sebarang pertanyaan.

Ok, pada kali ni aku nak cerita tentang perjalanan ke Padang, Indonesia pula. Pada aku Padang, Indonesia suatu tempat yang mendamaikan dan bagi pencinta keindahan alam sangatlah sesuai kerana keadaan alam semulajadinya tidak terusik dan masih terpelihara.

Perjalanan bermula dari Penang International Airport ke KLIA2 dan seterusnya KLIA2 ke Minangkabau International Airport. Sejurus selepas sampai terus makan tengah hari di Lamun Ombak. Kalau dah namanya pergi ke Padang, tak lengkap kalau tidak makan Nasi Padang yang terkenal dengan kepelbagaian lauk pauk yang dihidangkan. Tapi ingat, sentuh lauk yang nak dimakan sahaja, sebab lauk yang tak disentuh tidak akan dikira. Sekiranya ambik kuah pun akan dikira sebagai satu hidangan. Lauk pauk yang dihidangkan dalam hidangan yang kecil dan lauk-lauknya unik seperti otak lembu masak lemak, tulang keting lembu, otot lutut, usus, etc...

Antara lauk-pauk yang terhidang...

Selepas perut terisi dengan jayanya, perjalanan di teruskan ke Air Terjun Lembah Anai. Air terjun ini berada di pertengah jalan untuk ke Bukit Tinggi. Dari jalan akan nampak terjunan air tersebut. Dipercayai oleh rakyat tempatan, sesiapa yang membasuh muka dengan air terjun tersebut, maka seri wajahnya akan kelihatan. Waallahualam... 

Dari kejauhan dah nampak...

Berhenti seketika untuk bergambar dan perjalanan diteruskan untuk ke hotel. Hari pertama menginap di Hotel Nuansa Maninjau terletak di kawasan tanah tinggi Tasik Malinjau. Makan malam di hotel sahaja...


bersambung...






Monday, 11 April 2016

Tips Melancong ke Cambodia/Kemboja

Assalamualaikum !!!

Hari ni baru berkesempatan untuk menjenguk blog yang bersawang teruk ni. Terlalu busy untuk pertengahan tahun lepas sehingga la tahun ni. Program penuh sampaikan tak cukup masa untuk rehat. So hari ni, aku nak share beberapa tips kalau kalian nak melancong ke Kemboja secara sendiri (backpackers).

Antara tips yang boleh digunapakai or dirujuk :-

1. Tukar duit USD sebab matawang kemboja iaitu KHR terlalu kecil dan majoriti urusan jual beli lebih banyak menggunakan USD.

2. Buat research berkaitan kedai makan atau restoran sebab agak sukar nak mencari makanan halal di sini.

3. Jika anda seorang yang pemurah, sediakan wang-wang kecil untuk di derma kepada peminja sedekah, sebab sekali anda memberi, berkerumun anak-anak kecil akan mengekori anda.

4. Peruntukkan satu hari jika ingin melawat kawasan Angkor Wat kerana kawasannya besar dan waktu paling cantik adalah menjelang petang.

5. Jikan ingin membeli kain sutera atau apa-apa barang di mana-mana (kecuali shopping mall), sila tawar separuh daripada harga yang dinyatakan.

6. Jika ingin ke Seam Reap dan Phnom Penh, lebih baik ambil flight turun di Seam Reap dan balik dari Phnom Penh sebab perjalanan dari Seam Reap ke Phnom Penh sangatnya mencabar minda dan fizikal - boleh berjoget2 dalam bas.

7. Kalau ada kesempatan, booking untuk dinner di atas kapal menyusuri Mekong River - pemandangan yang sangat cantik.


Aku rasa ini je kot tips yang dapat aku share sebab aku pun dah lama tinggalkan bumi Kemboja, tapi suatu hari nanti aku nak pergi semula untuk menghayati sebuah perjalanan yang dinamakan kehidupan.

Selamat Bercuti !!!


Cambodia (Phnom Penh) - Day 6

Assalamualaikum !!!

Hari terakhir di bumi Cambodia... Lepas je breakfast di hotel, aku mengambil kesempatan untuk bersiar-siar di bandar Phnom Penh sebelum pergi ke airport untuk pulang ke Malaysia bumi bertuah...

Untuk hari terakhir ni tak banyak aktiviti yang dilakukan melainkan bersiar-sira dan melihat ragam manusia yang berjuang untuk meneruskan hidup.

Kesimpulan yang dapat dibuat, masyarakat beragama Islam di Kemboja sangat terpinggir mungkin kerana bilangnya minoriti dan suara mereka tidak di dengari oleh pihak-pihak berkenaan. Dari perbualan dengan beberapa orang Islam di sana, mereka seolah-olah di anak tirikan di negara sendiri tetapi bertuah kerana negara seperti Malaysia banyak memberi bantuan apabila tibanya perayaan seperti Hari Raya Korban dan kerap mengadakan program-program kebajikan bersama-sama orang tempatan. Jadi bersyukur kita tak perlu hidup seperti mereka...