Tuesday, 25 March 2014

Puisi atau Sajak - #11 Doa di Utus Harapan Ku Tunggu (MH370)

ku menanti tanpa mengeluh
tanpa ku kenal erti penat
setiap berita ku sertakan doa
doa yang tak putus buat mereka
agar semuanya selamat 
selamat kembali membawa
berita gembira buat semua...

#PrayForMH370

nukilan nadya
3/13/2014

Puisi atau Sajak - #10 Harapan Tersemat (MH370)

biar seribu andaian dibuat
biar seribu kata diluah
biar seribu tahun menanti
Tuhan, jangan benarkan 
kami berhenti berharap
Tuhan, jangan benarkan 
kami berputus asa
kami tetap setia menanti
ketibaanmu wahai #MH370

#PrayForMH370

nukilan nadya
3/12/2014

Puisi atau Sajak - #9 Tanpa Berserah Tanpa Mengalah (MH370)

Moga sinar mentari pagi ini
memberi sinar harapan
kepada keluarga 
#MH370
hanya pada-Mu
kami menadah tangan...

#PrayForMH370

nukilan nadya
3/10/2014

Selayang Pandang

Assalamualaikum !!!

Ya Allah, dah sebulan aku nak buka blog, malam ni berkesempatan nak buka. Sebenarnya semenjak kebelakangan ini, aku agak sibuk dengan assignment yang melimpah ruah yang perlu di hantar dengan kadar segera dan beberapa minggu lepas aku berkesempatan untuk melihat negara orang iaitu Bumi India (topik ni akan di update kemudian).

Dunia digemparkan dengan kehilangan MH370. Sebagaimana tergemparnya berita ini, begitulah hati aku bila mana aku tiba di Malaysia pada hari yang sama pesawat MH370 hilang. Ya Allah, sesungguhnya berat sungguh ujian daripada-Mu buat kami (tapi percayalah Allah tahu pada sesiapa Dia patut memberi ujian kerana orang tersebut mampu menanggungnya).

Dalam waktu kehilangan pesawat MH370 ini, aku ada berkongsi beberapa puisi dan kata-kata semangat yang ku titipkan di laman Intagram aku (NADYARUSLY) jadi aku mengambil keputusan untuk berkongsi di blog aku yang sudah ketandusan cerita ini (bukan takda idea, cuma kekangan masa).

Moga kita berjumpa lagi...

Al-Fatihah
#MH370
#PrayForMH370


Tuesday, 25 February 2014

Puisi atau Sajak - #8 Mencari Impian

Ku mengejar impian yang tak pasti
tapi ku cuba gagahi
untuk menghampiri
bukan sukar untuk dimengerti
tapi rumit untuk difahami
apatah lagi untuk ditafsir sendiri
oleh mata jiwa tak tak punya hati
yang lebih suka untuk menyendiri
membiarkan ia berlalu pergi
meninggalkan sekelumit di hati
untuk dibuat terapi
mengharungi sinar mentari
yang mencanak sejak pagi
menunggu sang penghuni
keluar mencari rezeki
bukan untuk hati nurani
tapi lebih kepada menghargai
apa yang telah dikurniakan oleh Ilahi
supa menjadi insan yang mampu berdiri
atas kesenangan sendiri
bukan cara mengkhianati
walau dengan kawan sendiri
impian itu sesuatu yang murni
mencarinya perlu kesabaran yang tinggi...


1952
2/25/2014
sekali menaip
selesai semuanya

Sunday, 23 February 2014

Teater Bidasari - Wow!

Assalamualaikum !!!

Ya Allah, baru kini aku berkesempatan nak mencoret dalam blog yang dah mula dipenuhi sawang ni... Adoiii... Sangat busy la beberapa minggu ni...

Tapi, dalam masa dok busy2 ni, sempat jugak la aku bersama sahabat baikku si Wani aka Rokiah tu dan sepupunya Yda pergi ke KL atas jemputan pihak Istana Budaya (jemputan la sangat, bapa saudara ku yang arrange kan) untuk menyaksikan persembahan teater BIDASARI...

Jadi entry kali ni, aku nak cerita sikit pasal teater BIDASARI ni (nantikan komen2 puaka dariku)... jeng jeng jeng

Secara keseluruhannya teater ni memang memenuhi citarasa aku. Mungkin sebab aku ni bukan jenis yang minat K-Pop (ada kena-mengena ke??? hurrmmm) atau J-Pop dan sewaktu dengannya. Segala jenis seni yang klasik2 dan old school memang aku suka (tak seiring dengan usia - lantak lah).

Teater ni berkisarkan tentang seorang perempuan cantik yang mana kecantikannya dicemburui oleh seorang permaisuri (sumpah malas nak tulis lebih lanjut sebab rasanya kalau tanya cik Google semuanya akan terjawab). Bagi aku lakonan yang paling mengagumkan adalah lakonan daripada Raja Azura (aku bagi full star la kat dia). Memang menjiwai dan sangat berkesan. Lontaran dialog dan bahasa tubuh memang terbaik. Fathia dan Aiman memang nampak cuba sehabis baik untuk teater ni dan tidak mengecewakan begitu juga dengan Datuk Jalaluddin Hassan, Fadhilah Mansor dan Radhi Khalid yang mana mereka ini memang handal dalam lakonan dan gaya masing2 ni. Cuma aku ada sedikit masalah dengan Hairul tu. Entah kenapa aku macam nak berapa bekenan dengan lakonan dia. Yang mana ada kesilapan kecil tu memang dia tak pandai nak cover mungkin juga sebab dia baru mencuba lakonan teater ni. Sebab seperti yang semua sedia tahu, bahawa teater langsung tidak sama dengan drama atau filem ini kerana setiap kesalahan yang berlaku di dalam teater akan disedari oleh penonton dan tidak boleh dilakonkan semula.

Apa-apa pun, teater ni memang terbaik la. At least, kita memartabatkan cerita-cerita rakyat bangsa Melayu. Indahnya teater ini dengan adanya seni tari, seni suara, seni silat dan seni-seni yang lain. Generasi muda sangat memerlukan cerita-cerita sebegini bukannya cerita cinta semata-mata.

Barisan pelakon teater BIDASARI.

Saja suka-suka...





Monday, 13 January 2014

Qoutes - Tagalog #1

Assalamualaikum !!!

Setakat hari ni dah lebih dua (2) bulan aku belajar bahasa Tagalog. Cara aku belajar memang rare habis la sebab aku just belajar melalui drama2 and movie2 yang aku tengok kat internet ni je. Dah la tengok movie takde subtitle, sat2 pause and google translate la jadi mangsa aku untuk aku nak tahu sesuatu ayat tu. Tapi bahasa tagalog ni tak la susah sangat nak faham sebabnya banyak perkataan yang digunakan lebih kurang dengan bahasa Malaysia kita ja. So, dari apa yang diucapkan kita boleh tangkap secara tak langsung (macam nak tangkap ikan ja)...

So, hari ni aku nak share beberapa quotes dalam bahasa Tagalog dan aku akan sertakan dalam juga dalam bahasa Inggeris. Sama-sama kita belajar. Tak salah kita belajar lebih daripada satu bahasa. Tak rugi malah lebih untung.

#1 : labanan hanggang sa patak ng dugo
      fight until the last blood

#2 : hindi mo pwedeng ipasa na lang sa wish ang isang bagay. syempre kailangan mo rin kumilos           para matupad ito
      You can not just wish to pass something of course you also need to act to fulfill it

#3 : Ang mga bagay, hinihintay dumating sa tamang panahon. So kung hindi ka makapaghintay,             hindi kayo bagay
      These things, while awaiting the arrival at the right time. So if you wait, its not a matter

#4 : Hindi lang ikaw ang nasaktan. May mga bagay lang talaga na mahirap man tanggapin, pero             kailangan
      Just do not hurt you. There are things that just really hard to even accept, but you need it

#5 : Matuto kang makuntento sa kung anung meron ka kasi may mga bagay na sayo na pero                 ipinagdarasal pa rin ng iba
      Learn to be content to specify what you're there because there are things that you pray but still       others

Ok, cukup la dulu kita belajar 5 quotes. Nanti kalau ada sama aku akan update lagi. Lagi pun sekarang ni busy teramat2 sangat. Susah nak cari masa untuk menekan papan kekunci ni...