Sunday, 28 September 2014

India - Bangalore & Hampi

Assalamualaikum....

Malam ni aku cuma terasa nak upload gambar2 sepanjang aku berada di India... Otak agak lembab untuk mengarang dan bermadah helah...

Layannnnn....



















Saturday, 16 August 2014

India (Hampi & Bangalore) - Day 4

Assalamualaikum...

Day 4...

Hari ni terasa macam ada mood untuk mengetuk-ngetuk papan keyboard ni. So, aku akan continue cerita (padahal bh gambaq ja lebih... hehehheheh) tentang pengembaraan aku di bumi India ni. Selepas puas pergi jalan2 ke kuil2 dan meronda menaiki motosikal (dlm entry lepas ada cerita), sehingga petang, aku kembali ke tempat penginapan untuk mengemas barang2 sebab pada pukul 8pm aku akan bertolak balik ke Bangalore menaiki bus. So, seperti biasa, layan gambarrrrrrrrr....

Dalam bus dalm perjalanan nak balik...
Satu katil satu plug. Bagus...


Keadaan katil dalam bus... 
Ni untuk 2 orang... Bus sangat selesa
malangnya tiada kemudahan tandas... 
Sila tahan pundi kencing...


Naik Auto pusing2 bandar...


Chicken Briyani terbaik. Satu set boleh makan 4 orang...
Briyani best ni boleh cari kat Empire Hotel...


Betapa sedapnya sehingga licin...


Manisan yang terdapat di Nandhini Palace...
Tak try sebab katanya manis...


Macam patung da... Tapi sporting


Restoran Fish Curry & segala jenis kari
yang kebabooommmm...


Sapa boleh habiskan memang hebat la...
Aku rasa kalau makan hari2, mau potong kaki ni...



Thursday, 19 June 2014

Merepek

Assalamualaikum !!!

Setelah beberapa (bukan hari atau minggu) bulan tak update blog, malam ni cuci2 la sikit sawang2 yang melingkari blog aku ni. Takde apa pun nak share (sebenarnya banyak) tapi tak cukup masa nak mengarang ayat2 dalam ni. Otak stuck dengan ilmu2 yang masih tertinggal walaupun exam baru je berakhir...

Nanti bila ada masa, aku akan continue update entry pasal India dan kemudiannya Jakarta-Bandung...
Stay tune yaaa....

Tuesday, 15 April 2014

India (Hampi) - Day 3

Day 3...

Hari ni aku meneruskan langkah untuk meneroka kawasan di seberang sungai. Sungai ini memisahkan antara Holy Side dan Non-Holy Side.

Holy Side = kawasan yang makanannya tiada sebarang unsur daging. sayuran sahaja
Non-Holy Side = kawasan yang menghidangkan daging seperti kambing tetapi masih TIDAK HALAL untuk yang beragama Islam.

Untuk meneroka kawasan Non-Holy Side, aku menyewa sebiji motosikal untuk memudahkan pergerakan kerana kawasannya terlalu luas. Jika anda tidak mempunyai lesen memandu, anda juga boleh menyewa auto beserta pemandunya sekali.

Disebabkan aku dah tak larat untuk menekan papan keyboard ni, maka dengan itu layan la gambar-gambar di bawah...

Rare giler motor ni




Hanuman Temple
Terletak di ketinggian 650meter...



Ni lah hanuman aka monyet

Dinding dari taik lembu

Sekolah

Tasik yang tersangatlah besar

bersambung...

India (Hampi) - Day 2


Day 2...

Aku tiba di Hospet jam 6.30pagi. Untuk ke Hampi perlu menaiki auto selama 1jam. Sepanjang perjalanan aku melihat aku kejadian dimana seorang lelaki india membunuh diri dengan membenarkan dirinya dilanggar oleh keretapi. Dasyat sungguh orang-orang kat sini. Sampai di pekan Hampi, aku terus check-in motel (takde maknanya nak dapat hotel kat sini) dan mandi seterusnya sarapan pagi. SubhanAllah, cantik sungguh ciptaan-Nya.

Breakfast di rooftop cafe...

Selepas sarapan, aku bergerak menaiki auto untuk melawat tapak sejarah yang di iktiraf oleh Unesco. Kawasan tapak sejarah untuk hari ni di daerah Holy Side (tiada makanan yang berasaskan daging yang dijual di sini - semuanya vege)

Jom layan gambar2...



















Boleh dikatakan hampir kesemua kuil2 ini tidak lagi digunakan untuk upacara sembahyang, tapi lebih kepada tempat lawatan yang penyimpan seribu satu sejarah untuk setiap satunya. Bagi melawat kesemua kuil2 yang masih kukuh ini mengambil masa kira-kira empat(4) jam untuk sesi pertama dan tiga(3) jam untuk sesi kedua. Sangat letih dengan cuaca yang agak terik tetapi dingin dan perlu kekuatan fizikal iaitu kaki yang kuat untuk berjalan di setiap kuil. 

bersambung...