Thursday, 29 August 2013

Puisi atau Sajak - #5 Merdeka dan Negara

Namamu di laung sekali setahun
itu pun pada yang duduk berhimpun
bukannya ada rasa kagum
cuma ikut rentak pelbagai kaum
terasa malu bila berdiam
tak dak langsung rasa berdendam

Merdeka datang tak macam raya
semangat yang tinggi berlalu sahaja
nak paksa nanti kata tak rela
sendiri fikir bila dah dewasa

Bukan senang nak capai tahap sekarang
sebabkan ada perasaan sayang
sanggup gadai harta dan wang
asal dapat sama-sama berjuang
berjuang untuk daulatkan negara
dari dijajah musuh durjana
yang datang salam tak disambut
ada yang berlari cabut
sampai tertinggal capal dan kasut

Hargai ketika masih aman
tak guna berbalah sebesar kuman
duduk sama ada perbincangan
sabar dan dengar untuk persetujuan
bukannya sampai naik tangan

Negara ini negara aman
harap kekal selama-lamanya
elakkan diri dari bermusuh
musuh diluar tak pernah luntur
dapat suntik semangat liar
habislah kita nak hadapi mereka

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka!!!

5.41pm
8/29/2013
sepintas lalu dikepala


Monday, 26 August 2013

Puisi atau Sajak - #4

Jiwa yang tenang sukar dicari
jika dia sendiri masih mencari tuhannya
Tidak sukar mencari
jika tahu dimana dia berada
Semuanya masih disini
Di tempat yang sama
Sentiasa menanti untuk yang mencari
Mencari yang hakiki
Tiada yang mustahil
untuk sesuatu yang pasti
Usah merana kemudian hari
akibat kurang percayakan diri

Tenangnya saat itu
sedamai laut tanpa ombak
seringan angin yang tiada ributnya
Hanya yang memahami
Mampu merasai
tapi tidak mampu menanggung
Walaupun mencari keredhaan yang sama...

10.58pm
8/26/2013

Khasiat Avocado

Assalamualaikum !!!

Bila mood menaip datang habis la. Setiap tiga empat hari terasa nak update je. Bukan ada apa sangat pun nak share kali ni, just a little bit about AVOCADO. I love this fruit very much but not as much as DURIAN (hahahahah). Sebenarnya sebelum ni aku just makan buah ni macam tu je, tapi bila first time pergi Medan, rupa-rupanya dorang kat sana buat blended (orang Indon bilang 'Alpukat'). Memang wow wow da boom la rasanya. Sedap bangat sih...

So, aku nak bercerita serba sedikit berkaitan khasiat buah avocado ni. Buah ini berasal dari Mexico kerana cuaca dan keadaan muka bumi di sana sesuai untuk penanaman. Antara khasiat yang boleh diperoleh daripada sebiji buah avocado ini adalah seperti asid oleik (mencegah kanser payu dara), vitamin B6 dan asid folik (menjaga jantung), tinggi antioksida (lambat proses penuaan), potasium (mengawal tekanan darah tinggi) dan sebatian beta-sitosterol (menurunkan kolestrol dalam darah). Dalam kata lainnya, sesiapa yang obses dengan kecantikkan diri sangatlah sesuai untuk menjadikan buah Avocado ni sebagai buahan kegemaran.

Sepanjang hidup aku ni, banyak juga la cara-cara untuk menghidangkan buah Avocado ni. Selain dijadikan jus "Alpukat", buah ni juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan di dalam salad, atau pun makan macam tu ja.

Tips untuk pilih buah Avocado yang masak adalah dengan melihat kulitnya dah agak kehitaman dan goncangan buah tersebut. Jika tidak kedengaran apa-apa bunyi maka buah tu dah masak. Jangan sesekali picit buah tersebut sebab nanti isinya akan lebam. Nak elakkan lebam bila dah buang kulitnya perahkan lemon untuk keasidannya (untuk jus tak payah la)

Ok. Kat sini aku share resipi (resipi la sangat) untuk buat jus "Alpukat".

Bahan-bahan 

1 biji Avocado
3-4 sudu besar susu pekat
Ais
Air
Chocolate syrup / Chocolate rice

Cara Membuat

- Buang kulit dan potong dadu isinya
- Kisar bersama susu pekat + ais + air
- Sapukan keliling gelas dengan chocolate syrup
- Tuangkan bahan kisaran tadi

Selamat mencuba...

Credit to Google Images

Wednesday, 21 August 2013

Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang - Part I

Assalamualaikum !!!

Ya Allah, minggu ni tersangat-sangat la busy nya sebab semester ni bermulanya hidup aku sebagai pelajar kembali. Lepas tu, kedai pun dah mula beroperasi seperti biasa. Jadinya, hidup aku dah mula serabut macam tak berapa nak waras. Hari-hari balik tengah malam dengan tak cukup rehatnya. Ok la tak nak cerita panjang pasal masalah aku, so for entri kali ni, aku nak share tempat-tempat makan menarik yang ada di negeri tercinta - Pulau Pinang (Penang).

Kita mulakan makanan untuk sarapan pagi... Jeng jeng jeng...

Dimanakah tempatnya kalau bukan Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor. Pergi je sini, tak payah nak pening-pening pikir tempat lain nak cari makanan untuk sarapan sebab di Astaka ini terdapat puluhan jenis makanan yang akan membuatkan otak anda berhempas pulas memikir apa yang akan menjadi pilihan. Antara menu terhangat di sini adalah seperti Serabai, Nasi Lemak Gerai No 25, Sandwich Tuna/Ayam, Mee Sup Buana, Char Keoy Toew, Wantan Mee dan pelbagai lagi jenis makanan yang sememangnya wow...

Cara ke Astaka Taman Tun Sardon : untuk luar Penang, ikut susur keluar ke Gelugor, akan lalu di hadapan pintu utama USM, selepas traffic light yang kedua, turn left and terus sampai jumpa deretan kereta yang berselerakan di tepi jalan.

Seterusnya kita tekan minyak ke destinasi untuk makan tengah hari. Kalau bukan makanan dan lauk pauk, sudah pasti nasi mamak menjadi pilihan... Untuk lauk pauk (masakan Melayu) anda di suggest kan ke Awet Muda, Sungai Dua. Lauk pauk kat situ memang daboom la. Namakan saja apa-apa yang dibakar Insya Allah semuanya ada, dan paling spesial adalah sotong and cendawan goreng tepung. Insya Allah bila rasa, akan bekal untuk sambung makan dalam kereta.

Cara ke Awet Muda : simpang 4 traffic light (sebelah kiri bangunan Sunny Point) belok ke kanan (seperti hendak ke USM pintu Sungai Dua), traffic light kedua (depan tu nampak KFC) turn left, ada banyak deretan kedai makan, Awet Muda ada signboard kaler merah.

Kalau nak rasa mamak style untuk lunch, jangan malu-malu untuk ke Cargas Cafe, Bayan Lepas. Disini memang terkenal dengan ayam goreng dan kari ikan parinya. Sumpah tak tipu. Di nasihatkan jangan pergi tepat jam 12 tengah hari, nescaya tiada meja dan akan beratur tersangatlah panjang. Kalau nak makan pergi pada pukul 10 pagi atau pun selepas pukul 1.30 petang.

Cara ke Cargas Cafe : ikut arah ke Bayan Lepas / Teluk Kumbar / Balik Pulau, selepas Balai Polis Bayan Lepas terdapat deretan kedai-kedai lama disebelah kiri dan kanan jalan, dihujung bangunan kedai tersebut turn left untuk cari parking, dan kedai tersebut berada di sebelah kanan deretan kedai-kedai lama tersebut (tengok yang beratur panjang tu).

Tak lengkap jika ke Penang kalau tak minum petang. Selalunya pilihan makanan untuk minum petang yang mendapat perhatian samada Laksa Janggus, Balik Pulau. Laksa Janggus adalah salah satu laksa yang terfamous di Penang. Tapi sebelum dapat menikmati keenakan laksa tersebut, anda harus melalui liku-liku jalan yang boleh membuatkan anda pening atau muntah. Sebabnya jalan ke Balik Pulau seperti ular dipalu. Cuma sekarang ni jalan tak la seteruk dulu sebab dah ada penambahbaikkan jalan. Kuah laksa ini yang sering menjadi bualan selain pekat, kuahnya juga dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai tersebut.

Cara ke Laksa Janggus : Jika dari arah Jambatan atau Georgetown, ikut arah ke Balik Pulau (seeloknya tak perlu ikut Bukit Baru), lepas melalui jalan bengkang-bengkok dipenghujungnya terdapat simpang disebelah kanan (ada sekolah kat kanan, manakala kolej KKTM kat kiri), turn left dan terus. Jumpa traffic light dan terus sampai ke penghujung jalan kemudian belok kiri dan terus. Akan ada deretan kereta ditepi jalan. Dah sampai.

Kalau anda bukan penggemar laksa, boleh try pekena Mee Pitchay, Medan Suri Sungai Nibong. Mee goreng mamak dengan pasembor ataupun pada sesiapa yang minat mee kuah, sila lah ke sini. Tolong jangan malu-malu nanti menyesal. Kalau pergi kena banyak-banyak bersabar sebab ramai sangat orang yang order. Ye la kan, kata sedap.

Cara ke Mee Pitchay : Dari Bayan Lepas melalui bulatan Bayan Baru ke Sungai Nibong (jangan naik flyover), terus dan ikut laluan kiri, nampak masjid di sebelah kiri selepas masjid belok ke kiri (Astaka Medan Suri) sebelum traffic light ke Pesta.


p/s : untuk menu makan malam, sambung kemudian la erk... otak minta rehat sat sebab jenuh nak pikiaq yang mana satu nak boh yang the best. banyak sangat pilihan. harap bersabar...

bersambung

Monday, 5 August 2013

Resipi Mudah Beef Nachos

Assalamualaikum !!!

Tak sabar nak menyambut raya kali ni walaupun abangku dan isterinya tak dapat nak balik tahun ni. Its ok. Kat rumah tok nanti confirm meriah. So, hari ni terasa nak share 1 resipi mudah untuk open house nanti. Biasa la kalau open house, banyak makanan heavy yang akan dihidangkan. Jadi untuk kelainan, apa kata kita cuba 1 resipi yang mudah dan sedapppp (sumpah tak tipu)...

Beef Nachos nama diberi,
Resipi mudah tidak terperi,
Mai sini nak kongsi resipi,
Tak rugi mencuba keenakan dijanji...

Ewahhh siap berpantun. Nampak sangat resipi ni mudah ya amat. Aku masuk tak pernah guna sukatan sebab tu cake atau biscuit not my kepakaran. Makanan yang sedap adalah melalui keikhlasan sesedap rasa. Apa yang kurang itu yang kita tambah. Lidah kita tak sama taste dengan lidah orang. Aku masak ikut naluri dan lidah sendiri. Insya Allah, lidah tak pernah menipu tentang rasa. Jadi aku akan list kan bahan-bahan, dan ikut korang la nak banyak mana. Jom kita mulakan...

Bahan-bahannya :-

1. Daging cincang (tak kisah dalam packet or fresh)
2. Sos spagetti (sos tomato pun boleh)
3. Buah tomato
4. Cili benggala
5. Bawang besar
6. Bawang putih
7. Cili padi (untuk sedikit kepedasan)
8. Keju parmesan (jika nak)
9. Serbuk lada hitam
10.Garam
11. Sebungkus keropok Chaco's

p/s :- bahan 3 hingga 5 dipotong dadu
        bahan 6 dan 7 dicincang halus


Cara-cara membuat intinya:-

1. Tumiskan bawang putih dan cili padi yang dicincang halus. Oppss jangan sampai perang sebab nanti akan rasa kepahitan. (sedikit minyak digunakan untuk menumis)

2. Masukkan daging cincang dan gaul-gaul bersama bawang putih dan cili padi sehingga tidak melekat.

3. Kemudian, masukkan sedikit sos spagetti (jangan banyak) dan kacau-kacau.

4. Bila dah sebati, masukkan buah tomato, cili benggala dan bawang besar.

5. Sedikit serbuk lada hitam dan garam diperlukan untuk menambah rasa.


Cara hidangan :-

1. Susunkan keropok Chaco's dalam bekas.

2. Tuangkan inti yang telah siap di masak dan dibiarkan sejuk seketika (bukan masuk peti ais).

3. Taburkan keju parmesan (tak bubuh pun takpe).

4. Panaskan di dalam microwave sebentar untuk cairkan cheese.

Ni lah rupanya bila dah siap...

p/s :- kalau korang nak buat untuk party sebagai finger food, intinya diletakkan diatas setiap kepingan emping Chaco's tersebut. So takde la tamak orang nak ambik...