Friday 4 October 2013

Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan

Assalamualaikum !!!

Minggu lepas hari Isnin lepas meniaga, aku bersama kakak and mak angkat aku ke KL untuk hantar anak sedara ktorang kat Putrajaya. Bila dah bertolak petang, confirm malam la baru sampai KL. Stay rumah abang angkat aku dekat Ampang. So, apa lagi bila sampai KL, tempat yang harus pergi adalah Ikea. Borong sampai penuh bonet kereta. Ambik kau...

Tapi bukan pasal Ikea aku nak cerita kat entri ini. Entri kali ini, aku nak cerita pasal hotel ktorang stay masa kat Port Dickson "Grand Lexis". Terbaik la hotel ni. Ktorang booking hotel ini sebab tengah promo masa tu. Kira boleh la nak stay kalau tak promo memang tak.

Sampai je dekat Grand Lexis, Port Dickson ktorang terus terjun dalam pool yang ada kat luar bilik. Actually ktorang pilih Garden Pool so boleh la nampak orang lalu lalang dekat bawah sebab bilik ktorang kat tingkat dua. Mandi sampai perut lapar. Lepas tu, aku dengan kakak angkat aku ke Pekan Port Dickson untuk beli makan malam. Makan dekat dalam bilik je sebab nak terjun lagi lepas makan. heheheh...

Ok, malas dah nak cerita so layan je gambar-gambar kat bawah...

Grand Lexis beside Lexis... 2 difference hotel

Antara gerobok yang ada. Siap iron lagi...

Small kitchen. Ok la, bukan nak masak
sangat pun. Kata holiday...

2 katil King size. Bergolek la puas2...

Peti ais di dalam almari tersebut.
Jenuh cari...

Saja nak menyemak jugak... hik3

Pool yang ada di sebelah kitchen. Berenang tak hingat 
kot. Dari sampai hingga ke tengah malam...

Akibatnya, lapar. Terus order from Duyong Restaurant.
Not bad Nasi Goreng 1 Malaysia = RM26

Tangga menuju kejayaan.... hik3







Thursday 3 October 2013

Puisi atau Sajak - #6 Apa Nama Kehidupan

Hidup...
sepi tanpa masalah, tipu namanya,
masalah datang dan pergi,
tiada salam tika bertamu,
perginya begitu saja,
tapi meninggalkan banyak luka dan parut,
kadanga kala sukar di hapus,
jelas kelihatan walaupun bukan dengan nyata,
tiada siapa boleh menyangkal,
bukan mereka yang rasa,
bukan mereka yang lalui,
hanya dengan sekali cerita,
umpama mereka tahu segalanya...

Kongsi..
bukan tidak mahu,
tapi hati masih kuat,
untuk menampung walau berat berkoyan,
bukan menabik dada,
cuma guna kekuatan diri,
yang tanpa sedari,
kita punyai,
sejak dari azali...

Lalui...
sepanjang hari terus berjalan,
liku-liku hidup yang tak pernah sunyi,
semua saling melengkapi,
walau tak kenal hati budi,
cuma saling mengenali,
walaupun tak sampai sehari,
itulah kehidupan yang perlu ditempuhi...




8.29pm
10/3/2013
sepintas di kepala
sepantas jari menekan