Thursday, 25 April 2013

Perubatan Urat Saraf (PUSAS)

Assalamualaikum !

Beberapa hari lepas, seorang kawan ku telah memberitahu ku tentang cousin nya yang sakit saraf telah pergi ke tempat yang aku cadangkan. Cousinnya bagitahu yang tempat tu memang bagus dan ucapkan banyak-banyak terima kasih sebab aku telah mencadangkan tempat tu. Seronok dapat bant orang. So, hari ni aku nak cerita sikit tentang tempat tersebut.

Perubatan Urut Saraf (PUSAS) itulah nama tempat rawatan tersebut. Ia bukanlah gah seperti hospital atau tempat-tempat rawatan yang menelan kos ratusan atau ribuan ringgit untuk setiap kali rawatan. Tetapi percayalah bahawa harganya bermula dari RM14 dan rasanya paling mahal pun RM24. Percayalah...

PUSAS di usahakan oleh seorang pak cik (arwah) yang mempunyai kebolehan untuk membetukan urat dan saraf yang mempunyai masalah hanya menggunakan beberapa jenis kayu yang diurut di tapak kaki. Jangan risau, bahagian badan lain tidak akan di sentuh walaupun kita bagitahu sakit kat leher atau badan. PUSAS sekarang di ambil alih oleh anak arwah iaitu Cik Wan (orang Penang tau). Anak muda ni mewarisi kebolehan daripada arwah ayahnya. Yang menariknya rawatan urat saraf ni, dia hanya mengurut tapak kaki dan memberitahu apa masalah kesihatan yang kita hadapi. Macam bomoh. Hahahaha. Urutan kaki hanya mengambil masa dalam 5-10minit ja. Pertama kali buat mungkin akan rasa sakit sangat-sangat kalau badan kita ada masalah. Kalau badan ok, rasa sakit sikit ja. Tengok masa dia urut tu, memang tak rasa apa-apa sebab tangan dia seakan-akan menggosok tapak kaki ja, tapi sakitnya hanya Allah yang tahu (dah sakit baru ingat Allah kan) hikhikhik.

Antara rawatan-rawatannya untuk sakit lumpuh, darah tinggi, kencing manis, sakit pinggang, senggugut, batu karang, migrain, mandul, buasir, angin, perjalanan darah terganggu, resdung dan lain-lain

Waktu rawatan di PUSAS terbahagia kepada 3 sesi iaitu pagi, petang dan malam. Kalau nak datang kena buat temujanji sebab ramai sangat orang. No telefon 017-328 9840 | 013-313 2943 dan alamatnya No.51 C, Jalan F, Kampung Pandan Dalam, 55100 Ampang, Selangor. (berhadapan tesco Ampang)
Boleh la rujuk waktu rawatannya...

malas nak tangkap betul2...


Sesiapa yang mempunyai masalah-masalah kesihatan boleh la cuba rawatan ini. Kadang-kadang, rawatan di hospital tak serasi dengan tubuh badan, mana tahu rawatan yang murah ini dapat menyembuhkan penyakit yang di tanggung. Aku dan keluarga memcuba rawatan ini dan Alhamdulillah semuanya OK. Jangan jadikan jarak dan tempat sebagai halangan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Cheq dari Penang boleh p sana...



5 comments:

  1. Cik Wan sbnr nya ialah Datuk M Shahril Izwan bin Abdullah Salleh.umur34 tahun.Alhamdulillah baru sekali buat rawatan dh nampak kesan nya, berjalan pun dh laju sikit.
    Ikuti je petua dan pantang yg di berikan, In Syaa Allah.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..tumpang tnya klu sakit saraf otak...bleh x diurutnya?

    ReplyDelete