Entah kenapa semenjak 2 menjak ini telinga ku ini teriang2 bait2 lagu Secebis Harapan nyanyian Nora. Adakah ada kena mengena dengan diri aku? hurmmmm... (x terfikir)
Akhirnya aku dapat mengingati sesuatu. Yes! Dalam minggu lepas aku dok layan drama yang aku rasakan menarik kerana menceritakan hal-hal keluarga dan masalah kecamukan jiwa yang terlampau... (amboi ayat). Drama tersebut adalah Rindu Bertamu Di Abu Dhabi. Cerita ini memang awesome. Mungkin juga dengan pemilihan pelakon yang mampu membuat penonton menonton di waktu2 Maghrib sambil menunggu masuknya waktu solat. Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama tersebut adalah si kacak Fahrin Ahmad (Firdaus), si bibir nipis Tasha Shilla (Ain Farohah), si manis senyuman Fouziah Ghous (Fatin Zahrah), si hensem Aiman Hakim Ridza (Fareez), si serabut Shah Jazle (Faiz) dan dua pelakon lama iaitu Dato' Rahim Razali (Hj Ilham) dan Lydiawati (Hjh Kirana). Lakonan mereka ini memang tidak perlu di nafikan lagi.
Tetapi bukan drama ini yang hendak di ceritakan. Salah 1 lagu yang terdapat dalam drama tersebut benar-benar membangunkan kenangan lama yang telah tidur sejak sekian lamanya. Adoiiii... Walaupun terdapat banyak rintangan yang datang samada bertimpa2 atau pun sebaliknya, kita sebagai hamba-Nya masih mempunyai secebis harapan untuk merasai erti kegembiraan dan kebahagiaan. Kebahagiaan ini bukan ditentukan oleh orang lain atau persekitaran, tetapi diri kita sendiri yang mencorakkannya. Kalau kita fikirkan apa yang orang cakap, nescaya kita akan terus berada di takuk lama. Bukan bermaksud cakap orang tak perlu di ambil kira, tetapi sesetengah cakap orang itu hanya unutk memjatuhkan kita atau pun untuk menyekat kemahuan diri kita untuk berjaya...
Jom hayati bait-bait lirik lagu tersebut...
(komposer : Zulkifli Mahat, penulis lirik : Noor)
Tika kehenginan aku bagai dibuai
Dinginnya malam yang panjang
Tika kegelepan sayu unggas berdendang
Mengubat hati yang rawan
Bagaikan dinginnya malam yang suram
Begitulah diriku diibaratkan...
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Biarpun payah ku teruskan
Siapa memandang tidakkan ku hirau
Biarpun pedih ku tahankan...
Jamahlah bintang
Beri daku sinaran
Semoga hanya ku cekal
Akan ku teruskan walau harus ditelan
Seribu nista di tangan...
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Apakah kan ada ketulusan jiwa
Yang menilai ku seadanya...
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Hanya padamu ku serahkan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Ku pasrah padamu Tuhan...
Tuhan...
No comments:
Post a Comment