Monday 25 November 2013

Pesta Penang

Assalamualaikum !!!

Hey hey hey... Cuti sekolah dah bermula, apa lagi pakat-pakat mai Penang la... Sebab apa cheq suruh hampa mai Penang sekarang ni, sebab bermula malam ni akan dibuka Pesta Penang... Macam-macam ada kat Pesta ni. In sya Allah kalau datang pasti tak balik dengan tangan kosong, kalau poket tu kosong ya la kot... Pesta Penang bermula pada 25 November 2013 sehingga 31 December 2013... Ni kira first time la Pesta buat awai, selalunya 1 December baru mula... So, cheq malas nak beletiaq panjang-panjang, jemput la datang ke Penang...

Sebelum berundur jom layan lagu ni dulu...

Wednesday 20 November 2013

Ikaw

Assalamualaikum !!!

Dunno why recently i extremely addicted to Pinoy drama and movie and song and everything. Maybe coz their cultural or language similar like us. Sebab selalu sangat tengok cerita Pinoy without subtitle, its need me to learn Tagalog. So excited bila aku dah boleh faham dan bercakap sikit-sikit bahasa Tagalog ni. Terbukti bila ada seorang customer dari Filipina datang ke kedai dan aku bercakap dengannya dalam bahasa Tagalog. Bagi aku simple, as long as dia faham aku cakap, kira betul la tu.

So, after long time my blog bersawang dengan sarang labah-labah, tonight aku nak share one lyric yang aku suka sangat dengar lagu ni. Enjoy...

Ikaw ang bigay ng Maykapal
Tugon sa aking dasal
Upang sa lahat ng panahon
Bawat pagkakataon
Ang ibigin ko'y ikaw...

Ikaw ang tanglaw sa 'king mundo
Kabiyak nitong puso ko
Wala ni kahati mang sanglit
Na sa iyo'y may papalit
Ngayo't kailanma'y ikaw

Ang lahat ng aking galaw
Ang sanhi ay ikaw
Kung may bukas mang tinatanaw
Dahil may isang ikaw
Kulang ang magpakailan pa man

Upang bawat sandali ay
Upang muli't muli ay
Ang mahalin ay
Ikaw...

p/s : nanti ada masa aku akan translate kan lyric ni untuk lebih menghayati... (hayati al-Quran bukan main susah lagi - pesanan untuk diri sendiri) hik3

Friday 1 November 2013

Dahil May Isang Ikaw (Because There is Only You)

Assalamualaikum !!!

Sumpah aku tak sure apa yang tak kena dengan hidup aku ni. Serba tak kena semuanya. Apa yang pasti masa berlalu dengan begitu pantas tanpa aku sedari. Dengan assignment yang menimbun tak siap (apa nak jadi ni Nadya oiii), sibuk dok urus itu ini tanpa hujung pangkal. Adoiii... Serabutnya hidup aku. Tapi, dalam apa keserabutan yang melanda diri ini, sempat jugak la dalam bulan lepas aku tertengok cerita filipino yang main kat TV3 tu. Dahil May Isang Ikaw (Because There is Only You) itulah tajuk cerita tu. Yang sedihnya aku  baru layan tiga empat episod dah habis. Sadis sungguh hidup ini. So, dengan tenang setenang air di sungai, aku pun meng google la cerita ini. Alhamdulillah berkat niat baik orang kata, sekali taip sekali click dah jumpa. Terbaik la. Allah mudahkan urusan (padahal nak tengok cerita je kot).

Sebelum aku tengok semua episod cerita ni, aku pun baca-baca la dulu info berkaitan cerita ni. Rupanya cerita ni ditayangkan pada tahun 2009 tapi masa tu kat Philippine je. Kalau tak salah aku tahun ni baru ditanyangkan di Astro Bella dan TV3. Pelakon-pelakonnya sungguh hebat dan teramat famous di negara mereka. Antara pelakonnya Lorna Tolentino (Atty Tessa Ramirez), Gabby Conception (Jaime Alferos), Jericho Rosales (Miguel Ramirez), Kristine Hermosa (Ella/Angel Alferos), John Estrada (Daniel Ramirez), Chin Chin Gutirrez (Patricia Aragon), Sid Lucero (Red/Pip) and Karylle (Denise).

Sebenarnya sampai ke saat ini, aku tak sure kenapa hati aku rasa dekat sangat dengan cerita ni, mungkin cerita ni logik kot dari segi pemikiran berbanding telenovela or sinetron lain. Dan juga mungkin jalan ceritanya bersandarkan pada kehidupan manusia. Maksudnya tak melampau2 penipuan dalam penceritaan itu.

credit to Google Images





Puisi atau Sajak - #7 Damai Abadi

Ku mencari damai abadi
yang tersembunyi di dalam hati
bukan mudah untuk ditemui
hanya kesabaran dituntut nanti
tapi apa yang pasti
banyak jalan berliku akan dilalui
banyak hutan rimba perlu redahi
untuk mencari sekeping hati
yang suci hati dan nurani...

Mencarinya sudahlah pasti
mungkin masa yang mencemburui
kisah silam sentiasa menghantui
membelenggu diri yang hina ini
cuma kukuatan yang diperlukan kini
memimpin tangan mengorak kaki
menuju destinasi yang tak pasti
tapi yang pasti
menacarinya untuk ketenangan hati
iaitu mencari damai abadi...



7.27pm
11/1/2013
spontan selesai solat
sekilas palingan muka

Friday 4 October 2013

Grand Lexis, Port Dickson, Negeri Sembilan

Assalamualaikum !!!

Minggu lepas hari Isnin lepas meniaga, aku bersama kakak and mak angkat aku ke KL untuk hantar anak sedara ktorang kat Putrajaya. Bila dah bertolak petang, confirm malam la baru sampai KL. Stay rumah abang angkat aku dekat Ampang. So, apa lagi bila sampai KL, tempat yang harus pergi adalah Ikea. Borong sampai penuh bonet kereta. Ambik kau...

Tapi bukan pasal Ikea aku nak cerita kat entri ini. Entri kali ini, aku nak cerita pasal hotel ktorang stay masa kat Port Dickson "Grand Lexis". Terbaik la hotel ni. Ktorang booking hotel ini sebab tengah promo masa tu. Kira boleh la nak stay kalau tak promo memang tak.

Sampai je dekat Grand Lexis, Port Dickson ktorang terus terjun dalam pool yang ada kat luar bilik. Actually ktorang pilih Garden Pool so boleh la nampak orang lalu lalang dekat bawah sebab bilik ktorang kat tingkat dua. Mandi sampai perut lapar. Lepas tu, aku dengan kakak angkat aku ke Pekan Port Dickson untuk beli makan malam. Makan dekat dalam bilik je sebab nak terjun lagi lepas makan. heheheh...

Ok, malas dah nak cerita so layan je gambar-gambar kat bawah...

Grand Lexis beside Lexis... 2 difference hotel

Antara gerobok yang ada. Siap iron lagi...

Small kitchen. Ok la, bukan nak masak
sangat pun. Kata holiday...

2 katil King size. Bergolek la puas2...

Peti ais di dalam almari tersebut.
Jenuh cari...

Saja nak menyemak jugak... hik3

Pool yang ada di sebelah kitchen. Berenang tak hingat 
kot. Dari sampai hingga ke tengah malam...

Akibatnya, lapar. Terus order from Duyong Restaurant.
Not bad Nasi Goreng 1 Malaysia = RM26

Tangga menuju kejayaan.... hik3







Thursday 3 October 2013

Puisi atau Sajak - #6 Apa Nama Kehidupan

Hidup...
sepi tanpa masalah, tipu namanya,
masalah datang dan pergi,
tiada salam tika bertamu,
perginya begitu saja,
tapi meninggalkan banyak luka dan parut,
kadanga kala sukar di hapus,
jelas kelihatan walaupun bukan dengan nyata,
tiada siapa boleh menyangkal,
bukan mereka yang rasa,
bukan mereka yang lalui,
hanya dengan sekali cerita,
umpama mereka tahu segalanya...

Kongsi..
bukan tidak mahu,
tapi hati masih kuat,
untuk menampung walau berat berkoyan,
bukan menabik dada,
cuma guna kekuatan diri,
yang tanpa sedari,
kita punyai,
sejak dari azali...

Lalui...
sepanjang hari terus berjalan,
liku-liku hidup yang tak pernah sunyi,
semua saling melengkapi,
walau tak kenal hati budi,
cuma saling mengenali,
walaupun tak sampai sehari,
itulah kehidupan yang perlu ditempuhi...




8.29pm
10/3/2013
sepintas di kepala
sepantas jari menekan

Monday 30 September 2013

KIA Cerato - Review

Assalamualaikum !!!

Last week secara tak sengaja aku telah test drive KIA Cerato di Queensbay Mall. Dorang ada fair kat situ. Masa jalan nak ke kereta untuk balik ada beberapa orang brothers yang tahan anda suruh test drive kereta kat situ. Katanya nanti dapat something dari KIA. So, aku dengan kakak aku pun dengan terujanya pergi la daftar untuk test drive. Banyak kereta KIA yang ada, tapi aku dengan kakak aku pilih untuk test drive kereta Cerato. Kereta baru launch katanya.

Memang terasa best la drive kereta tu. Dengan spec-spec  baru yang diperkenalkan. Tapi best juga sebab kereta tu kan kereta baru, jadi baru beberapa sahaja mileage kereta tu time aku test drive tu. So, kat sini aku nak bagi details sikit pasal kereta KIA CERATO...


dan jeng jeng jeng....

Award winning Design
inilah beg yg aku dapat lepas test drive hari tu...











Saturday 14 September 2013

Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang - Part II

Assalamualaikum !!!

Hey guys... Hari ni terasa nak share beberapa lagi tempat makan yang sedap-sedap (pada tekak aku la) yang ada di Penang ni. Entri yang lepas tekan sini aku ada bagitahu beberapa tempat makan yang menarik, tapi korang tahu la kan Penang ni kan Syurga Makanan. Tempat lain mungkin ada insan yang mati sebab tak cukup makan, tapi kat Penang ni rasanya mati terlebih makan ada la. hahahahaah...

Kalau bagi orang yang tak biasa datang ke Penang, sila jangan terkejut kalau korang nampak pukul 10 malam ada kedai makan baru nak buka. Memang style orang Penang makan tak kira masa. ok, letih nak mengarang so aku rasa sangat nak sabar nak share tempat-tempat makan yang best. Rugi tak pergi tahu... Check it out...

Padang Brown (sebutan Broom)
Tempat makan ni terletak dibelakang Balai Polis Datuk Keramat. Kiranya kat area Georgetown la. Kat sini, ada deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Namakan sahaja apa yang teringin nak makan. Tapi yang paling famous kat sini adalah Campor-campor Goreng atau Steamboat. Memang terbaik la. Lai Chi Kang dengan Ais Kacang pun terbaik la. Untuk makluman, tempat ni buka waktu petang lebih kurang pukul 5 petang hingga ke tengah malam. Ada hari yang tutup tapi tak sure hari apa. Yang pastinya Sabtu dan Ahad buka. So, dun worry k.

Esplanade Padang Kota
Temapt ni berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri bersebelahan padang. Ni salah satu tempat wajib pergi erk. Kesedapan Mee Sotong di tambah dengan kesejukan Coconut Shake pasti membuatkan korang terasa tak nak balik. Benda wajib yang korang wajib bawak selain duit adalah sedikit kesabaran sebab memang ramai orang. Pastu pulak service dorang pulak, walaupun cepat, kadang-kadang terasa hangin satu badan tambah-tambah bila lapar sebab dorang main hantar je tak ikut sapa datang order dulu. Itu kalau luck tak berapa bagus la, kalau tak ok je. Waktu buka pulak start tengah hari sampai lebih kurang pukul 6 petang macam tu la. Ahad confirm tutup.

Sany Char Keoy Teow (Tokong Ular)
Tak sah la kalau datang Penang tak pergi makan Char Keoy Teow.  Rugi kot kalau tak rasa. Mesti nyesal nanti. Kat Penang ni banyak kedai yang menjual Char Keoy Teow antara yang agak famous adalah Sany Char Keoy Teow yang terletak di tepi jalan berdekatan Tokong Ular, Bayan Lepas. Sepinggan biasanya RM3.50 tapi kalau rasa nak tamak sikit, order la special punya. Kalau special ni biasanya udang dalam tu lebih la. Yang penting cabai jeruk dia memang krup krup bunyi dia.

Nasi Kandar Beratur
Pasti rugi bagi korang yang memang peminat nasi kandar. Sedap sungguh. Cuma yang tak sanggup nye nak beratur. Panjang ya amat kot. Dah la pukul 10 malam baru bukak. Memang kena ada sediit kesabaran di dalam diri la erk kalau nak makan nasi kandar ni. Kedai dia betul-betul bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Beratur lebih kurang 20-30 minit makan tak sampai 10 minit, tapi memang berbaloi la walaupun macam gila sikit bunyi nya. Moment yang paling indah kalau pergi sebelum pukul 10 malam tu, korang akan dapat melihat pertukaran antara 2 menu masakan di satu tempat yang sama. Kalut tapi menarik.

Nasi Tomato Jelutong
Jangan ada perasaan heran erk sebab kat Penang ni memang dorang suka buka kedai tengah-tengah malam. Kalau tadi Nasi Kandar Beratur buka pada pukul 10 malam, Nasi Tomato ni pulak buka pukul 12 tengah malam. Adoiii. Siapa yang tak biasa, mesti ingat time-time tu siapa la yang nak pergi makan, jangan tak tahu, beratur skot orang yang nak pergi makan kat situ. Agak sedap la tambah-tambah ada ayam goreng rempah dia yang memang da boom tu.

Restoran Kapitan
Rasanya sepanjang aku duduk di Penang semenjak aku lahir lagi (lama tu) aku rasa kat sini je la yang Nasi Briyani dia terbaik la. Nasi Briyani Claypot Kambing memang terbaik la. Memang kenyang kot sebab banyak dan puas. Selain nasi briyani kat situ yang best, ada lagi 2 menu yang aku suggest untuk korang try, iaitu Chicken Milani dan Tandoori Cheese Naan. Adoiii, sambil menaip pun boleh terbayang Chicken Milani yang sampai kat meja dengan berasap-asap Tnadoori Cheese Naan yang garing (baik-baik air liur tu).


p/s: cara nak pergi ke tempat-tempat tu, guna GPS la erk. Senang je sebab semua tempat yang aku bagitahu tu tersangat la famous nya...

bersambung...

Wednesday 11 September 2013

Review Filem... Elysium ! Best

Assalamualaikum !!!

Entri kali ini nak cerita sikit pasal cerita yang baru aku tengok kat wayang. Kalau nak tahu aku dah dekat setahun setengah tak jejakkan kaki ke dalam pawagam. Busy memanjang. Tetiba semalam hati dah tak tertahan sangat, aku ajak my FFL untuk teman aku tengok wayang. Aku jenis, pergi je pastu pilih je cerita apa yang ada pada time tu. Selalunya rancang nak tengok cerita lain, tup tup sampai je pilih cerita lain.

Lagi satu aku ni jarang nak tengok wayang dengan orang lain kecuali my FFL and my sis sebab hanya dorang je yang faham aku bila aku dah masuk dalam wayang. Aku adalah orang paling excited nak tengok wayang, end up aku akan tidur di pertengah cerita tu. Tak sure la kenapa. Dua tahun lepas aku ada masalah untuk tidur. So, my sis and my FFL la yang setiap minggu teman aku 2 3 kali untuk tengok wayang. Sebab dorang tahu aku boleh tidur dalam tu. Macam-macam hal kan. Hahahah...

Ok, berbalik pada cerita terbaru yang aku tengok (terbaru ke), disebabkan cerita yang aku nak tengok time tu takde dan aku bukan jenis suka nak tunggu-tunggu, aku pilih cerita Elysium. Ntah la cerita aoa pun aku tak tahu. Tahu pilih je time tu sebab macam dah desperate sangat nak tengok wayang.

Nak kasi sinopsis Elysium ni sikit...

Seorang kanak-kanak bernama Max dihantar untuk belajar dengan seorang rahib. Di tempat tersebut dia berkenalan dengan Freda. Kawasan tempat tinggal mereka terlalu padat sehinggakan wujudnya sebuha tempat yang dinamakan sebagai ELYSIUM iaitu di luar bumi. Tempat tersebut hanya untuk golonga-golongan elit manakala orang miskin hanya tinggal di Bumi. Max bekerja di satu kilang pembuatan robot. Suatu hari dia termasuk kedalam satu tempat yang mempunyai radiasi yang sangat tinggi dan mengakibatkan dia hanya mampu hidup selama 5 hari. Untuk dia kembali sihat, Max perlu ke Elysium kerana di sana terdapat mesin yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit.

Dapatkah MAx pergi ke Elysium untuk dia terus hidup? Sila ke pawagam berhampiran dan tak rugi tengok cerita ni. Sarat dengan pengajaran yang kita boleh dapat. Dan untuk beberapa kali dalam hidup, aku tak tidur sepanjang cerita ini dipaparkan... hahahahah... Satu kemajuan dalam diri...
9 Bintang ...

Friday 6 September 2013

Resipi Mudah Udang Goreng Nestum

Assalamualaikum !!!

Hey hey hey uolz. Hari ni merupakan hari terakhir sebelum untuk berjimba sebelum esok bermulanya lambakkan assignment yang akan memeningkan dan membuatkan otakku menjerit meminta oksigen sebab terlampau stuck untuk berfikir secara waras.

So, disebabkan terasa nak masak untuk hilangkan tekanan yang bakal melanda (padahal bukan buat assignment pun lagi dah nak tension2 - poyo lah) semalam aku mencuba resipi campak-campak (mudah dan cepat) menggunakan barang yang ada dalam peti ais dan di dapur. Maka terhasillah "Udang Goreng Nestum Meroyan"... he3. Gila mudah dan tak sampai 15 min dah boleh makan. Jom try...

Bahan-bahan

6-8 ekor udang (tak kisah size - hentam sajalah)
- cuci udang dan buang kulit dibahagian tengah
Minyak
Garam
Serbuk lada hitam

* bahan-bahan ni digoreng. minyak jangan banyak sangat dan udang jangan goreng terlalu lama nanti isi dengan kulit melekat - payah nak kopek masa makan nanti. dah agak masak angkat dan letak ke tepi.

Bawang kecik - dihiris
Bawang putih - dihiris
Cili kering
Daun kari - kalau ada
Butter - sesudu je
Nestum
Serbuk udang kering - tumbuh je udang kering dalam peti ais tu

* panaskan butter + sedikit minyak (supaya tak hangit), goreng cili kering, bawang kecik dan bawang putih + daun kari, masukkan 2 sudu besar nestum + serbuk udang kering gaulkan bersama udang yang siap digoreng tadi. tutup api. dan masukkan beberapa sudu nestum lagi untuk dihidangkan... siap...

rupa tak penting yang penting rasa tu - terbaik...


Wednesday 4 September 2013

Kisah di Sebalik Hati

Assalamualikum !!!

" Biarpun Kau Tak Lagi Ada Denganku,
Takkan Ku Bisa Melupakanmu,

Cara Kau Memanggil Namaku,
Terasa Seolah Kau Masih Ada,

Yang Mengenalmu Cuma Aku, 
Tidak Aku Menyesal Mencintaimu..."

Tuesday 3 September 2013

Muhasabah Diri

Assalamualaikum !!!

Tiada isu yang hebat nak diperkatakan untuk entry kali ini. Cuma nak bercerita sedikit tentang individu2 yang merasa diri mereka terlalu sempurna sampai menganggap apa yang orang kata perkataan semuanya salah. Di mata mereka ini, jika seseorang itu membicarakan hal yang seakan2 tidak mengokong mereka, mereka akan hentam sehabis-habiskan sehingga sanggup menokok tambah cerita yangsebenarnya. Hanya kerana, tidak berpuas hati kerana ada diantara kalangan manusia lain yang juga tidak bersetuju dengan mereka. Adoiiii...

Cuma muhasabah diri. Sebelum kita nak mengatakan bahawa kita tidak setuju sesuatu perkara tersebut, selidik dahulu apa yang dimaksudkan orang yang menyuarakan isu terbabit. Kata orang, kita tak rasa apa yang orang rasa, jadi hati-hati bila berbicara. Tok aku selalu pesan kat kita orang cucu yang dia sayang ni "don't judge people until you walk a mile in their shoes or life a day in their life". Stop pretend that you know everything. People also have their right to talk or write what they think. So respect others if you want people to respect you.

Orang2 jenis macam ni seronok bila ada yang sokong dorang untuk menghentam orang. Tapi bila terlampau ghairah nak mencari kesalahan orang, dia lupa orang lain perhatikan apa yang dia perkataan. Tak salah untuk suarakan pendapat tapi jangan ada niat nak malukan orang.

p/s : post ini tiada tujuan untuk malukan sesiapa cuma untuk muhasabah diri yang kadang-kala terleka...


Thursday 29 August 2013

Puisi atau Sajak - #5 Merdeka dan Negara

Namamu di laung sekali setahun
itu pun pada yang duduk berhimpun
bukannya ada rasa kagum
cuma ikut rentak pelbagai kaum
terasa malu bila berdiam
tak dak langsung rasa berdendam

Merdeka datang tak macam raya
semangat yang tinggi berlalu sahaja
nak paksa nanti kata tak rela
sendiri fikir bila dah dewasa

Bukan senang nak capai tahap sekarang
sebabkan ada perasaan sayang
sanggup gadai harta dan wang
asal dapat sama-sama berjuang
berjuang untuk daulatkan negara
dari dijajah musuh durjana
yang datang salam tak disambut
ada yang berlari cabut
sampai tertinggal capal dan kasut

Hargai ketika masih aman
tak guna berbalah sebesar kuman
duduk sama ada perbincangan
sabar dan dengar untuk persetujuan
bukannya sampai naik tangan

Negara ini negara aman
harap kekal selama-lamanya
elakkan diri dari bermusuh
musuh diluar tak pernah luntur
dapat suntik semangat liar
habislah kita nak hadapi mereka

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka!!!

5.41pm
8/29/2013
sepintas lalu dikepala


Monday 26 August 2013

Puisi atau Sajak - #4

Jiwa yang tenang sukar dicari
jika dia sendiri masih mencari tuhannya
Tidak sukar mencari
jika tahu dimana dia berada
Semuanya masih disini
Di tempat yang sama
Sentiasa menanti untuk yang mencari
Mencari yang hakiki
Tiada yang mustahil
untuk sesuatu yang pasti
Usah merana kemudian hari
akibat kurang percayakan diri

Tenangnya saat itu
sedamai laut tanpa ombak
seringan angin yang tiada ributnya
Hanya yang memahami
Mampu merasai
tapi tidak mampu menanggung
Walaupun mencari keredhaan yang sama...

10.58pm
8/26/2013

Khasiat Avocado

Assalamualaikum !!!

Bila mood menaip datang habis la. Setiap tiga empat hari terasa nak update je. Bukan ada apa sangat pun nak share kali ni, just a little bit about AVOCADO. I love this fruit very much but not as much as DURIAN (hahahahah). Sebenarnya sebelum ni aku just makan buah ni macam tu je, tapi bila first time pergi Medan, rupa-rupanya dorang kat sana buat blended (orang Indon bilang 'Alpukat'). Memang wow wow da boom la rasanya. Sedap bangat sih...

So, aku nak bercerita serba sedikit berkaitan khasiat buah avocado ni. Buah ini berasal dari Mexico kerana cuaca dan keadaan muka bumi di sana sesuai untuk penanaman. Antara khasiat yang boleh diperoleh daripada sebiji buah avocado ini adalah seperti asid oleik (mencegah kanser payu dara), vitamin B6 dan asid folik (menjaga jantung), tinggi antioksida (lambat proses penuaan), potasium (mengawal tekanan darah tinggi) dan sebatian beta-sitosterol (menurunkan kolestrol dalam darah). Dalam kata lainnya, sesiapa yang obses dengan kecantikkan diri sangatlah sesuai untuk menjadikan buah Avocado ni sebagai buahan kegemaran.

Sepanjang hidup aku ni, banyak juga la cara-cara untuk menghidangkan buah Avocado ni. Selain dijadikan jus "Alpukat", buah ni juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan di dalam salad, atau pun makan macam tu ja.

Tips untuk pilih buah Avocado yang masak adalah dengan melihat kulitnya dah agak kehitaman dan goncangan buah tersebut. Jika tidak kedengaran apa-apa bunyi maka buah tu dah masak. Jangan sesekali picit buah tersebut sebab nanti isinya akan lebam. Nak elakkan lebam bila dah buang kulitnya perahkan lemon untuk keasidannya (untuk jus tak payah la)

Ok. Kat sini aku share resipi (resipi la sangat) untuk buat jus "Alpukat".

Bahan-bahan 

1 biji Avocado
3-4 sudu besar susu pekat
Ais
Air
Chocolate syrup / Chocolate rice

Cara Membuat

- Buang kulit dan potong dadu isinya
- Kisar bersama susu pekat + ais + air
- Sapukan keliling gelas dengan chocolate syrup
- Tuangkan bahan kisaran tadi

Selamat mencuba...

Credit to Google Images

Wednesday 21 August 2013

Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang - Part I

Assalamualaikum !!!

Ya Allah, minggu ni tersangat-sangat la busy nya sebab semester ni bermulanya hidup aku sebagai pelajar kembali. Lepas tu, kedai pun dah mula beroperasi seperti biasa. Jadinya, hidup aku dah mula serabut macam tak berapa nak waras. Hari-hari balik tengah malam dengan tak cukup rehatnya. Ok la tak nak cerita panjang pasal masalah aku, so for entri kali ni, aku nak share tempat-tempat makan menarik yang ada di negeri tercinta - Pulau Pinang (Penang).

Kita mulakan makanan untuk sarapan pagi... Jeng jeng jeng...

Dimanakah tempatnya kalau bukan Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor. Pergi je sini, tak payah nak pening-pening pikir tempat lain nak cari makanan untuk sarapan sebab di Astaka ini terdapat puluhan jenis makanan yang akan membuatkan otak anda berhempas pulas memikir apa yang akan menjadi pilihan. Antara menu terhangat di sini adalah seperti Serabai, Nasi Lemak Gerai No 25, Sandwich Tuna/Ayam, Mee Sup Buana, Char Keoy Toew, Wantan Mee dan pelbagai lagi jenis makanan yang sememangnya wow...

Cara ke Astaka Taman Tun Sardon : untuk luar Penang, ikut susur keluar ke Gelugor, akan lalu di hadapan pintu utama USM, selepas traffic light yang kedua, turn left and terus sampai jumpa deretan kereta yang berselerakan di tepi jalan.

Seterusnya kita tekan minyak ke destinasi untuk makan tengah hari. Kalau bukan makanan dan lauk pauk, sudah pasti nasi mamak menjadi pilihan... Untuk lauk pauk (masakan Melayu) anda di suggest kan ke Awet Muda, Sungai Dua. Lauk pauk kat situ memang daboom la. Namakan saja apa-apa yang dibakar Insya Allah semuanya ada, dan paling spesial adalah sotong and cendawan goreng tepung. Insya Allah bila rasa, akan bekal untuk sambung makan dalam kereta.

Cara ke Awet Muda : simpang 4 traffic light (sebelah kiri bangunan Sunny Point) belok ke kanan (seperti hendak ke USM pintu Sungai Dua), traffic light kedua (depan tu nampak KFC) turn left, ada banyak deretan kedai makan, Awet Muda ada signboard kaler merah.

Kalau nak rasa mamak style untuk lunch, jangan malu-malu untuk ke Cargas Cafe, Bayan Lepas. Disini memang terkenal dengan ayam goreng dan kari ikan parinya. Sumpah tak tipu. Di nasihatkan jangan pergi tepat jam 12 tengah hari, nescaya tiada meja dan akan beratur tersangatlah panjang. Kalau nak makan pergi pada pukul 10 pagi atau pun selepas pukul 1.30 petang.

Cara ke Cargas Cafe : ikut arah ke Bayan Lepas / Teluk Kumbar / Balik Pulau, selepas Balai Polis Bayan Lepas terdapat deretan kedai-kedai lama disebelah kiri dan kanan jalan, dihujung bangunan kedai tersebut turn left untuk cari parking, dan kedai tersebut berada di sebelah kanan deretan kedai-kedai lama tersebut (tengok yang beratur panjang tu).

Tak lengkap jika ke Penang kalau tak minum petang. Selalunya pilihan makanan untuk minum petang yang mendapat perhatian samada Laksa Janggus, Balik Pulau. Laksa Janggus adalah salah satu laksa yang terfamous di Penang. Tapi sebelum dapat menikmati keenakan laksa tersebut, anda harus melalui liku-liku jalan yang boleh membuatkan anda pening atau muntah. Sebabnya jalan ke Balik Pulau seperti ular dipalu. Cuma sekarang ni jalan tak la seteruk dulu sebab dah ada penambahbaikkan jalan. Kuah laksa ini yang sering menjadi bualan selain pekat, kuahnya juga dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai tersebut.

Cara ke Laksa Janggus : Jika dari arah Jambatan atau Georgetown, ikut arah ke Balik Pulau (seeloknya tak perlu ikut Bukit Baru), lepas melalui jalan bengkang-bengkok dipenghujungnya terdapat simpang disebelah kanan (ada sekolah kat kanan, manakala kolej KKTM kat kiri), turn left dan terus. Jumpa traffic light dan terus sampai ke penghujung jalan kemudian belok kiri dan terus. Akan ada deretan kereta ditepi jalan. Dah sampai.

Kalau anda bukan penggemar laksa, boleh try pekena Mee Pitchay, Medan Suri Sungai Nibong. Mee goreng mamak dengan pasembor ataupun pada sesiapa yang minat mee kuah, sila lah ke sini. Tolong jangan malu-malu nanti menyesal. Kalau pergi kena banyak-banyak bersabar sebab ramai sangat orang yang order. Ye la kan, kata sedap.

Cara ke Mee Pitchay : Dari Bayan Lepas melalui bulatan Bayan Baru ke Sungai Nibong (jangan naik flyover), terus dan ikut laluan kiri, nampak masjid di sebelah kiri selepas masjid belok ke kiri (Astaka Medan Suri) sebelum traffic light ke Pesta.


p/s : untuk menu makan malam, sambung kemudian la erk... otak minta rehat sat sebab jenuh nak pikiaq yang mana satu nak boh yang the best. banyak sangat pilihan. harap bersabar...

bersambung

Monday 5 August 2013

Resipi Mudah Beef Nachos

Assalamualaikum !!!

Tak sabar nak menyambut raya kali ni walaupun abangku dan isterinya tak dapat nak balik tahun ni. Its ok. Kat rumah tok nanti confirm meriah. So, hari ni terasa nak share 1 resipi mudah untuk open house nanti. Biasa la kalau open house, banyak makanan heavy yang akan dihidangkan. Jadi untuk kelainan, apa kata kita cuba 1 resipi yang mudah dan sedapppp (sumpah tak tipu)...

Beef Nachos nama diberi,
Resipi mudah tidak terperi,
Mai sini nak kongsi resipi,
Tak rugi mencuba keenakan dijanji...

Ewahhh siap berpantun. Nampak sangat resipi ni mudah ya amat. Aku masuk tak pernah guna sukatan sebab tu cake atau biscuit not my kepakaran. Makanan yang sedap adalah melalui keikhlasan sesedap rasa. Apa yang kurang itu yang kita tambah. Lidah kita tak sama taste dengan lidah orang. Aku masak ikut naluri dan lidah sendiri. Insya Allah, lidah tak pernah menipu tentang rasa. Jadi aku akan list kan bahan-bahan, dan ikut korang la nak banyak mana. Jom kita mulakan...

Bahan-bahannya :-

1. Daging cincang (tak kisah dalam packet or fresh)
2. Sos spagetti (sos tomato pun boleh)
3. Buah tomato
4. Cili benggala
5. Bawang besar
6. Bawang putih
7. Cili padi (untuk sedikit kepedasan)
8. Keju parmesan (jika nak)
9. Serbuk lada hitam
10.Garam
11. Sebungkus keropok Chaco's

p/s :- bahan 3 hingga 5 dipotong dadu
        bahan 6 dan 7 dicincang halus


Cara-cara membuat intinya:-

1. Tumiskan bawang putih dan cili padi yang dicincang halus. Oppss jangan sampai perang sebab nanti akan rasa kepahitan. (sedikit minyak digunakan untuk menumis)

2. Masukkan daging cincang dan gaul-gaul bersama bawang putih dan cili padi sehingga tidak melekat.

3. Kemudian, masukkan sedikit sos spagetti (jangan banyak) dan kacau-kacau.

4. Bila dah sebati, masukkan buah tomato, cili benggala dan bawang besar.

5. Sedikit serbuk lada hitam dan garam diperlukan untuk menambah rasa.


Cara hidangan :-

1. Susunkan keropok Chaco's dalam bekas.

2. Tuangkan inti yang telah siap di masak dan dibiarkan sejuk seketika (bukan masuk peti ais).

3. Taburkan keju parmesan (tak bubuh pun takpe).

4. Panaskan di dalam microwave sebentar untuk cairkan cheese.

Ni lah rupanya bila dah siap...

p/s :- kalau korang nak buat untuk party sebagai finger food, intinya diletakkan diatas setiap kepingan emping Chaco's tersebut. So takde la tamak orang nak ambik...

Sunday 28 July 2013

Thailand - Day 1

Assalamualaikum !!!

Na ni na ni na da di da di da..... oh mengapa rentak lagu ni yang aku teringat. Tak sure apa tajuk lagu ni, tapi first time dengar dalam bus masa di Thailand sudah menangkap di telinga dan minda ku rentak nya. Sedap sangat. Jadi hari ni jom cerita pasal trip last minute aku ke Negara Gajah Putih ni pada tahun lepas.

Sumpah sapa yang lalu akan bergambar...


Actually I dapat tahu pasal trip ni pun melalui my ex-neighbor kat Gelugor dulu. Auntie ni memang close dengan aku sebab kitorang rajin jugak pergi travel sekali. Lagi pun anak-anak dia kawan sepermainan aku dulu. So, bila dia ajak aku join her group under Koperasi dengan bayaran cuma RM400 (nescaya rugi lah kalau tak pergi) selebihnya di sponsor oleh Koperasi aku apa lagi, dengan tergedik-gedik terus setuju. My mom pun tak kisah sebab kenal auntie ni dah berbelas tahun even sekarang ni kitorang cuma jumpa time kenduri kawen or open house je.

Day 1
So, pada 15 September 2012 tepat pukul 4pagi (jangan tak percaya) kitorang gerak menaiki bus (bus ok, bukan flight that why murah sikit) ke Seberang Jaya untuk pick up other people there. Perjalanan diteruskan dan singgah di RnR Gurun untuk solat Subuh. Sepanjang perjalanan aku tidur je sebab mengantuk sangat plus penat baru habis kelas malam sebelum bertolak tu. Sampai kat Bukit Kayu Hitam kena turun dan cop passport dan jalan sikit sampai la ke Danok (kadang-kadang orang panggil Sadao). Kena cop kat situ. Yang tak bestnya kena selitkan duit tak kisah la berapa kalau tak dorang tak kan cop. Adoiiii.

Makanan yang paling banyak dijual disepanjang
jalan di Danok. Ayam Pulut

Perjalanan diteruskan ke Hatyai (lama jugak la) dan singgah makan tengah hari di sebuah restoran halal Sami Kitchen. Sedap sangat makanan kat situ. Tomyam dia warna putih. Semua orang kata sedap, tapi aku still tak rasa tergugat sebab aku memang tak makan tomyam (orang kata tak makan tomyam kat Thailand rugi, rugi ke). Lepas dah perut dah penuh sampai meronta-ronta untuk stop dari di isi, kami bergerak ke Masjid Jamek Songkla untuk solat. Ya Allah, besar dan selesa sangat masjid ni. Terletak di tengah-tengah sawah dan boleh nampak dari tepi jalan. Perjalanan di teruskan ke Floating Market iaitu tempat menjual makanan. Makanan dijual didalam sampan dan unik style dorang ni. Barang-barang lain dijual di sepanjang jalan yang dipisahkan oleh jambatan. Cuma yang tak bestnya, selamber badak je dorang jual makan halal dengan tak halal sebelah menyebelah sampan. Adoiii... Putus selera kot. Dok terasa asap-asap tu meresap masuk dalam makanan kita (sumpah melungai).

Antara juadah di Sami Kitchen...
The best kerabu mangga yang aku pernah makan...

Pasar Terapung... Beli jangan tak beli...
Makanan murah sangat. RM2 je...


Berderet-deret peniaga yang
mencari rezeki...

Lepas menikmati jualan-jualan aneh di sepanjang jalan dan sungai tersebut, kami meneruskan perjalanan ke hotel. Boleh tahan lama jugak la. Kami check-in di Siam Center Hotel yang berada di tengah-tengah bandar Hatyai. Malam acara bebas jadi apa lagi, selepas mandi dan menunaikan solat, kami berjalan-jalan di bandar Hatyai (night market). Meriah sungguh. Sepanjang jalan banyak penjaja-penjaja yang menjual makanan laut yang dibakar. Memang syurga makanan la untuk aku. Barang-barang lain pun banyak dijual seperti t-shirt, keychain, pario etc (standard tempat pelancongan la).

Makanan laut yang dijual sepanjang jalan di Hatyai...
Harga boleh nego... Mana nak dapat?



bersambung...






Thursday 25 July 2013

Info dan Khasiat Durian Belanda (Soursop)

Assalamualaikum !!!

Today i wanna share with u'olz about soursop (durian belanda). Actually this fruit contain a lots of benefit to our body especially for those that want to avoid from cancer. Like people said "prevention is better than cure".

Sebenarnya information berkaitan soursop ni dah lama aku baca dan tahu, tapi baru-baru ni aku terjumpa kembali artikel tersebut. So, I decide to share the info regarding soursop just untuk tambahkan knowledge kita. Apa salahnya kan???

Serba sedikit info berkaitan durian belanda dan khasiatnya...

- Durian belanda adalah dari keluarga Annona Muricata dipercayai berasal dari Amerika Syarikat.

- Merupakan sejenis buahan yang tumbuh bermusim dengan kemuncaknya pada November, Disember dan Januari.

- Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama durian belanda selain daripada Filipina, Indonesia dan Vietnam.

- Durian belanda mempunyai saiz sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah purih dan rasanya masam-masam manis.

- Buah ini boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih ataupun kaedah pembiakan tut.

- Durian belanda mengandungi fosfurus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk merawat demam panas dan bengkak hati.

- Kajian daripada universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati bahawa durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam mampu merawat dan mengelak seseorang itu daripada mendapat kanser dan dapat menyuburkan pasangan yang ingin mendapat anak.

- Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh juga digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

- Ia juga mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

- Durian belanda biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus.


credit to Google Images



Monday 22 July 2013

Mutiara Kata Islamik #1

Assalamualaikum !!!

Aku sangat-sangat suka membaca. Apa sahaja jenis bahan bacaan akan aku baca sampaikan kalau bosan, segala advertisement pun aku baca. Bagi aku membaca ni tak rugi sebab dengan banyak membaca kita akan memperluaskan pandangan dan pemikiran kita tentang sesuatu. So, hari ni terasa nak kongsi beberapa mutiara kata Islamik yang aku pernah baca.

Mutiara kata ini umpama satu pembangkit semangat dalam diri untuk merawat jiwa yang kadang-kadang mempunyai sakitnya tersendiri...

#1
Hal terpenting bagi seseorang di dunia ini adalah memiliki iman yang benar, akhlak yang terpuji, akal yang lurus, tubuh yang sihat dan rezeki yang berkat. Selain semua itu, adalah beramal dan mengisi waktu dengan kesibukan yang bermanfaat.

#2
Jadikan sahabat sejatimu adalah pena, saluran penumpahan idea-ideamu adalah dakwat, kawan bermainmu adalah buku, istanamu adalah rumahmu dan simpanan kekayaanmu adalah tenaga atau masa sihatmu. Jangan hiraukan hal-hal yang telah berlalu.

#3
Hari kelmarin telah tiada. Hari ini sedang berlangsung. Sementara hari esok belum lahir. Harimu adalah hari ini maka isilah ia dengan ketaatan nescaya engkau akan mendapat keberuntungan.

#4
Sekeping roti kering dalam keamanan itu lebih lazat daripada madu dalam ketakutan. Tinggal di khemah tetpai terjaga dari fitnah itu lebih baik daripada tinggal di istana penuh fitnah.

#5
Memberi maaf adalah lebih lazat daripada membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan.



p/s : renungkan segala yang tertulis, cari segala yang tersirat agar yang tersurat itu dapat dinilai dengan lebih baik...


Friday 19 July 2013

DREAM - Do you have it?

Assalamualaikum !!!

Everybody have their own dreams and im sure that 99% of the dream is a good dream and 1% itu pun kalau ada bermusuh dengan someone dan rasa nak balas dendam (tak baik, doakan je kalau ada apa-apa). But not all the dreams will come true except we work for it and dengan izin Allah. Whatever the dream is, make sure that yang angan-angan tu baik je. Insya Allah, it will be come true bila tiba masanya. Can't just wait and see but have to put some effort and doa'. Percayalah (tiba-tiba teringat rentak lagu Siti Nurhaliza)... Hehehe...

Lets enjoy this beautiful lyric by S Club 7 - Never Had A Dream Come True...

Everybody's got something
They had to leave behind
One regret for yesterday 
That just seems to grow with time
There's no use looking back, or wondering
How it could be now or might's been
All this I know
But still I can't find ways to let you go...

I never had a dream come true
Till the day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where life takes me to
A part of me will always be with you...

Cant finish to type all the lyric coz I wanna layan sorang-sorang... Hehehe




Wednesday 17 July 2013

L.O.V.E - what first thing cross your mind ???

Assalamualaikum !!!

Helllllooooooooo... What do u understand about LOVE ?

L is the way you look at me
O is the only one I see
V is very very extraordinary
E is even more than anyone that you adore and...

Ha, terkeluar pulak lyric L.O.V.E by Nat King Cole. Actually, im not the right person to talk about LOVE cause im not the motivator to counselor but just a normal human being (well well well). This word not only for boyfriend girlfriend but can to parent, family, friends etc.

I always heard this, "tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang" whenever they think they are in LOVE... Pening, pening. People always say, "cinta itu buta", but for me "manusia buta sebab cinta". I can prove it, go home open your laptop then search "IBU MERTUAKU"... hik3...

credit to Google Images...



Tuesday 16 July 2013

I Will Survive - Gloria Gaynor

Assalamualaikum !!!

Just wanna with u'olz the song that i like very very much. Dunno why every time i heard this song, my spirit like pahlawan wanita pulak. Bersemangat dengan tiba-tiba. But this song not relate with me pun. Mungkin cara penyampaian that song buat orang yang dengar rasa ada kuasa meresap masuk ke dalam jiwa. Entah la...

First i was afraid
I was petrified 
Kept thinking I could never life
without you by my side
But then i spent so many nights
thinking how you did me wrong
I grew strong
I learned how to get along

And so you're back from
outer space
I just walked in to find you
here with that sad look
upon your face
I should have changed that stupid lock
I should have made you
leave your key
If I had known for
just one second
you'd back to bother me

Go on now go, walk out the door
Just turn around now
'cause you're not 
welcome anymore
Weren't you the one who tried
to hurt me with goodbye
Did you think I'd crumble
Did you think I'd lay down and die?
Oh no, not I
I will survive
Oh as long as I know
how to love I know I'll
stay alive
I've got all my life to live
I've got all my love to give
and I'll survive
I will survive
Hey Hey!

It took all the strength I
had not to fall apart
Kept trying hard to mend
the pieces of my broken heart
And I spent oh so many nights
Just feeling sorry for myself 
I used to cry
But now I hold 
my head up high
And you see me
somebody new
I'm not that chained up the little 
person still in love with you
And so you feel like
dropping in
And just expect me
to be free
Now I'm saving all my loving
 for someone who's
loving me...

Sambil hayati lirik why not kita belajar certain words yang jarang diguna pakai or maybe dunno the meaning.
Lets learn...

1) Petrified (Petrify)
    menjadi keras seperti batu atau kaku

2) Crumble 
     pecah atau hancur

3) Mend
    baiki atau tampal

4) Chained (Chain)
    rantai atau rentetan

Selamat menghayati dan selamat belajar...








Salam Ramadhan

Assalamualaikum !!!

Ramadhan datang kembali
Indahnya rasa tidak terperi
Juadah dijual sana dan sini
Menyambutnya setahun sekali...

Amboi berpantun sakan pulak aku kali ni... Seronoknya mood Ramadhan ni memang tak tergambar. Jualan makanan Ya Allah jangan kata la, rasa macam nak beli kesemuanya. Tapi ni semua lapaq mata bak kata ibu aku. Sumpah bila tiba time berbuka, dengan sebiji kurma dan segelas air, semua makanan lain dah tak lalu nak makan dan tetiba rasa kenyang. Memang jahat kan. Orang kata jin dan iblis dah kena ikat, habis tu nafsu membazir tu datang dari godaan sapa? Tanya diri.

Aku tahun ni seperti tahun-tahun dahulu, bukan tak pernah tapi jarang-jarang sekali berbuka dengan nasi. Selalunya mee gorereng, bihun goreng atau mee sup. Tekak macam nak boleh nak telan nasi bila berbuka. Mungkin sejak kecik dah di ajar oleh ibu dengan abah cara tersebut. Jangan tak tahu, sebungkus mee goreng kongsi 3 orang. Buat lapik perut. Rasa memang macam tak cukup, tapi bila dah berbuka memang kenyang bila air dah masuk perut. Lepas tarawikh baru makan nasi itu pun kalau terasa lapar. Kalau tidak memang tak makan la. Tunggu sahur je la nanti. Yang kelakarnya mee goreng tau bihun goreng tu tanpa gagal untuk berada di meja makan. Tapi bila masuk je 1 Syawal, sumpah teramat sangat tengok mee dengan bihun goreng terasa meloya teramat sangat (boleh bayangkan tak macam mana meluatnya tengok mee time tu).

Kepada pembaca-pembaca sekalian, tolong tolong jangan membazir ketika ke bazar Ramadhan. Beli yang nak makan je. Bawak RM5 je setiap kali ke bazar Ramadhan. Elakkan pembaziran tapi kalau jenis memang makan macam-macam tak salah untuk membeli cuma jangan lapaq mata noh (bak kata ibu aku). Sayang makanan itu bila nak buang sebab nak lalu dah nak makan.

Ok, selamat menjalani ibadah puasa...

mee tarik 1st in Penang...


mee goreng terbaik...




Tuesday 9 July 2013

Tempat Menarik di Singpore

Assalamualaiukum !!!

Hari ini aku dengan kawan aku si Wani tu bertukar pendrive yang mengandungi gambar-gambar ketika melepaskan tekanan di Kota Singa (Singapura) pada tahun lepas. So, bila tengok gambar-gambar tu terasa nak share la beberapa tempat menarik yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke sana.

Ok, mari kita lihat satu persatu tempat yang boleh anda-anda kunjungi :

1) Kampong Glam (Arab Street)
    Di sini terletaknya Masjid Sultan yang menjadi landmark di kawasan tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai menjual kain-kain ela, permaidani dan kedai makanan Melayu dan Arab. Disepanjang perjalanan tersebut, anda juga boleh pergi ke Malay Heritage Centre yang dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 1000-1800.
Cara ke Kampong Glam dengan menaiki MRT - Bugis Station


Bangunan yang akan kita nampak

2) Geylang Serai
    Himpunan gerai makan yang menjual makanan Melayu terdapat di sini. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang boleh dinikmati. Antara yang terfamous seperti Sup Tulang Merah, Kacang Pool, Popiah Basah dan lain-lain.
Cara ke Geylang dengan menaiki MRT - Paya Lebar Station


Deretan kedai makan yang terdapat di Geylang

3) Bideford Junction Crosswalk
    Perarakan akan bermula sekitar jam 1930. Pelbagai jenis perarakan yang dijalankan di sini.
Cara ke Bideford Junction Crosswal dengan menaiki MRT - Orchard Station

4) Mustapha Centre
    Pada sesiapa yang tak suka pergi ke banyak tempat untuk mencari barang, silalah ke Mustapha Centre kerana disini terdapat hampir kesemua jenis barang yang anda perlukan. Bangunan ini beroperasi 24jam (sumpah tak tipu). Minyak wangi, rempah ratus, pakainan, makanan namakan saja semuanya ada. Pasti tak menyesal jika tak pulang dengan tangan kosong kerana harga minyak wanginya jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia walaupun selepas di tukarkan matawang. Pada sesiapa yang tak cukup tukaran matawang untuk berbelanja disini, jangan risau kerana diluar bangunan tersebut terdapat beberapa pengurup wang yang dapat menyelesaikan masalah anda.
Cara ke Mustapha Centre, aku jalan kaki je dengan 2 orang lagi kawan aku sebab hotel yang kami tinggal tak jauh dari Mustapha Center.

5) Universal Studio Singapore (USS)
    Tak lengkaplah destinasi percutian anda jika tidak ke USS. Tempat untuk bersuka ria ini dibuka pada pukul 1000-2100 pada setiap hari. Tiket boleh didapati di pintu masuk dengan harga 74 SDG (pejam mata je sebab tak sanggup nak convert) atau beli secara online. Semua yang terdapat didalam USS ni best tapi yang tak bestnya bagi yang beragama Islam, suraunya Ya Allah punya lah kecik lepas tu pulak bawah roller coaster. Boleh tak bayangkan masa angkat je takbir, dengar orang menjerit-jerit. Sabar je la. Restoran halal pun ada satu je kat dalam tu. So, sebelum nak beli makanan, pastikan kehalalannya terjamin.
Cara ke USS dengan menaiki MRT - Habourfront Station (nanti ada train untuk bawa ke USS atau boleh jalan kaki ke Sentosa tapi berpeluh la. sebab nak save budget sanggup je redah kebahangan matahari)

Globe yang wajib ditangkap gambar bersamanya...



6) Merlion
    Kalau nak tengok sangat singa kecik yang pancut air dari mulutnya, disinilah tempatnya. Malangnya masa aku pergi hari tu, singa ni di repair supaya kelihatan cantik untuk menyambut ulangtahun nya. Dari Merlion itu, kita dapat menyaksikan Marina Bay Sand, alah bangunan yang kat atasnya tu ada macam bentuk kapal. Dengar cerita nak naik atas tu pun kena bayar. So, kami bersetuju untuk tidak pergi ke situ memandangkan cuaca pada ketika itu amat mencemburui kami. Disebabkan masa nak pergi tu kami jalan kaki (hampir 20-30 min perjalanan) kami mengambil keputusan untuk balik dengan menaiki bot. Harga tiket River Boat tersebut adalah 8 SGD (penat punya pasal, abaikan tukaran matawang).

       
Kalau jalan kaki boleh nampak arca-arca yang ada disepanjang jalan...                                          







Dari jauh dah nampak kapal di awan ni...






7) Orchard Road
    Bagi yang kaki shopping barangan mewah, tolong jangan lupa untuk singgah di sini. Ya Allah punya lah banyak pusat beli-belah. Apa yang penting ketika berada di kawasan ini adalah wang dalam beg anda. Sediakan wang kerana barangan mewah yang terdapat di situ jarang ada di Malaysia. Kalau pergi pada waktu malam, panoramanya lagi menarik kerana disekitar kawasan tersebut dilimpahi dengan lampu-lampu neon yang terang benderang.
Cara ke Orchard Road samada menaiki MRT ataupun Bus.

Salah satu Orchard yang ada di situ...

8) Bugis Street
   Sumpah seronok gila kalau nak beli belah barang-barang murah. Macam-macam yang ada jual kat sini. Kalau pandai tawar, Insya Allah pulang dengan beg plastik penuh di tangan. Tempat ni lebih kurang macam Petaling Street la kalau kat Malaysia. Tapi agak sesak la sebab dipenuhi dengan orang dan barang-barang jualan.
Cara ke Bugis Street dengan menaiki MRT - Bugis Station


Boleh shopping sampai pitam...