Friday 10 October 2014

Indonesia (Jakarta) - Day 2

Assalamualaikum!!!

Hey hey hey... bersambung lagi dari kisah Day 1 di Indonesia. Hari ni aku nak share tempat2 menarik yang aku pergi masa kat Jakarta untuk hari kedua. Permulaan bermula dengan breakfast di hotel, ambik supir hotel untuk ronda2 Jakarta.

Tempat pertama yang kami tuju adalah Kota Tua. Best tempat ni sebab aku memang minat tempat2 sejarah ni. Kami sewa basikal tua (yg tok2 kita naik kat kg tu) ronda2 kawasan situ. Pastu buat havoc kat tempat orang. Kami buat tempat tu macam kami punya la.















Lepas letih ronda2 kat Kota Tua kami pergi ke Mangga Dua untuk cuci mata. Sebab macam tak lah menarik sangat barang2 dia. Macam mall kat Malaysia ja. Kejap je kami semua kat Mangga Dua tu. Tiba2 perut macam lapar, so kami arahkan supir untuk bawa kami makan nasi padang yang best. Dia bawa kami makan di Nasi Padang apa ntah (aku lupa nama restoran dia). Alpukat dia terbaik!!!


Destinasi seterusnya adalah tempat wajib pergi kalau ke Jakarta iaitu Tuju Monas. Memang best. Happening habis masa kat sini. Kami sewa mini motor ronda2 kat situ. Tak mahal pun sewa mini motor tu - Rp 15,000 untuk 15minit tapi kami bodek2 dapat la naik sampai 20-25minit (puas hati).

*gambar kat Tugu Monas nanti aku upload - ada dalam phone

Masjid Istiqlal adalah tempat wajib pergi. Ya Allah tempat ibadah yang sangat besar dan cantik. Jenuh jalan. Sempat kami solat di sana sebelum bergerak ke Gajah Mada Mall. Aku yang nak sangat pergi ke mall ni sebab aku nak jumpa my ex-officemate yang dulu pernah keje kat Penang (nama dia Myra). Dia memang orang Jakarta tapi family ada rumah kat Penang. Jumpa kat mall tu, pastu dia and adik dia bawa kami ke Taman Anggerik Mall untuk dinner. Dinner kat food court dalam mall ni terasa lain sebab makanannya yang unik. Kami semua tak makan banyak pun, just ringan2 ja sebab masih kenyang dengan nasi padang tengah hari tadi.



Dalam Masjid Istiqlal... besar... 
7 tingkat rasanya



Aku lupa nama makanan ni. Jumpa orang
jual depan masjid.

Ni la my ex-officemate Myra Gloriana


Lewat tengah malam, kami gerak untuk balik ke hotel, tapi tetiba ubah fikiran untuk meng"test" vokal. Jadi kami semua ke Diva Karaoke. Sempat la aku gaduh kat situ sebab tipu kami semua. Sewa untuk 3 jam, baru masuk 2jam 15minit, dorg kata masa tamat. Tak mengamuk aku kat situ. Berani tetiba (balik hotel aku terpikir awat la aku mengamuk kat situ - nasib tak jadi apa2). Mandi, solat terus tidur sebab esok nak naik train ke Bandung.



bersambung...










Indonesia (Jakarta) - Day 1

Assalamualaikum !!!

Setelah lebih beberapa minggu nak update blog ni, sampai dah bersawang, penuh dengan habuk, tiba lah rasa untuk aku update entry perjalanan cuti aku di Jakarta dan Bandung. Aku pergi ke sana bersama 7 lagi kawan aku. Jadi kesemuanya kami 8 orang terbang ke Jakarta melalui LCCT. Aku bertindak sebagai leader mungkin sebab aku ada experience travel as backpacker. So, aku susun itinerary pastu book tiket flight, tiket train dari Jakarta ke Bandung, hotel, supir, makan dan segala-galanya la. Cuma yang aku tak ambik kisah adalah duit dorg nak shopping... hehehehehe

Kami semua bertolak dari Penang ke KL menaiki 2 buah kereta. Sampai di KL terus parking kereta kat rumah kakak aku di Putrajaya sebelum dia hantar kami semua ke LCCT. Flight ke Jakarta lewat petang, jadinya kami tiba di Jakarta lebih kurang jam 9 malam. Sampai je terus beli tiket Bus Damri ke Station Gambir. Harga tiket Rp30,000 seorang. Bus ada Wi-fi tu... hik3

Sampai di St Gambir, kami menaiki Taxi Bluebird untuk ke hotel yang terletak di Jl Hayam Wuruk. Perjalanan lebih kurang 20-30 minit. Sampai di Hotel Ro&Vi kami semua check-in dan bersihkan diri sebelum keluar mengisi perut yang sakan beralun lagu heavy metal (lapaq gila). Untung stay kat hotel ni sebab sepanjang jalan ada je kedai2 makan dan restoran yang buka hingga lewat malam (ada jugak yg 24jam). Untuk mengelakkan percutian kami mengalami masalah, kami mengambil keputusan makan di restoran (makan tepi jalan takut sakit perut) - Garuda Nasi Padang. Mahal sikit takpa, asalkan perut ok - baru la selesa nak ber"enjoy". Lepas makan kami semua mengambil keputusan untuk berjalan2 sekitar kawasan tersebut (xde nye sekitar, sampai ke kawasan mangga besar kami jalan - sakit kaki oiiiii).

Balik hotel, semua tidur tak sedar diri. Sebelum tidur aku dah remind dorg untuk bangun awal sebab banyak tempat nak jelajah lagi ni.

p/s: sorry gambar first day tak banyak sebab letih dan excited... hahahahha


Hidangan makanan di Garuda Nasi Padang...
Wani dah tak sabar nak terkam lauk... hik3

Makanan ni la ada banyak di jual di sepanjang
kaki lima jalan...


bersambung...

Wednesday 8 October 2014

Tips Melancong ke India

Assalamualaikum !!!

Hari ni aku rasa nak share beberapa tips yang aku rasa perlu dan berguna untuk sesiapa yang nak atau teringin nak travel ke India as backpacker. Aku rasa tips ni berguna sebabnya aku telah lalui pengalaman sebagai solo backpacker ke India pada March lepas...

Antara tips yang perlu anda tahu dan ingat sebelum/semasa di India :-

(Sebelum)

1. Tukar wang rupee di Malaysia bukannya di India

2. Buat research tentang beberapa tempat yang nak pergi

3. Sediakan itinerary sebagai panduan

4. Bawa ubatan2 yang perlu - wet tissue JANGAN lupa

5. Semua duit JANGAN letak di tempat yang sama - letak merata (tp jangan lupa pulak)

(Semasa)

1. Imigresen India sangat tegas - isi borang dalam flight siap2

2. Ambil taxi di Airport - JANGAN tahan sesuka hati kat luar Airport

3. JANGAN makan di kedai tepi jalan - kebarangkalian nak kena cirit birit sangat besar

4. Sebelum naik Auto (mcm tut2 kat Thailand) tanya dulu berapa charge yang dikenakan

5. Avoid tempat2 sunyi - kalau boleh JANGAN keluar lewat malam

6. Beg jangan galas di belakang - passport better letak dalam pocket bahagian depan seluar

7. JANGAN sesuka hati nak sandar kat dinding2 kat sana - dorang kencing merata

8. JANGAN derma sesuka hati bila ada yang minta - nescaya berpuluh orang lagi akan datang

9. Kalau ke Commercial Street nak beli saree or apa2 barang - sila tawar menawar (tp JANGAN tak beli pulak, memang dorang MARAH la)

10. Kalau nak ke Airport better booking guns online taxi dorg untuk elakkan charge yang tinggi

11. Habiskan duit rupee sebab nanti balik Malaysia tak laku... hik3

12. Hand carry untuk bawak dalam flight make sure tak lebih dari 7kg sebab Airport dorang tak macam kita kat Malaysia yang kadang2 bawak beg besar pun boleh lepas as hand carry - dorang memang akan timbang untuk setiap beg yang di bawa masuk


Aku rasa setakat ni je la kot tips yang boleh aku bagi. Aku rasa ada lagi tapi otak tak dapat bekerja dengan baik hari ni, so ini je la kot yang dapat aku bagi. Harap tips ni membantu untuk sesiapa yang hendak ke India as solo backpacker.

Selamat Melancong....