Saturday 14 September 2013

Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang - Part II

Assalamualaikum !!!

Hey guys... Hari ni terasa nak share beberapa lagi tempat makan yang sedap-sedap (pada tekak aku la) yang ada di Penang ni. Entri yang lepas tekan sini aku ada bagitahu beberapa tempat makan yang menarik, tapi korang tahu la kan Penang ni kan Syurga Makanan. Tempat lain mungkin ada insan yang mati sebab tak cukup makan, tapi kat Penang ni rasanya mati terlebih makan ada la. hahahahaah...

Kalau bagi orang yang tak biasa datang ke Penang, sila jangan terkejut kalau korang nampak pukul 10 malam ada kedai makan baru nak buka. Memang style orang Penang makan tak kira masa. ok, letih nak mengarang so aku rasa sangat nak sabar nak share tempat-tempat makan yang best. Rugi tak pergi tahu... Check it out...

Padang Brown (sebutan Broom)
Tempat makan ni terletak dibelakang Balai Polis Datuk Keramat. Kiranya kat area Georgetown la. Kat sini, ada deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Namakan sahaja apa yang teringin nak makan. Tapi yang paling famous kat sini adalah Campor-campor Goreng atau Steamboat. Memang terbaik la. Lai Chi Kang dengan Ais Kacang pun terbaik la. Untuk makluman, tempat ni buka waktu petang lebih kurang pukul 5 petang hingga ke tengah malam. Ada hari yang tutup tapi tak sure hari apa. Yang pastinya Sabtu dan Ahad buka. So, dun worry k.

Esplanade Padang Kota
Temapt ni berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri bersebelahan padang. Ni salah satu tempat wajib pergi erk. Kesedapan Mee Sotong di tambah dengan kesejukan Coconut Shake pasti membuatkan korang terasa tak nak balik. Benda wajib yang korang wajib bawak selain duit adalah sedikit kesabaran sebab memang ramai orang. Pastu pulak service dorang pulak, walaupun cepat, kadang-kadang terasa hangin satu badan tambah-tambah bila lapar sebab dorang main hantar je tak ikut sapa datang order dulu. Itu kalau luck tak berapa bagus la, kalau tak ok je. Waktu buka pulak start tengah hari sampai lebih kurang pukul 6 petang macam tu la. Ahad confirm tutup.

Sany Char Keoy Teow (Tokong Ular)
Tak sah la kalau datang Penang tak pergi makan Char Keoy Teow.  Rugi kot kalau tak rasa. Mesti nyesal nanti. Kat Penang ni banyak kedai yang menjual Char Keoy Teow antara yang agak famous adalah Sany Char Keoy Teow yang terletak di tepi jalan berdekatan Tokong Ular, Bayan Lepas. Sepinggan biasanya RM3.50 tapi kalau rasa nak tamak sikit, order la special punya. Kalau special ni biasanya udang dalam tu lebih la. Yang penting cabai jeruk dia memang krup krup bunyi dia.

Nasi Kandar Beratur
Pasti rugi bagi korang yang memang peminat nasi kandar. Sedap sungguh. Cuma yang tak sanggup nye nak beratur. Panjang ya amat kot. Dah la pukul 10 malam baru bukak. Memang kena ada sediit kesabaran di dalam diri la erk kalau nak makan nasi kandar ni. Kedai dia betul-betul bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Beratur lebih kurang 20-30 minit makan tak sampai 10 minit, tapi memang berbaloi la walaupun macam gila sikit bunyi nya. Moment yang paling indah kalau pergi sebelum pukul 10 malam tu, korang akan dapat melihat pertukaran antara 2 menu masakan di satu tempat yang sama. Kalut tapi menarik.

Nasi Tomato Jelutong
Jangan ada perasaan heran erk sebab kat Penang ni memang dorang suka buka kedai tengah-tengah malam. Kalau tadi Nasi Kandar Beratur buka pada pukul 10 malam, Nasi Tomato ni pulak buka pukul 12 tengah malam. Adoiii. Siapa yang tak biasa, mesti ingat time-time tu siapa la yang nak pergi makan, jangan tak tahu, beratur skot orang yang nak pergi makan kat situ. Agak sedap la tambah-tambah ada ayam goreng rempah dia yang memang da boom tu.

Restoran Kapitan
Rasanya sepanjang aku duduk di Penang semenjak aku lahir lagi (lama tu) aku rasa kat sini je la yang Nasi Briyani dia terbaik la. Nasi Briyani Claypot Kambing memang terbaik la. Memang kenyang kot sebab banyak dan puas. Selain nasi briyani kat situ yang best, ada lagi 2 menu yang aku suggest untuk korang try, iaitu Chicken Milani dan Tandoori Cheese Naan. Adoiii, sambil menaip pun boleh terbayang Chicken Milani yang sampai kat meja dengan berasap-asap Tnadoori Cheese Naan yang garing (baik-baik air liur tu).


p/s: cara nak pergi ke tempat-tempat tu, guna GPS la erk. Senang je sebab semua tempat yang aku bagitahu tu tersangat la famous nya...

bersambung...

6 comments:

  1. Kat mana ek tempat tu??? hahaha... juz kidding...
    Buh la gambar skit... bru rancak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak mau boh, tapi tak sempat nak edit gambaq... hu3..
      akan diusahakan nanti erk

      Delete
  2. Salam...nasi tomato jelutong tu kat area mana? Ada landmark ape2 tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... landmark yang paling dekat adalah market batu lancang... betul2 berhadapan market batu lancang ada pangsapuri... nasi tomato tu kat dlm kwsn pangsapuri tu... tapi strt meniaga agak lewat... dalam 11.30 malam macam tu

      Delete
  3. Try p mkn di astaka kg Melayu, air itam... Gerai Persila Inabani.. mkn tgahari di sana..perghhh...dah bertahun saya mkn, mmg sedap!!

    ReplyDelete
  4. Yup..
    kapitan tu memang terbaik...
    bru smlam pekena chicken milalni..
    smpi skrng still terase chess die kt hujung tekak....

    ReplyDelete