Assalamualaikum !!!
Entri kali ini nak cerita sikit pasal cerita yang baru aku tengok kat wayang. Kalau nak tahu aku dah dekat setahun setengah tak jejakkan kaki ke dalam pawagam. Busy memanjang. Tetiba semalam hati dah tak tertahan sangat, aku ajak my FFL untuk teman aku tengok wayang. Aku jenis, pergi je pastu pilih je cerita apa yang ada pada time tu. Selalunya rancang nak tengok cerita lain, tup tup sampai je pilih cerita lain.
Lagi satu aku ni jarang nak tengok wayang dengan orang lain kecuali my FFL and my sis sebab hanya dorang je yang faham aku bila aku dah masuk dalam wayang. Aku adalah orang paling excited nak tengok wayang, end up aku akan tidur di pertengah cerita tu. Tak sure la kenapa. Dua tahun lepas aku ada masalah untuk tidur. So, my sis and my FFL la yang setiap minggu teman aku 2 3 kali untuk tengok wayang. Sebab dorang tahu aku boleh tidur dalam tu. Macam-macam hal kan. Hahahah...
Ok, berbalik pada cerita terbaru yang aku tengok (terbaru ke), disebabkan cerita yang aku nak tengok time tu takde dan aku bukan jenis suka nak tunggu-tunggu, aku pilih cerita Elysium. Ntah la cerita aoa pun aku tak tahu. Tahu pilih je time tu sebab macam dah desperate sangat nak tengok wayang.
Nak kasi sinopsis Elysium ni sikit...
Seorang kanak-kanak bernama Max dihantar untuk belajar dengan seorang rahib. Di tempat tersebut dia berkenalan dengan Freda. Kawasan tempat tinggal mereka terlalu padat sehinggakan wujudnya sebuha tempat yang dinamakan sebagai ELYSIUM iaitu di luar bumi. Tempat tersebut hanya untuk golonga-golongan elit manakala orang miskin hanya tinggal di Bumi. Max bekerja di satu kilang pembuatan robot. Suatu hari dia termasuk kedalam satu tempat yang mempunyai radiasi yang sangat tinggi dan mengakibatkan dia hanya mampu hidup selama 5 hari. Untuk dia kembali sihat, Max perlu ke Elysium kerana di sana terdapat mesin yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit.
Dapatkah MAx pergi ke Elysium untuk dia terus hidup? Sila ke pawagam berhampiran dan tak rugi tengok cerita ni. Sarat dengan pengajaran yang kita boleh dapat. Dan untuk beberapa kali dalam hidup, aku tak tidur sepanjang cerita ini dipaparkan... hahahahah... Satu kemajuan dalam diri...
9 Bintang ...
No comments:
Post a Comment