Friday 25 November 2016

Indonesia (Bukit Tinggi) - Day 2

Assalamualaikum !!!

Hari kedua diteruskan dengan hanya bersarapan di hotel sambil menghirup udara yang segar. Selepas bersarapan sempat la untuk bergambar di sekitar kawasan hotel. Jangan hairan kerana, pagi-pagi lagi peniaga akan berhimpun di kawasan hotel untuk menjual jualan mereka. Mereka ini hanya berniaga apabila terdapat tamu yang menginap di hotel tersebut sahaja.

Tersama pulak warna baju dengan pokok kat situ... 
hikhikhik

Saujana mata memandang...

Satu-satunya resort yang ada di situ...

Para peniaga dan jualannya...

Sales check-out aku meneruskan perjalanan ke Rumah Buya HAMKA. Untuk kesana harus melalui Kelok 44. Kelok bermaksud Corner yang mana terdapat 44 corner yang begitu curam dan menakutkan. Hanya kereta dan bus berkapasiti max 25 orang sahaja yang boleh melalui jalan tersebut. Kenderaan besar daripada itu tidak dibenarkan kerana jalannya sempit dan berliku-liku. 

Tiba di Rumah Buya HAMKA, aku di sambut oleh anak saudara Buya HAMKA iaitu Pak Rashid untuk mendengar serba sedikit cerita berkaitan Buya HAMKA. Selesai mendengar cerita dan sesi bergambar, aku meneruskan perjalanan untuk ke Bukit Tinggi.

Bergambar sebelum naik ke atas...

Sempat meminta tanda tangan untuk novel
Tenggelamnya Kapal Van Det Wjick...

Makan tengah hari di rumah makan Simpang Raya. Makanan tak sesedap dulu tapi kerana lapar, makan je tanpa banyak kerenah. Singgah sebentar di Pandai Sikek untuk membeli telekung buatan tangan hasil tempatan. 

Tiba di Bukit Tinggi terus check in di Hotel Grand Malindo yang mana ianya terletak di tengah-tengah kawasan bandar Bukit Tinggi. Selepas beristirehat dan menunaikan solat, makan malam di Wong Semarang. Merupakan restoran ayam penyet. Sedap dan murah.


bersambung... 


Indonesia (Tasik Maninjau) - Day 1

Assalamualaikum !!!

Hi there....

Tersangat la sibuk untuk beberapa bulan ni, sampaikan tak sempat nak menjengah blog. Sorry for late reply pada yang email untuk itinerary atau sebarang pertanyaan.

Ok, pada kali ni aku nak cerita tentang perjalanan ke Padang, Indonesia pula. Pada aku Padang, Indonesia suatu tempat yang mendamaikan dan bagi pencinta keindahan alam sangatlah sesuai kerana keadaan alam semulajadinya tidak terusik dan masih terpelihara.

Perjalanan bermula dari Penang International Airport ke KLIA2 dan seterusnya KLIA2 ke Minangkabau International Airport. Sejurus selepas sampai terus makan tengah hari di Lamun Ombak. Kalau dah namanya pergi ke Padang, tak lengkap kalau tidak makan Nasi Padang yang terkenal dengan kepelbagaian lauk pauk yang dihidangkan. Tapi ingat, sentuh lauk yang nak dimakan sahaja, sebab lauk yang tak disentuh tidak akan dikira. Sekiranya ambik kuah pun akan dikira sebagai satu hidangan. Lauk pauk yang dihidangkan dalam hidangan yang kecil dan lauk-lauknya unik seperti otak lembu masak lemak, tulang keting lembu, otot lutut, usus, etc...

Antara lauk-pauk yang terhidang...

Selepas perut terisi dengan jayanya, perjalanan di teruskan ke Air Terjun Lembah Anai. Air terjun ini berada di pertengah jalan untuk ke Bukit Tinggi. Dari jalan akan nampak terjunan air tersebut. Dipercayai oleh rakyat tempatan, sesiapa yang membasuh muka dengan air terjun tersebut, maka seri wajahnya akan kelihatan. Waallahualam... 

Dari kejauhan dah nampak...

Berhenti seketika untuk bergambar dan perjalanan diteruskan untuk ke hotel. Hari pertama menginap di Hotel Nuansa Maninjau terletak di kawasan tanah tinggi Tasik Malinjau. Makan malam di hotel sahaja...


bersambung...