Monday 30 September 2013

KIA Cerato - Review

Assalamualaikum !!!

Last week secara tak sengaja aku telah test drive KIA Cerato di Queensbay Mall. Dorang ada fair kat situ. Masa jalan nak ke kereta untuk balik ada beberapa orang brothers yang tahan anda suruh test drive kereta kat situ. Katanya nanti dapat something dari KIA. So, aku dengan kakak aku pun dengan terujanya pergi la daftar untuk test drive. Banyak kereta KIA yang ada, tapi aku dengan kakak aku pilih untuk test drive kereta Cerato. Kereta baru launch katanya.

Memang terasa best la drive kereta tu. Dengan spec-spec  baru yang diperkenalkan. Tapi best juga sebab kereta tu kan kereta baru, jadi baru beberapa sahaja mileage kereta tu time aku test drive tu. So, kat sini aku nak bagi details sikit pasal kereta KIA CERATO...


dan jeng jeng jeng....

Award winning Design
inilah beg yg aku dapat lepas test drive hari tu...











Saturday 14 September 2013

Tempat Makan Menarik di Pulau Pinang - Part II

Assalamualaikum !!!

Hey guys... Hari ni terasa nak share beberapa lagi tempat makan yang sedap-sedap (pada tekak aku la) yang ada di Penang ni. Entri yang lepas tekan sini aku ada bagitahu beberapa tempat makan yang menarik, tapi korang tahu la kan Penang ni kan Syurga Makanan. Tempat lain mungkin ada insan yang mati sebab tak cukup makan, tapi kat Penang ni rasanya mati terlebih makan ada la. hahahahaah...

Kalau bagi orang yang tak biasa datang ke Penang, sila jangan terkejut kalau korang nampak pukul 10 malam ada kedai makan baru nak buka. Memang style orang Penang makan tak kira masa. ok, letih nak mengarang so aku rasa sangat nak sabar nak share tempat-tempat makan yang best. Rugi tak pergi tahu... Check it out...

Padang Brown (sebutan Broom)
Tempat makan ni terletak dibelakang Balai Polis Datuk Keramat. Kiranya kat area Georgetown la. Kat sini, ada deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan. Namakan sahaja apa yang teringin nak makan. Tapi yang paling famous kat sini adalah Campor-campor Goreng atau Steamboat. Memang terbaik la. Lai Chi Kang dengan Ais Kacang pun terbaik la. Untuk makluman, tempat ni buka waktu petang lebih kurang pukul 5 petang hingga ke tengah malam. Ada hari yang tutup tapi tak sure hari apa. Yang pastinya Sabtu dan Ahad buka. So, dun worry k.

Esplanade Padang Kota
Temapt ni berhadapan dengan Dewan Undangan Negeri bersebelahan padang. Ni salah satu tempat wajib pergi erk. Kesedapan Mee Sotong di tambah dengan kesejukan Coconut Shake pasti membuatkan korang terasa tak nak balik. Benda wajib yang korang wajib bawak selain duit adalah sedikit kesabaran sebab memang ramai orang. Pastu pulak service dorang pulak, walaupun cepat, kadang-kadang terasa hangin satu badan tambah-tambah bila lapar sebab dorang main hantar je tak ikut sapa datang order dulu. Itu kalau luck tak berapa bagus la, kalau tak ok je. Waktu buka pulak start tengah hari sampai lebih kurang pukul 6 petang macam tu la. Ahad confirm tutup.

Sany Char Keoy Teow (Tokong Ular)
Tak sah la kalau datang Penang tak pergi makan Char Keoy Teow.  Rugi kot kalau tak rasa. Mesti nyesal nanti. Kat Penang ni banyak kedai yang menjual Char Keoy Teow antara yang agak famous adalah Sany Char Keoy Teow yang terletak di tepi jalan berdekatan Tokong Ular, Bayan Lepas. Sepinggan biasanya RM3.50 tapi kalau rasa nak tamak sikit, order la special punya. Kalau special ni biasanya udang dalam tu lebih la. Yang penting cabai jeruk dia memang krup krup bunyi dia.

Nasi Kandar Beratur
Pasti rugi bagi korang yang memang peminat nasi kandar. Sedap sungguh. Cuma yang tak sanggup nye nak beratur. Panjang ya amat kot. Dah la pukul 10 malam baru bukak. Memang kena ada sediit kesabaran di dalam diri la erk kalau nak makan nasi kandar ni. Kedai dia betul-betul bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling. Beratur lebih kurang 20-30 minit makan tak sampai 10 minit, tapi memang berbaloi la walaupun macam gila sikit bunyi nya. Moment yang paling indah kalau pergi sebelum pukul 10 malam tu, korang akan dapat melihat pertukaran antara 2 menu masakan di satu tempat yang sama. Kalut tapi menarik.

Nasi Tomato Jelutong
Jangan ada perasaan heran erk sebab kat Penang ni memang dorang suka buka kedai tengah-tengah malam. Kalau tadi Nasi Kandar Beratur buka pada pukul 10 malam, Nasi Tomato ni pulak buka pukul 12 tengah malam. Adoiii. Siapa yang tak biasa, mesti ingat time-time tu siapa la yang nak pergi makan, jangan tak tahu, beratur skot orang yang nak pergi makan kat situ. Agak sedap la tambah-tambah ada ayam goreng rempah dia yang memang da boom tu.

Restoran Kapitan
Rasanya sepanjang aku duduk di Penang semenjak aku lahir lagi (lama tu) aku rasa kat sini je la yang Nasi Briyani dia terbaik la. Nasi Briyani Claypot Kambing memang terbaik la. Memang kenyang kot sebab banyak dan puas. Selain nasi briyani kat situ yang best, ada lagi 2 menu yang aku suggest untuk korang try, iaitu Chicken Milani dan Tandoori Cheese Naan. Adoiii, sambil menaip pun boleh terbayang Chicken Milani yang sampai kat meja dengan berasap-asap Tnadoori Cheese Naan yang garing (baik-baik air liur tu).


p/s: cara nak pergi ke tempat-tempat tu, guna GPS la erk. Senang je sebab semua tempat yang aku bagitahu tu tersangat la famous nya...

bersambung...

Wednesday 11 September 2013

Review Filem... Elysium ! Best

Assalamualaikum !!!

Entri kali ini nak cerita sikit pasal cerita yang baru aku tengok kat wayang. Kalau nak tahu aku dah dekat setahun setengah tak jejakkan kaki ke dalam pawagam. Busy memanjang. Tetiba semalam hati dah tak tertahan sangat, aku ajak my FFL untuk teman aku tengok wayang. Aku jenis, pergi je pastu pilih je cerita apa yang ada pada time tu. Selalunya rancang nak tengok cerita lain, tup tup sampai je pilih cerita lain.

Lagi satu aku ni jarang nak tengok wayang dengan orang lain kecuali my FFL and my sis sebab hanya dorang je yang faham aku bila aku dah masuk dalam wayang. Aku adalah orang paling excited nak tengok wayang, end up aku akan tidur di pertengah cerita tu. Tak sure la kenapa. Dua tahun lepas aku ada masalah untuk tidur. So, my sis and my FFL la yang setiap minggu teman aku 2 3 kali untuk tengok wayang. Sebab dorang tahu aku boleh tidur dalam tu. Macam-macam hal kan. Hahahah...

Ok, berbalik pada cerita terbaru yang aku tengok (terbaru ke), disebabkan cerita yang aku nak tengok time tu takde dan aku bukan jenis suka nak tunggu-tunggu, aku pilih cerita Elysium. Ntah la cerita aoa pun aku tak tahu. Tahu pilih je time tu sebab macam dah desperate sangat nak tengok wayang.

Nak kasi sinopsis Elysium ni sikit...

Seorang kanak-kanak bernama Max dihantar untuk belajar dengan seorang rahib. Di tempat tersebut dia berkenalan dengan Freda. Kawasan tempat tinggal mereka terlalu padat sehinggakan wujudnya sebuha tempat yang dinamakan sebagai ELYSIUM iaitu di luar bumi. Tempat tersebut hanya untuk golonga-golongan elit manakala orang miskin hanya tinggal di Bumi. Max bekerja di satu kilang pembuatan robot. Suatu hari dia termasuk kedalam satu tempat yang mempunyai radiasi yang sangat tinggi dan mengakibatkan dia hanya mampu hidup selama 5 hari. Untuk dia kembali sihat, Max perlu ke Elysium kerana di sana terdapat mesin yang mampu menyembuhkan segala jenis penyakit.

Dapatkah MAx pergi ke Elysium untuk dia terus hidup? Sila ke pawagam berhampiran dan tak rugi tengok cerita ni. Sarat dengan pengajaran yang kita boleh dapat. Dan untuk beberapa kali dalam hidup, aku tak tidur sepanjang cerita ini dipaparkan... hahahahah... Satu kemajuan dalam diri...
9 Bintang ...

Friday 6 September 2013

Resipi Mudah Udang Goreng Nestum

Assalamualaikum !!!

Hey hey hey uolz. Hari ni merupakan hari terakhir sebelum untuk berjimba sebelum esok bermulanya lambakkan assignment yang akan memeningkan dan membuatkan otakku menjerit meminta oksigen sebab terlampau stuck untuk berfikir secara waras.

So, disebabkan terasa nak masak untuk hilangkan tekanan yang bakal melanda (padahal bukan buat assignment pun lagi dah nak tension2 - poyo lah) semalam aku mencuba resipi campak-campak (mudah dan cepat) menggunakan barang yang ada dalam peti ais dan di dapur. Maka terhasillah "Udang Goreng Nestum Meroyan"... he3. Gila mudah dan tak sampai 15 min dah boleh makan. Jom try...

Bahan-bahan

6-8 ekor udang (tak kisah size - hentam sajalah)
- cuci udang dan buang kulit dibahagian tengah
Minyak
Garam
Serbuk lada hitam

* bahan-bahan ni digoreng. minyak jangan banyak sangat dan udang jangan goreng terlalu lama nanti isi dengan kulit melekat - payah nak kopek masa makan nanti. dah agak masak angkat dan letak ke tepi.

Bawang kecik - dihiris
Bawang putih - dihiris
Cili kering
Daun kari - kalau ada
Butter - sesudu je
Nestum
Serbuk udang kering - tumbuh je udang kering dalam peti ais tu

* panaskan butter + sedikit minyak (supaya tak hangit), goreng cili kering, bawang kecik dan bawang putih + daun kari, masukkan 2 sudu besar nestum + serbuk udang kering gaulkan bersama udang yang siap digoreng tadi. tutup api. dan masukkan beberapa sudu nestum lagi untuk dihidangkan... siap...

rupa tak penting yang penting rasa tu - terbaik...


Wednesday 4 September 2013

Kisah di Sebalik Hati

Assalamualikum !!!

" Biarpun Kau Tak Lagi Ada Denganku,
Takkan Ku Bisa Melupakanmu,

Cara Kau Memanggil Namaku,
Terasa Seolah Kau Masih Ada,

Yang Mengenalmu Cuma Aku, 
Tidak Aku Menyesal Mencintaimu..."

Tuesday 3 September 2013

Muhasabah Diri

Assalamualaikum !!!

Tiada isu yang hebat nak diperkatakan untuk entry kali ini. Cuma nak bercerita sedikit tentang individu2 yang merasa diri mereka terlalu sempurna sampai menganggap apa yang orang kata perkataan semuanya salah. Di mata mereka ini, jika seseorang itu membicarakan hal yang seakan2 tidak mengokong mereka, mereka akan hentam sehabis-habiskan sehingga sanggup menokok tambah cerita yangsebenarnya. Hanya kerana, tidak berpuas hati kerana ada diantara kalangan manusia lain yang juga tidak bersetuju dengan mereka. Adoiiii...

Cuma muhasabah diri. Sebelum kita nak mengatakan bahawa kita tidak setuju sesuatu perkara tersebut, selidik dahulu apa yang dimaksudkan orang yang menyuarakan isu terbabit. Kata orang, kita tak rasa apa yang orang rasa, jadi hati-hati bila berbicara. Tok aku selalu pesan kat kita orang cucu yang dia sayang ni "don't judge people until you walk a mile in their shoes or life a day in their life". Stop pretend that you know everything. People also have their right to talk or write what they think. So respect others if you want people to respect you.

Orang2 jenis macam ni seronok bila ada yang sokong dorang untuk menghentam orang. Tapi bila terlampau ghairah nak mencari kesalahan orang, dia lupa orang lain perhatikan apa yang dia perkataan. Tak salah untuk suarakan pendapat tapi jangan ada niat nak malukan orang.

p/s : post ini tiada tujuan untuk malukan sesiapa cuma untuk muhasabah diri yang kadang-kala terleka...