Saturday 29 June 2013

Kawal Emosi !

Assalamualaikum !!!

Hai ini terbaca satu slot rencana dalam akhbar Harian Metro. Rencana ini disiarkan dalam Sisipan Hati beberapa hari yang lepas. KAWAL EMOSI TENANGKAN JIWA! Terasa tajuk ni sangat menarik untuk dibincangkan.

Tajuk rencana pun dah cukup menarik. Rasanya semua manusia dimuka bumi ini mempunyai emosi tak tahu la pulak kalau ada yang memang tak ada emosi. Emosi sering berkait rapat dengan peribadi seseorang itu. Kalau orang itu mempunyai pemikiran positif, insya Allah emosinya sukar terganggu dan juga sebaliknya. Tetapi emosi tetap bergantung kepada individu itu sendiri. Bagaimana menanganinya dan juga mengawalnya. Tekanan yang terlampau akan mengakibatkan gangguan emosi yang tidak dapat dikawal.

Terdapat beberapa cara ataupun langkah yang boleh diambil untuk mengatasi tekanan atau mengawal emosi daripada meletus umpama Gunung Merapi. (contoh nak hebat ja)

Tenang
- Cara yang sukar untuk dilakukan, tetapi paling senang dan mudah. Tarik nafas dan tahan sebentar sebelum dihembuskan secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, cuba untuk lupakan ada yang terjadi dan ingatkan perkara yang indah.

Berwuduk
- Cuba amalkan diri untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Kerana seperti yang kita sebagai yang beragama Islam tahu, anasir-anasir jahat atau negatif sukar untuk berada di dalam badan orang yang dirinya sentiasa diseliputi wuduk. Dengan keadaan diri sentiasa berwuduk juga kita dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

Membaca Al-Quran
- Dengan membaca Al-Quran juga dapat menenangkan hati yang tidak keruan sekali gus emosi dapat terkawal secara positif. Al-Quran mempunyai banyak mukjizatnya disebabkan itu, motivasikan diri untuk membaca sekurang-kurangnya sehelai muka surat Al-Quran sehari. Insya Allah, gundah gelana dihati akan hilang.

Beredar ke Tempat Lain
- Digalakkan ketika emosi terganggu atau berada dalam keadaan tekanan, cuba untuk beredar dari tempat yang anda berada sekarang. Cuba mencari tempat boleh memberi anda ketenangan dan menghilangkan rasa emosi yang akan mengganggu gugat aktiviti harian anda.

Lakukan Aktiviti
- Apabila tekanan melanda diri, cubalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang mampu mengelakkan anda dari berfikir apa-apa yang berkaitan tekanan tersebut. Aktiviti yang sering dipilih untuk menghilangkan tekanan seperti bersiar-siar, jogging, membeli-belah dan melakukan riadah bersama teman.

Hidu Haruman
- Cuba untuk menghidu aroma yang menenangkan supaya emosi dapat dikawal. Menurut kajian, aroma yang wangi dapat melegakan tekanan yang dihadapai oleh seseorang. Aroma mampu membuatkan seseorang itu terbuai-buai dalam alam nya sendiri.

Sekian saja hurainya dan pendapat yang dapat aku berikan berkaitan emosi. Emosi sukar dibendung tetapi ada cara untuk mengawalnya. Buat pilihan dan pastikan tidak menyakitkan hati orang sekeliling dan yang lebih penting hati sendiri terjaga. Pesanan ini dibawa oleh orang yang kadang-kadang terbabas juga emosinya... (dah macam iklan radio ja)


 


Friday 28 June 2013

Tempat Menarik di Sabah

Assalamualaikum !!!

Sabah merupakan salah satu negeri yang terdapat di dalam peta Malaysia. Besarnya Sabah memang tak terkata. Di Sabah terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati samada yang suka kan aktiviti lasak atau pun feeling-feeling cantik je.

Antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Sabah dan pernah aku pergi adalah :

1) Tip of Borneo (Simpang Mengayau) - Kudat
     Tip of Borneo ini merupakan penghujung negeri Sabah dan merupakan pertembungan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. Jika anda antara pengunjung bertuah di sana, anda akan dapt melihat ombak antara kedua-dua laut tersebut bertembung di hujung batuan. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat mengambil masa lebih kurang 3jam.

Tanda keagungan di Kudat.

2) Kampung Tampi-Tampi - Semporna
    Kawasan pulau ni memang cantik dan tempat ini pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Duyung keluaran KRU. Memang cantik kawasan dan airnya sungguh jernih. 

Salah satu resort yang ada di Kampung Tampi-Tampi

3) Rumah Terbalik - Tamparuli
    Satu lokasi yang sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga. Kalau ada penyakit cepat pening, elok tunggu kat luar je la sebab kompem pening kalau masuk nanti. Rumah Terbalik ini dibina sebagai satu tarikan pelancong ke Sabah dan ini merupakan satu-satunya Rumah Terbalik yang berada di Asia (kalau tak silap cheq la). Tiket masuk ke dalam rumah ni Dewasa RM10 dan untuk kanak-kanank tak pasti pula.

Salah satu tarikan yang menarik dan unik...


4) Sepilok - Sandakan
    Ini juga merupakan lokasi yang wajib pergi jika ke Sabah. Tapi agak jauh kalau menaiki kenderaan darat kerana Sepilok terletak di daerah Sandakan. Sepilok merupakan tempat lindungan Orang Utan yang tidak di kurung di dalam sangkar. Bayaran dikenakan untuk menyaksikan gelagat Orang Utan makan tetapi terdapat waktu-waktu tertentu sahaja yang dibenarkan untuk melawat. Waktu pagi 0900-1100 dan pada waktu petang 1430-1540.

Sangat sesuai bagi sesiapa yang cintakan haiwan...

5) Kolam Ikan Kelah - Ranau
    Spa Ikan Kelah ini terletak di Kampung Luantin, Ranau. Terdapat laluan sungai yang dipenuhi dengan ikan kelah yang akan memakan kulit-kulit mati di kaki anda. Sesiapa yang lebih ekstrem boleh berendam terus ke dalam sungai tersebut. Bayaran yang di kenakan adalah Dewasa RM10 dan Kanak-kanak RM5 dan waktu yang diberikan lebih kurang 15-20minit. 


Terasa kegelian teramat sangat...


6) Gunung Kinabalu - Kundasang
    Ini merupakan lambang kepada Negeri Sabah. Sesiapa yang pergi ke Sabah tetapi tak pergi sekurang kurangnya kaki Gunung Kinabalu amatlah rugi. Udaranya sungguh bersih dan nyaman. Melihatkan puncak gunung tersebut, hilang segala kepenatan yang dirasai sepanjang perjalanan dan mensyukuri keindahan yang Allah jadikan.

7) Pulau Manukan, Pulau Sapi & Pulau Mamutik - Kota Kinabalu
    Pada sesiapa yang sukakan aktiviti air, boleh la ke Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik yang terletak di Kota Kinabalu. Feri yang perlu diambil untuk ke sana bertolak dari Jetty Jesselton. Harga yang dikenakan bergantung ke pulau mana yang menjadi pilihan kalbu. Untuk ke Pulau Manukan, harga bagi Dewasa RM 27 pergi dan balik. Air di setiap pulau-pulau tersebut sangatlah jernih hingga dapat melihat hidupan di dasar dengan mata kasar. Aktiviti yang boleh dilakukan di sana seperti Parasailing, Snorkeling, Banana Boat, Fish Boat dan Diving. Bayaran untuk setiap aktiviti dikenakan berasingan.

Best wo... Gayut saye...

8) Pasar Filipina -  Kota Kinabalu
     Ini merupakan tempat wajib bagi pelancong apabila datang ke Sabah. Di sini terdapat berpuluh-puluh buah kedai yang menjual makanan laut segar hasil tangkapan nelayan. Ketam, Udang, Ikan, Sotong dan namakan saja makanan laut yang teringin anda makan, insya Allah terdapat di sini.

9) Maliau Basin - Keningau
    Tempat ini merupakan salah satu hutan yang belum diteroka oleh manusia secara berleluasa. Apa yang menarik di sini adalah terdapatnya kolam air terjun 7 tingkat. Sangat menarik dan airnya agak kehitaman. Di sini juga boleh melakukan banyak aktiviti seperti "jungle tracking", "camping", "water sport" dan lain2.

credit to Google Images...





    



Sunday 23 June 2013

Selasihku Sayang - Ahmad Jais & Rafeah Buang

Assalamualaikum !!!

Entah kenapa selepas mendengar bait-bait kata lagu Selasihku Sayang dendangan Ahmad Jais & Rafeah Buang. Aku seakan terpesona dengan susunan kata yang seakan mengalir kedalam jiwa bila mendengarnya. Sumpah lagu ni tak ada kena mengena dengan diri aku cuma liriknya sangat halus dan runtuh jiwa...

Jom kita selami rangkap-rangkap indah yang disusun dan digubah dengan begitu sempurna dan di nyanyikan dengan suara yang tiada tandingnya...

Ku tanam selasih
Ku tanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Yang aku tinggalkan

Ku siram selasih
Ku siramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih wahai sayang
Lambang percintaan

Hai kencana dewi kasih yang ku rindu
Ku kenang selalu

Sayang moga takkan layu
Cinta yang sejati kekal dan abadi

Hai cendana dewi kau tetap ku kenang
Janganlah kau bimbang

Sayang kau tetap kan pulang
Di sisiku sayang membawa harapan

Cinta itu sesuatu yang sangat subjektif. Tak dapat dinilai oleh orang lain melainkan diri sendiri yang melaluinya dan setiap cerita cinta manusia itu berbeza antara satu sama lain. Cinta yang sejati hanyalah pada-Nya tapi tak salah untuk mencari cinta buat diri sendiri supaya mengecapi syurga di dunia...

Saturday 22 June 2013

Puisi atau Sajak - #3

Assalamualaikum !!!

Hari ni terasa ada sedikit mood untuk menulis. Aku tak pasti ini akan dinamakan sebagai Puisi atau Sajak. Apa yang lebih pada aku, dengan aku menulis jiwa aku terasa amat tenang umpama burung terbang di udara tanpa ada halangan.

Terimalah hasil yang tidak seberapa ini untuk dibaca, direnung dan difikirkan sejenak...

Belenggu Dunia

Dunia,
Sepi tanpa bunyi
Tiada kata-kata yang ingin diungkapkan
Penuh dengan maksiat
Penuh dengan pancaroba
Penuhlah dengan bahaya...

Alam,
Lelaki dan perempuan
Hidup dengan mewah
Tiada batas agama
Semakin sesat ditelan arus pemodenan
Pegangan agama entah hilang ke mana...

Carilah,
Carilah wahai manusia
Segala amalan yang dahulunya dipegang
Yang dahulunya disanjung
Kelak akan menyesal 
Bila diri tak punya apa-apa...

Seingat aku, aku menulis rangkap-rangkap ni masa aku berada di dalam kelas. Kertas dan pen bila berada di tangan, ada je benda yang akan aku tulis melalui pemerhatian aku. Jadi, ayat-ayat dalam Puisi/Sajak ni sangatlah berterabur. Asal aku rasa puas aku akan berhenti menulis tak kira habis atau tak sesuatu Puisi/Sajak itu.

Wednesday 19 June 2013

Jalan-Jalan Di Borneo - Part II

sambungan...

Assalamualaikum !!!

Hari ni jari-jari terasa tersangatlah rajin nak menekan huruf-huruf di papan kekunci ni. Heran jugak sebab tak pernah pulak rajin nak menaip time-time ada hal yang penting lain nak buat. Takpe, abaikan saja benda tak penting ni. So, cerita pengembaraan ini akan diteruskan dengan hari ke...

Day 4

Selepas 2 hari berada di Tawau, kami sekeluarga mengambil keputusan untuk kembali ke Kota Kinabalu kerana terdapat beberapa aktiviti lain yang belum dilaksanakan. So, pagi-pagi buta tu lebih kurang pukul 6 pagi, dah check-out dari hotel dan terus menaiki kenderaan untuk ke destinasi seterusnya. Dalam perjalanan, kami sempat singgah di Check-point Sandakan untuk merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Sandakan. Sebelum sampai ke pekan Sandakan, kami melalui beberapa kawasan seperti Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan (tempat Bung Mokhtar), Bukit Garam dan sampailah kami ke Sandakan. Jalan di Sandakan agak sesak kerana terdapat banyak lori-lori yang keluar masuk di kawasan tersebut. Kami singgah makan di Restoran Ikan Bakar Mama Resipi. Memang terbaik hasil lautnya yang segar di bakar dengan sos yang wow. Kalau ke Sandakan, jangan lupa singgah ke kedai tersebut.

Gambar tokey kena letak baru ong... hik3

Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Sepilok (aku nak jumpa haiwan kesukaan ku - Beruk/Monyet/Orang Utan). Damai sungguh pemandangan di sini kerana kawasan tersebut masih diselubungi dengan kehijauan daun-daun yang lebat di kawasan tersebut.

Perjalanan diteruskan dengan melalui kawasan seperti Telupit, Ranau dan singgah sebentar di Kg Luanti untuk menikmati Spa Ikan yang sangat popular di Sabah. Memang terbaik untuk merehatkan kaki selepas berhempas pulas menekan break dan minyak. Lebih kurang 30minit menhabiskan masa di situ, kami meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu tanpa berhenti dimana-mana lagi sebab keadaan ketika itu telah gelap walaupun baru pukul 6 petang.

Signboard kecik sangat. Kena hati-hati takut terlepas...

Day 5

Hari yang sangat bosan, jadi aku mengambil keputusan untuk bersiar-siar disekitar Kota Kinabalu sahaja. Segala mall habis aku panjat (macam kat Penang tak dak mall).

Day 6

Bangun awal pagi untuk siapkan bekalan makanan kerana hari ni nak ke pulau. Yeay, yeay... Sampai saja di jetty Jessalthon, terus abang aku membeli tiket dan aku bersama kawan abang ku, pergi medapatkan peralatan snorkeling. Kami pergi ke Pulau Sapi, kemudian ke Pulau Manukan dan akhir sekali ke Pulau Mamutik. Memang terbaik pulau-pulau disitu. Aku melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Manukan dan sempat melakukan aktiviti yang bagi kau sangat menarik iaitu parasailing yang aku lakukan di Pulau Mamutik. Seperti kelaziman, balik je dari pulau badan dah letih, memang malam tu tak keluar kemana-mana dan tengok Konsert Kilauan Emas 3 di rumah.

Ni dah nak turun dah. Ketinggian yang paling tinggi aku 
cecah masa tu lebih kurang 170-180 meter. Gayat jugak
tapi memang terbaik la. Kalau lagi tinggi lagi best kot cuma yang tak best
kena hempas dalam air, sumpah telan banyak gila air masin.


Day 7

Hari membosankan sebab letih balik dari pulau tak hilang lagi. Tu la seronok sangat masa tu, ambik padahnya sampai nak jalan pun tak larat tambah dengan kulit jadi pedih sebab kena sunburn yang agak teruk.



bersambung... bila nak habis da


Friday 14 June 2013

Jalan-Jalan di Sepanjang Borneo

Assalamualikum !!!

Ya Allah, sesungguhnya sejak sebelakangan ini, aku tersangatlah malas nak update belog ni. Tak tahu la kemana hilangnya semangat yang sebelum ini membara. Mungkin disebabkan mood holiday terlebih daripada segalanya. So hari ni nak bercerita sikit tentang percutian mengejut aku sekeluarga. Abang aku yang berada di Sabah telah membooking kan tiket flight untuk aku, ibu dan abah ke sana untuk bercuti. Alhamdulillah percutian ini ditaja sepenuhnya oleh abang ku dan isterinya. Mintak-mintak ada la percutian sebegini setiap tahun. Heheheh (dah bagi lengan nak bahu pulak). Walaupun sudah beberapa kali aku sekeluarga berkunjung ke Sabah, tetapi percutian kali ini sungguh menarik kerana, boleh di katakan kesemua tempat-tempat menarik kami pergi kerana cuti kali ni lama sikit.

Ok, now start with our journey...

Day 1...

Flight PEN-BKI memakan masa selama 2jam 45minit. Flight berlepas pada pukul 4.40 petang dan bila sampai di Sabah, keadaan cuaca tersangatlah gelap seperti pukul 9 atau 10 malam waktu semenanjung. Apa yang aku ketahui daripada pembacaan dan mendengar cerita orang, sebenarnya waktu Sabah dan Sarawak adalah lebih awal daripada waktu Semenanjung akan tetapi ketika pemerintahan Tun Mahathir, beliau telah menyamakan waktu Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak kerana kita semuakan dalam 1 negara (kalau salah informasi ini harap maaf). So selepas sampai, kami sekeluarga terus ke kedai makan di area Tanjung Aru.

Day 2...

Lepas je Subuh terus gerak ke Kota Kinabalu untuk mencari sarapan. Akhirnya kami memilih untuk makan di Kak Nong iaitu sebuah restoran yang terletak sebelum pekan Kota Kinabalu. Makanannya boleh tahan tapi harganya sabar je la. Untuk sepinggan nasi lemak bodoh (just basic nasi lemak) RM4. Bagi aku mahal la sebab aku sendiri meniaga nasi lemak tak mahal macam tu. Tapi tak pe, disebabkan sepinggan nasi lemak itulah perut tu menahan lapar sepanjang perjalanan ke Tawau. Perjalan dari Kota Kinabalu ke Tawau dengan menaiki kereta memakan masa selama lebih kurang 8 jam tetapi disebabkan kami berhenti di beberapa tempat, jadinya perjalanan tersebut memakan masa selama lebih kurang 10 jam (kematu punggungku). Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Laluan yang digunakan sepanjang perjalanan tersebut melalui beberapa daerah. Dari Kota Kinabalu kita akan melalui tempat seperti Pitas, Kalimungan, Paitan, Sugut, Telupit, Simpang Beluran, Sandakan, Bukit Garam, Kinabatangan , Paris (Sabah pun ada kota cinta jugak), Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau...

Alhamdulillah selamat sampai di Tawau terus check-in hotel iaitu My Inn Hotel. Hotel ini merupakan hotel yang terletak di tengah-tengah pekan Tawau berhampiran dengan Pasar Gantung (Central Market). Range harga pun boleh tahan tak mahal dan bilik sangat ok.


Day 3...

Hari ini hanya bersiar-siar di sekitar pekan Tawau. Sempat meneman ibu untuk membeli ikan masin merah yang perutnya di sumbat dengan garam. Ikan masin tersebut hanya terdapat di Tawau. Sedapnya ikan masin tu memang tak terkata. Tapi sebelum ke Pasar Basah Tawau, kami sekeluarga sempat bersarapan di Mee Tauhu Tawau. Mee nya memang awesome wa cakap lu. Sedap hingga licin pinggan ku dibuatnya. Setiap kali ke Tawau, tak pernah ku tinggal untuk bersarapan disini. Makan tengah hari singgah di Fantasy Cafe (Bikers Cafe) kemudian makan malam di Restoran Sri Titingan (Isnaji) bersama keluarga angkat abangku yang berada di Tawau. Makanan laut yang terdapat di situ memang tidak dapat dinafikan kesegarannya...

Jangan lupa singgah kalau ke Tawau...

Simple but really delicious...

Makanan penuh meja...

Bersama keluarga dan sahabat yang berada di Tawau...


bersambung... hehehe