Saturday, 29 June 2013

Kawal Emosi !

Assalamualaikum !!!

Hai ini terbaca satu slot rencana dalam akhbar Harian Metro. Rencana ini disiarkan dalam Sisipan Hati beberapa hari yang lepas. KAWAL EMOSI TENANGKAN JIWA! Terasa tajuk ni sangat menarik untuk dibincangkan.

Tajuk rencana pun dah cukup menarik. Rasanya semua manusia dimuka bumi ini mempunyai emosi tak tahu la pulak kalau ada yang memang tak ada emosi. Emosi sering berkait rapat dengan peribadi seseorang itu. Kalau orang itu mempunyai pemikiran positif, insya Allah emosinya sukar terganggu dan juga sebaliknya. Tetapi emosi tetap bergantung kepada individu itu sendiri. Bagaimana menanganinya dan juga mengawalnya. Tekanan yang terlampau akan mengakibatkan gangguan emosi yang tidak dapat dikawal.

Terdapat beberapa cara ataupun langkah yang boleh diambil untuk mengatasi tekanan atau mengawal emosi daripada meletus umpama Gunung Merapi. (contoh nak hebat ja)

Tenang
- Cara yang sukar untuk dilakukan, tetapi paling senang dan mudah. Tarik nafas dan tahan sebentar sebelum dihembuskan secara perlahan-lahan. Ketika menarik nafas, cuba untuk lupakan ada yang terjadi dan ingatkan perkara yang indah.

Berwuduk
- Cuba amalkan diri untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Kerana seperti yang kita sebagai yang beragama Islam tahu, anasir-anasir jahat atau negatif sukar untuk berada di dalam badan orang yang dirinya sentiasa diseliputi wuduk. Dengan keadaan diri sentiasa berwuduk juga kita dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak elok.

Membaca Al-Quran
- Dengan membaca Al-Quran juga dapat menenangkan hati yang tidak keruan sekali gus emosi dapat terkawal secara positif. Al-Quran mempunyai banyak mukjizatnya disebabkan itu, motivasikan diri untuk membaca sekurang-kurangnya sehelai muka surat Al-Quran sehari. Insya Allah, gundah gelana dihati akan hilang.

Beredar ke Tempat Lain
- Digalakkan ketika emosi terganggu atau berada dalam keadaan tekanan, cuba untuk beredar dari tempat yang anda berada sekarang. Cuba mencari tempat boleh memberi anda ketenangan dan menghilangkan rasa emosi yang akan mengganggu gugat aktiviti harian anda.

Lakukan Aktiviti
- Apabila tekanan melanda diri, cubalah untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang mampu mengelakkan anda dari berfikir apa-apa yang berkaitan tekanan tersebut. Aktiviti yang sering dipilih untuk menghilangkan tekanan seperti bersiar-siar, jogging, membeli-belah dan melakukan riadah bersama teman.

Hidu Haruman
- Cuba untuk menghidu aroma yang menenangkan supaya emosi dapat dikawal. Menurut kajian, aroma yang wangi dapat melegakan tekanan yang dihadapai oleh seseorang. Aroma mampu membuatkan seseorang itu terbuai-buai dalam alam nya sendiri.

Sekian saja hurainya dan pendapat yang dapat aku berikan berkaitan emosi. Emosi sukar dibendung tetapi ada cara untuk mengawalnya. Buat pilihan dan pastikan tidak menyakitkan hati orang sekeliling dan yang lebih penting hati sendiri terjaga. Pesanan ini dibawa oleh orang yang kadang-kadang terbabas juga emosinya... (dah macam iklan radio ja)


 


No comments:

Post a Comment