Monday 25 November 2013

Pesta Penang

Assalamualaikum !!!

Hey hey hey... Cuti sekolah dah bermula, apa lagi pakat-pakat mai Penang la... Sebab apa cheq suruh hampa mai Penang sekarang ni, sebab bermula malam ni akan dibuka Pesta Penang... Macam-macam ada kat Pesta ni. In sya Allah kalau datang pasti tak balik dengan tangan kosong, kalau poket tu kosong ya la kot... Pesta Penang bermula pada 25 November 2013 sehingga 31 December 2013... Ni kira first time la Pesta buat awai, selalunya 1 December baru mula... So, cheq malas nak beletiaq panjang-panjang, jemput la datang ke Penang...

Sebelum berundur jom layan lagu ni dulu...

Wednesday 20 November 2013

Ikaw

Assalamualaikum !!!

Dunno why recently i extremely addicted to Pinoy drama and movie and song and everything. Maybe coz their cultural or language similar like us. Sebab selalu sangat tengok cerita Pinoy without subtitle, its need me to learn Tagalog. So excited bila aku dah boleh faham dan bercakap sikit-sikit bahasa Tagalog ni. Terbukti bila ada seorang customer dari Filipina datang ke kedai dan aku bercakap dengannya dalam bahasa Tagalog. Bagi aku simple, as long as dia faham aku cakap, kira betul la tu.

So, after long time my blog bersawang dengan sarang labah-labah, tonight aku nak share one lyric yang aku suka sangat dengar lagu ni. Enjoy...

Ikaw ang bigay ng Maykapal
Tugon sa aking dasal
Upang sa lahat ng panahon
Bawat pagkakataon
Ang ibigin ko'y ikaw...

Ikaw ang tanglaw sa 'king mundo
Kabiyak nitong puso ko
Wala ni kahati mang sanglit
Na sa iyo'y may papalit
Ngayo't kailanma'y ikaw

Ang lahat ng aking galaw
Ang sanhi ay ikaw
Kung may bukas mang tinatanaw
Dahil may isang ikaw
Kulang ang magpakailan pa man

Upang bawat sandali ay
Upang muli't muli ay
Ang mahalin ay
Ikaw...

p/s : nanti ada masa aku akan translate kan lyric ni untuk lebih menghayati... (hayati al-Quran bukan main susah lagi - pesanan untuk diri sendiri) hik3

Friday 1 November 2013

Dahil May Isang Ikaw (Because There is Only You)

Assalamualaikum !!!

Sumpah aku tak sure apa yang tak kena dengan hidup aku ni. Serba tak kena semuanya. Apa yang pasti masa berlalu dengan begitu pantas tanpa aku sedari. Dengan assignment yang menimbun tak siap (apa nak jadi ni Nadya oiii), sibuk dok urus itu ini tanpa hujung pangkal. Adoiii... Serabutnya hidup aku. Tapi, dalam apa keserabutan yang melanda diri ini, sempat jugak la dalam bulan lepas aku tertengok cerita filipino yang main kat TV3 tu. Dahil May Isang Ikaw (Because There is Only You) itulah tajuk cerita tu. Yang sedihnya aku  baru layan tiga empat episod dah habis. Sadis sungguh hidup ini. So, dengan tenang setenang air di sungai, aku pun meng google la cerita ini. Alhamdulillah berkat niat baik orang kata, sekali taip sekali click dah jumpa. Terbaik la. Allah mudahkan urusan (padahal nak tengok cerita je kot).

Sebelum aku tengok semua episod cerita ni, aku pun baca-baca la dulu info berkaitan cerita ni. Rupanya cerita ni ditayangkan pada tahun 2009 tapi masa tu kat Philippine je. Kalau tak salah aku tahun ni baru ditanyangkan di Astro Bella dan TV3. Pelakon-pelakonnya sungguh hebat dan teramat famous di negara mereka. Antara pelakonnya Lorna Tolentino (Atty Tessa Ramirez), Gabby Conception (Jaime Alferos), Jericho Rosales (Miguel Ramirez), Kristine Hermosa (Ella/Angel Alferos), John Estrada (Daniel Ramirez), Chin Chin Gutirrez (Patricia Aragon), Sid Lucero (Red/Pip) and Karylle (Denise).

Sebenarnya sampai ke saat ini, aku tak sure kenapa hati aku rasa dekat sangat dengan cerita ni, mungkin cerita ni logik kot dari segi pemikiran berbanding telenovela or sinetron lain. Dan juga mungkin jalan ceritanya bersandarkan pada kehidupan manusia. Maksudnya tak melampau2 penipuan dalam penceritaan itu.

credit to Google Images





Puisi atau Sajak - #7 Damai Abadi

Ku mencari damai abadi
yang tersembunyi di dalam hati
bukan mudah untuk ditemui
hanya kesabaran dituntut nanti
tapi apa yang pasti
banyak jalan berliku akan dilalui
banyak hutan rimba perlu redahi
untuk mencari sekeping hati
yang suci hati dan nurani...

Mencarinya sudahlah pasti
mungkin masa yang mencemburui
kisah silam sentiasa menghantui
membelenggu diri yang hina ini
cuma kukuatan yang diperlukan kini
memimpin tangan mengorak kaki
menuju destinasi yang tak pasti
tapi yang pasti
menacarinya untuk ketenangan hati
iaitu mencari damai abadi...



7.27pm
11/1/2013
spontan selesai solat
sekilas palingan muka