yang tersembunyi di dalam hati
bukan mudah untuk ditemui
hanya kesabaran dituntut nanti
tapi apa yang pasti
banyak jalan berliku akan dilalui
banyak hutan rimba perlu redahi
untuk mencari sekeping hati
yang suci hati dan nurani...
Mencarinya sudahlah pasti
mungkin masa yang mencemburui
kisah silam sentiasa menghantui
membelenggu diri yang hina ini
cuma kukuatan yang diperlukan kini
memimpin tangan mengorak kaki
menuju destinasi yang tak pasti
tapi yang pasti
menacarinya untuk ketenangan hati
iaitu mencari damai abadi...
7.27pm
11/1/2013
spontan selesai solat
sekilas palingan muka
No comments:
Post a Comment