Ya Allah, minggu ni tersangat-sangat la busy nya sebab semester ni bermulanya hidup aku sebagai pelajar kembali. Lepas tu, kedai pun dah mula beroperasi seperti biasa. Jadinya, hidup aku dah mula serabut macam tak berapa nak waras. Hari-hari balik tengah malam dengan tak cukup rehatnya. Ok la tak nak cerita panjang pasal masalah aku, so for entri kali ni, aku nak share tempat-tempat makan menarik yang ada di negeri tercinta - Pulau Pinang (Penang).
Kita mulakan makanan untuk sarapan pagi... Jeng jeng jeng...
Dimanakah tempatnya kalau bukan Astaka Taman Tun Sardon, Gelugor. Pergi je sini, tak payah nak pening-pening pikir tempat lain nak cari makanan untuk sarapan sebab di Astaka ini terdapat puluhan jenis makanan yang akan membuatkan otak anda berhempas pulas memikir apa yang akan menjadi pilihan. Antara menu terhangat di sini adalah seperti Serabai, Nasi Lemak Gerai No 25, Sandwich Tuna/Ayam, Mee Sup Buana, Char Keoy Toew, Wantan Mee dan pelbagai lagi jenis makanan yang sememangnya wow...
Cara ke Astaka Taman Tun Sardon : untuk luar Penang, ikut susur keluar ke Gelugor, akan lalu di hadapan pintu utama USM, selepas traffic light yang kedua, turn left and terus sampai jumpa deretan kereta yang berselerakan di tepi jalan.
Seterusnya kita tekan minyak ke destinasi untuk makan tengah hari. Kalau bukan makanan dan lauk pauk, sudah pasti nasi mamak menjadi pilihan... Untuk lauk pauk (masakan Melayu) anda di suggest kan ke Awet Muda, Sungai Dua. Lauk pauk kat situ memang daboom la. Namakan saja apa-apa yang dibakar Insya Allah semuanya ada, dan paling spesial adalah sotong and cendawan goreng tepung. Insya Allah bila rasa, akan bekal untuk sambung makan dalam kereta.
Cara ke Awet Muda : simpang 4 traffic light (sebelah kiri bangunan Sunny Point) belok ke kanan (seperti hendak ke USM pintu Sungai Dua), traffic light kedua (depan tu nampak KFC) turn left, ada banyak deretan kedai makan, Awet Muda ada signboard kaler merah.
Kalau nak rasa mamak style untuk lunch, jangan malu-malu untuk ke Cargas Cafe, Bayan Lepas. Disini memang terkenal dengan ayam goreng dan kari ikan parinya. Sumpah tak tipu. Di nasihatkan jangan pergi tepat jam 12 tengah hari, nescaya tiada meja dan akan beratur tersangatlah panjang. Kalau nak makan pergi pada pukul 10 pagi atau pun selepas pukul 1.30 petang.
Cara ke Cargas Cafe : ikut arah ke Bayan Lepas / Teluk Kumbar / Balik Pulau, selepas Balai Polis Bayan Lepas terdapat deretan kedai-kedai lama disebelah kiri dan kanan jalan, dihujung bangunan kedai tersebut turn left untuk cari parking, dan kedai tersebut berada di sebelah kanan deretan kedai-kedai lama tersebut (tengok yang beratur panjang tu).
Tak lengkap jika ke Penang kalau tak minum petang. Selalunya pilihan makanan untuk minum petang yang mendapat perhatian samada Laksa Janggus, Balik Pulau. Laksa Janggus adalah salah satu laksa yang terfamous di Penang. Tapi sebelum dapat menikmati keenakan laksa tersebut, anda harus melalui liku-liku jalan yang boleh membuatkan anda pening atau muntah. Sebabnya jalan ke Balik Pulau seperti ular dipalu. Cuma sekarang ni jalan tak la seteruk dulu sebab dah ada penambahbaikkan jalan. Kuah laksa ini yang sering menjadi bualan selain pekat, kuahnya juga dicampur dengan daun janggus yang memang menjadi trademark kedai tersebut.
Cara ke Laksa Janggus : Jika dari arah Jambatan atau Georgetown, ikut arah ke Balik Pulau (seeloknya tak perlu ikut Bukit Baru), lepas melalui jalan bengkang-bengkok dipenghujungnya terdapat simpang disebelah kanan (ada sekolah kat kanan, manakala kolej KKTM kat kiri), turn left dan terus. Jumpa traffic light dan terus sampai ke penghujung jalan kemudian belok kiri dan terus. Akan ada deretan kereta ditepi jalan. Dah sampai.
Kalau anda bukan penggemar laksa, boleh try pekena Mee Pitchay, Medan Suri Sungai Nibong. Mee goreng mamak dengan pasembor ataupun pada sesiapa yang minat mee kuah, sila lah ke sini. Tolong jangan malu-malu nanti menyesal. Kalau pergi kena banyak-banyak bersabar sebab ramai sangat orang yang order. Ye la kan, kata sedap.
Cara ke Mee Pitchay : Dari Bayan Lepas melalui bulatan Bayan Baru ke Sungai Nibong (jangan naik flyover), terus dan ikut laluan kiri, nampak masjid di sebelah kiri selepas masjid belok ke kiri (Astaka Medan Suri) sebelum traffic light ke Pesta.
p/s : untuk menu makan malam, sambung kemudian la erk... otak minta rehat sat sebab jenuh nak pikiaq yang mana satu nak boh yang the best. banyak sangat pilihan. harap bersabar...
bersambung
nice info about tempat menarik di pinang...senarai hotel balik pulau pinang
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalah satu web site yg cerita betul psl tempat makanan yg btl di penang. sebenarnya klu nasi kandaq hanya cargas cafe dan kapitan queenbays yg kebanyakan org2 penang layan.laksa pokokjanggus kebanyakan org luar yg pi.mee pichy dan awet muda pon terbaik.satu lg dua kedai di tepi pantai dkt masjid permatang damar laut gulai sembilang terbaik ..tomyam posto.bangkok tomyam tp banyak lg.pasemboq pi pdg braun.
ReplyDelete