Sumpah aku tak sure apa yang tak kena dengan hidup aku ni. Serba tak kena semuanya. Apa yang pasti masa berlalu dengan begitu pantas tanpa aku sedari. Dengan assignment yang menimbun tak siap (apa nak jadi ni Nadya oiii), sibuk dok urus itu ini tanpa hujung pangkal. Adoiii... Serabutnya hidup aku. Tapi, dalam apa keserabutan yang melanda diri ini, sempat jugak la dalam bulan lepas aku tertengok cerita filipino yang main kat TV3 tu. Dahil May Isang Ikaw (Because There is Only You) itulah tajuk cerita tu. Yang sedihnya aku baru layan tiga empat episod dah habis. Sadis sungguh hidup ini. So, dengan tenang setenang air di sungai, aku pun meng google la cerita ini. Alhamdulillah berkat niat baik orang kata, sekali taip sekali click dah jumpa. Terbaik la. Allah mudahkan urusan (padahal nak tengok cerita je kot).
Sebelum aku tengok semua episod cerita ni, aku pun baca-baca la dulu info berkaitan cerita ni. Rupanya cerita ni ditayangkan pada tahun 2009 tapi masa tu kat Philippine je. Kalau tak salah aku tahun ni baru ditanyangkan di Astro Bella dan TV3. Pelakon-pelakonnya sungguh hebat dan teramat famous di negara mereka. Antara pelakonnya Lorna Tolentino (Atty Tessa Ramirez), Gabby Conception (Jaime Alferos), Jericho Rosales (Miguel Ramirez), Kristine Hermosa (Ella/Angel Alferos), John Estrada (Daniel Ramirez), Chin Chin Gutirrez (Patricia Aragon), Sid Lucero (Red/Pip) and Karylle (Denise).
Sebenarnya sampai ke saat ini, aku tak sure kenapa hati aku rasa dekat sangat dengan cerita ni, mungkin cerita ni logik kot dari segi pemikiran berbanding telenovela or sinetron lain. Dan juga mungkin jalan ceritanya bersandarkan pada kehidupan manusia. Maksudnya tak melampau2 penipuan dalam penceritaan itu.
credit to Google Images
No comments:
Post a Comment