Wednesday, 8 October 2014

Tips Melancong ke India

Assalamualaikum !!!

Hari ni aku rasa nak share beberapa tips yang aku rasa perlu dan berguna untuk sesiapa yang nak atau teringin nak travel ke India as backpacker. Aku rasa tips ni berguna sebabnya aku telah lalui pengalaman sebagai solo backpacker ke India pada March lepas...

Antara tips yang perlu anda tahu dan ingat sebelum/semasa di India :-

(Sebelum)

1. Tukar wang rupee di Malaysia bukannya di India

2. Buat research tentang beberapa tempat yang nak pergi

3. Sediakan itinerary sebagai panduan

4. Bawa ubatan2 yang perlu - wet tissue JANGAN lupa

5. Semua duit JANGAN letak di tempat yang sama - letak merata (tp jangan lupa pulak)

(Semasa)

1. Imigresen India sangat tegas - isi borang dalam flight siap2

2. Ambil taxi di Airport - JANGAN tahan sesuka hati kat luar Airport

3. JANGAN makan di kedai tepi jalan - kebarangkalian nak kena cirit birit sangat besar

4. Sebelum naik Auto (mcm tut2 kat Thailand) tanya dulu berapa charge yang dikenakan

5. Avoid tempat2 sunyi - kalau boleh JANGAN keluar lewat malam

6. Beg jangan galas di belakang - passport better letak dalam pocket bahagian depan seluar

7. JANGAN sesuka hati nak sandar kat dinding2 kat sana - dorang kencing merata

8. JANGAN derma sesuka hati bila ada yang minta - nescaya berpuluh orang lagi akan datang

9. Kalau ke Commercial Street nak beli saree or apa2 barang - sila tawar menawar (tp JANGAN tak beli pulak, memang dorang MARAH la)

10. Kalau nak ke Airport better booking guns online taxi dorg untuk elakkan charge yang tinggi

11. Habiskan duit rupee sebab nanti balik Malaysia tak laku... hik3

12. Hand carry untuk bawak dalam flight make sure tak lebih dari 7kg sebab Airport dorang tak macam kita kat Malaysia yang kadang2 bawak beg besar pun boleh lepas as hand carry - dorang memang akan timbang untuk setiap beg yang di bawa masuk


Aku rasa setakat ni je la kot tips yang boleh aku bagi. Aku rasa ada lagi tapi otak tak dapat bekerja dengan baik hari ni, so ini je la kot yang dapat aku bagi. Harap tips ni membantu untuk sesiapa yang hendak ke India as solo backpacker.

Selamat Melancong....

7 comments:

  1. tq for sharing. good info :)

    ReplyDelete
  2. salam

    nak tanya.. setiap domestic flight india ada check in luggage 15kg kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. domestic flight utk check in luggage tak pasti berapa. sebab saya bergerak guna bus je... sorry can't help...

      Delete
  3. lagi satu nak tanya..
    india mmg akan cerah lebih cepat dari mesia ke..
    pkul 6 pagi kat india, masih gelap ke dah terang .

    tolong bagi pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. perbezaan malaysia dengan india lebih kurang 2jam 30min. tapi ikut tempat jugak kot. samada india utara atau selatan. perbezaan masa mereka lambat dari kita.

      Delete
  4. hi... saya akan ke india feb16 ni.. kat sana kepala plug sama ke mcm kat malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai... kepala plug tak sama macam malaysia...
      kat india guna plug type D...

      Delete