Hey hey hey... bersambung lagi dari kisah Day 1 di Indonesia. Hari ni aku nak share tempat2 menarik yang aku pergi masa kat Jakarta untuk hari kedua. Permulaan bermula dengan breakfast di hotel, ambik supir hotel untuk ronda2 Jakarta.
Tempat pertama yang kami tuju adalah Kota Tua. Best tempat ni sebab aku memang minat tempat2 sejarah ni. Kami sewa basikal tua (yg tok2 kita naik kat kg tu) ronda2 kawasan situ. Pastu buat havoc kat tempat orang. Kami buat tempat tu macam kami punya la.
Destinasi seterusnya adalah tempat wajib pergi kalau ke Jakarta iaitu Tuju Monas. Memang best. Happening habis masa kat sini. Kami sewa mini motor ronda2 kat situ. Tak mahal pun sewa mini motor tu - Rp 15,000 untuk 15minit tapi kami bodek2 dapat la naik sampai 20-25minit (puas hati).
*gambar kat Tugu Monas nanti aku upload - ada dalam phone
Masjid Istiqlal adalah tempat wajib pergi. Ya Allah tempat ibadah yang sangat besar dan cantik. Jenuh jalan. Sempat kami solat di sana sebelum bergerak ke Gajah Mada Mall. Aku yang nak sangat pergi ke mall ni sebab aku nak jumpa my ex-officemate yang dulu pernah keje kat Penang (nama dia Myra). Dia memang orang Jakarta tapi family ada rumah kat Penang. Jumpa kat mall tu, pastu dia and adik dia bawa kami ke Taman Anggerik Mall untuk dinner. Dinner kat food court dalam mall ni terasa lain sebab makanannya yang unik. Kami semua tak makan banyak pun, just ringan2 ja sebab masih kenyang dengan nasi padang tengah hari tadi.
Dalam Masjid Istiqlal... besar...
7 tingkat rasanya
Aku lupa nama makanan ni. Jumpa orang
jual depan masjid.
Ni la my ex-officemate Myra Gloriana
bersambung...
No comments:
Post a Comment