Thursday, 25 July 2013

Info dan Khasiat Durian Belanda (Soursop)

Assalamualaikum !!!

Today i wanna share with u'olz about soursop (durian belanda). Actually this fruit contain a lots of benefit to our body especially for those that want to avoid from cancer. Like people said "prevention is better than cure".

Sebenarnya information berkaitan soursop ni dah lama aku baca dan tahu, tapi baru-baru ni aku terjumpa kembali artikel tersebut. So, I decide to share the info regarding soursop just untuk tambahkan knowledge kita. Apa salahnya kan???

Serba sedikit info berkaitan durian belanda dan khasiatnya...

- Durian belanda adalah dari keluarga Annona Muricata dipercayai berasal dari Amerika Syarikat.

- Merupakan sejenis buahan yang tumbuh bermusim dengan kemuncaknya pada November, Disember dan Januari.

- Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama durian belanda selain daripada Filipina, Indonesia dan Vietnam.

- Durian belanda mempunyai saiz sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah purih dan rasanya masam-masam manis.

- Buah ini boleh dibiakkan dengan menggunakan biji benih ataupun kaedah pembiakan tut.

- Durian belanda mengandungi fosfurus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk merawat demam panas dan bengkak hati.

- Kajian daripada universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati bahawa durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya jarang dan tidak tajam mampu merawat dan mengelak seseorang itu daripada mendapat kanser dan dapat menyuburkan pasangan yang ingin mendapat anak.

- Dari segi perubatan moden, kajian mendapati bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh juga digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.

- Ia juga mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

- Durian belanda biasanya dimakan segar ataupun boleh diproses untuk dijadikan jus.


credit to Google Images



No comments:

Post a Comment