Sunday, 28 July 2013

Thailand - Day 1

Assalamualaikum !!!

Na ni na ni na da di da di da..... oh mengapa rentak lagu ni yang aku teringat. Tak sure apa tajuk lagu ni, tapi first time dengar dalam bus masa di Thailand sudah menangkap di telinga dan minda ku rentak nya. Sedap sangat. Jadi hari ni jom cerita pasal trip last minute aku ke Negara Gajah Putih ni pada tahun lepas.

Sumpah sapa yang lalu akan bergambar...


Actually I dapat tahu pasal trip ni pun melalui my ex-neighbor kat Gelugor dulu. Auntie ni memang close dengan aku sebab kitorang rajin jugak pergi travel sekali. Lagi pun anak-anak dia kawan sepermainan aku dulu. So, bila dia ajak aku join her group under Koperasi dengan bayaran cuma RM400 (nescaya rugi lah kalau tak pergi) selebihnya di sponsor oleh Koperasi aku apa lagi, dengan tergedik-gedik terus setuju. My mom pun tak kisah sebab kenal auntie ni dah berbelas tahun even sekarang ni kitorang cuma jumpa time kenduri kawen or open house je.

Day 1
So, pada 15 September 2012 tepat pukul 4pagi (jangan tak percaya) kitorang gerak menaiki bus (bus ok, bukan flight that why murah sikit) ke Seberang Jaya untuk pick up other people there. Perjalanan diteruskan dan singgah di RnR Gurun untuk solat Subuh. Sepanjang perjalanan aku tidur je sebab mengantuk sangat plus penat baru habis kelas malam sebelum bertolak tu. Sampai kat Bukit Kayu Hitam kena turun dan cop passport dan jalan sikit sampai la ke Danok (kadang-kadang orang panggil Sadao). Kena cop kat situ. Yang tak bestnya kena selitkan duit tak kisah la berapa kalau tak dorang tak kan cop. Adoiiii.

Makanan yang paling banyak dijual disepanjang
jalan di Danok. Ayam Pulut

Perjalanan diteruskan ke Hatyai (lama jugak la) dan singgah makan tengah hari di sebuah restoran halal Sami Kitchen. Sedap sangat makanan kat situ. Tomyam dia warna putih. Semua orang kata sedap, tapi aku still tak rasa tergugat sebab aku memang tak makan tomyam (orang kata tak makan tomyam kat Thailand rugi, rugi ke). Lepas dah perut dah penuh sampai meronta-ronta untuk stop dari di isi, kami bergerak ke Masjid Jamek Songkla untuk solat. Ya Allah, besar dan selesa sangat masjid ni. Terletak di tengah-tengah sawah dan boleh nampak dari tepi jalan. Perjalanan di teruskan ke Floating Market iaitu tempat menjual makanan. Makanan dijual didalam sampan dan unik style dorang ni. Barang-barang lain dijual di sepanjang jalan yang dipisahkan oleh jambatan. Cuma yang tak bestnya, selamber badak je dorang jual makan halal dengan tak halal sebelah menyebelah sampan. Adoiii... Putus selera kot. Dok terasa asap-asap tu meresap masuk dalam makanan kita (sumpah melungai).

Antara juadah di Sami Kitchen...
The best kerabu mangga yang aku pernah makan...

Pasar Terapung... Beli jangan tak beli...
Makanan murah sangat. RM2 je...


Berderet-deret peniaga yang
mencari rezeki...

Lepas menikmati jualan-jualan aneh di sepanjang jalan dan sungai tersebut, kami meneruskan perjalanan ke hotel. Boleh tahan lama jugak la. Kami check-in di Siam Center Hotel yang berada di tengah-tengah bandar Hatyai. Malam acara bebas jadi apa lagi, selepas mandi dan menunaikan solat, kami berjalan-jalan di bandar Hatyai (night market). Meriah sungguh. Sepanjang jalan banyak penjaja-penjaja yang menjual makanan laut yang dibakar. Memang syurga makanan la untuk aku. Barang-barang lain pun banyak dijual seperti t-shirt, keychain, pario etc (standard tempat pelancongan la).

Makanan laut yang dijual sepanjang jalan di Hatyai...
Harga boleh nego... Mana nak dapat?



bersambung...






No comments:

Post a Comment