Tidak terlintas di benak fikiran ku ini untuk kembali menulis di blog... Tetapi petang ini tanpa perlu otakku melalui liku-liku urat yang berselirat dan roadblock di dalamnya, tangan ku pantas untuk menulis kembali... Blog lama ku telah ku tamatkan riwayatnya kerana telah bersawang terlalu lama dan kelihatan seperti rumah tinggalan moyangku di kampung... Aku berharap dengan semangat dan tanpa halangan untuk aku menulis kembali, blog ini akan penuh dengan cerita-cerita (pencerita), sajak dan puisi (sasterawan), masalah (kaunselor) dan lain-lain...
Sebagai permulaan untuk blog ini, akan ku coretkan hasil puisi atau sajak (aku pun tak tahu yang mana satu) hasil idea otakku yang kadang-kadang aku pun tak boleh nak control yang dah terperuk lama di dalam buku azimatku...
NERACA HIDUP
Hidup ini semakin sukar
Semakin jauh berlari
Semakin dekat menghampiri
Ranjau dan onak duri yang berlaku
Berserabut otak memikirkan...
Hidup ini semakin sukar
Hidup sendiri tanpa pedoman
Pegangan hidup cuba cari sendiri
Merata ceruk dihampiri
Namun tetap tak pasti dan temui...
Hidup ini semakin sukar
Dikutuk, diherdik dan dihina
tanpa belas kasihan
Fitrah hidup diganggu bayangan sendiri
Dimana silap selama ini
Tak berdaya lagi menangkis tohmahan
Ya Tuhanku,
Apa yang berlaku
Hanya pada-Mu ku berserah...
No comments:
Post a Comment