Wednesday, 17 April 2013

Singapore (Budget Trip) - Day 1

Assalamualaikum!

Hari ini terasa nak cerita pasal trip yang aku tergedik-gedik nak pergi pada tahun lepas. Ke mana lagi kalau bukan Singapore... Aku pun tak tahu la kenapa aku beria sangat nak pergi ke sana. Dah la serba serbi mahal, nak makan pun agak susah (ke aku yang cerewet), tempat solat lagi la kan. Adoiiii... Tapi teringin nak pergi jugak mungkin sebab nak menengok cara hidup orang kat sana kot...

Oh ya, aku pergi bersama 2 lagi kawan aku. Kami ber3 meredah negara Singa tersebut dengan begitu yakin tanpa bantu daripada sesiapa kecuali Cik Gu Girl... Seminggu sebelum pergi, kami menghadapi kecelaruan minda berkaitan transport. Sekejap nak naik bus turun kat Johor, sekejap nak naik flight. Last2 tanpa menyerabutkan otak, aku terus membooking tiket flight PEN-SIN (rasa macam anak orang kaya ja) pergi balik tanpa rasa bersalah. Hahahahaha....

Ok, now start with our journey....

Day 1...

Jejak ke kaki kat Changi Airport Singapore, terus ke kaunter imigresen untuk isi form. Lepas tu dengan keserabutan dan tanpa hala, aku terus ke information counter untuk tanya berkaitan hotel dan pungut semua pamphlet yang ada. Oh ya, sebelum kita nak pergi ke sesuatu tempat secara sendiri, better search dulu berkaitan tempat atau negara tersebut untuk mengelakkan berlakunya pembuangan masa secara terlampau untuk mencari itu dan ini...

Selepas keluar dari airport, kaki terus melangkah menaiki train (lupa orang kat sana panggil apa ntah) menuju ke Bugis St. Kami ber3 melilau-lilau untuk mencari hotel. Akhirnya selepas sesat dan penat yang terlampau (ye la, pikul bag yang boleh tahan beratnya) kami ber3 menaiki taxi untuk ke hotel. Hotel yang menjadi pilihan adalah....


Harga boleh la tahan dan bilik memang awesome. Cantik kot. Besar dan selesa. Lepas dah check-in, tanpa membuang masa di merata-rata ceruk hotel, kami bergegas keluar untuk mengisi perut yang sakan menyanyi-nyanyi lagi heavy metal sebab terlalu lapar (padahnya bila tak sarapan). Makanan yang paling senang adalah Burger King sebab itu je yang aku nampak ada cop HALAL... Susahnya hidup kat sini...

Selepas mengisi tembolok kami ber3, gerakan bermula apabila badan dah terasa berdaya nak meneruskan perjalanan ini... Bersiar-siar di Bugis St, memerhatikan gelagat manusia yang sakan membeli barang-barang (keadaan lebih kurang macam Uptown cuma bezanya waktu pagi). Aku sememangnya bukan kaki shopping hanya memerhatikan sahaja... Selepas itu kami menaiki train untuk ke Paya Lebar (orang kata kat sini tempat jual jajan-jajan Melayu tapi tak nampak pun). Rasanya tempat ni lebih di kenali dengan nama Geylang. Kami ber3 pun sakan la makan macam 3 bulan duduk kat hutan je perangai tu. Jap nak tunjukkan gambar...

tulang merah... famous katanya... ok la...

Lepas merayau-rayau di sekitar kawasan tersebut, kami ber3 menaiki bus (excited terlampau) untuk ke Orchard Road. Dalam bus jumpa pulak sepasang kekasih (rasanya la kot) yang nak ke Orchard Road jugak. Dorang dah bagi salah direction untuk berhenti. So, terpaksa la turun bus dan naik bus lain. Adoiiii... Nasib baik si lelaki tu bayarkan tiket bus untuk kami ber3. Tu la nasibnya kalau buat-buat pandai. Kan senang kalau kau mengaku yang kau pun baru 1st time datang Singapore.

Sampai je dekat Orchard Road kami ber3 pun merayau-rayau tanpa arah tujuan. Sumpah tak shopping langsung, mungkin sebab badan dah letih tapi nak jugak berjalan. Night life orang-orang Singapore memang happening sangat kat area tu. Macam-macam ragam dan fesyen kita boleh tengok. Lebih kurang pukul 10pm kami ber3 membuat keputusan drastik untuk balik. Lotih badan den ni ha. Sampai hotel terus mandi, solat dan zZzzZzz...

bersambung...

No comments:

Post a Comment