Assalamualaikum !!!
Ya Allah, dah sebulan aku nak buka blog, malam ni berkesempatan nak buka. Sebenarnya semenjak kebelakangan ini, aku agak sibuk dengan assignment yang melimpah ruah yang perlu di hantar dengan kadar segera dan beberapa minggu lepas aku berkesempatan untuk melihat negara orang iaitu Bumi India (topik ni akan di update kemudian).
Dunia digemparkan dengan kehilangan MH370. Sebagaimana tergemparnya berita ini, begitulah hati aku bila mana aku tiba di Malaysia pada hari yang sama pesawat MH370 hilang. Ya Allah, sesungguhnya berat sungguh ujian daripada-Mu buat kami (tapi percayalah Allah tahu pada sesiapa Dia patut memberi ujian kerana orang tersebut mampu menanggungnya).
Dalam waktu kehilangan pesawat MH370 ini, aku ada berkongsi beberapa puisi dan kata-kata semangat yang ku titipkan di laman Intagram aku (NADYARUSLY) jadi aku mengambil keputusan untuk berkongsi di blog aku yang sudah ketandusan cerita ini (bukan takda idea, cuma kekangan masa).
Moga kita berjumpa lagi...
Al-Fatihah
#MH370
#PrayForMH370