Ya Allah, baru kini aku berkesempatan nak mencoret dalam blog yang dah mula dipenuhi sawang ni... Adoiii... Sangat busy la beberapa minggu ni...
Tapi, dalam masa dok busy2 ni, sempat jugak la aku bersama sahabat baikku si Wani aka Rokiah tu dan sepupunya Yda pergi ke KL atas jemputan pihak Istana Budaya (jemputan la sangat, bapa saudara ku yang arrange kan) untuk menyaksikan persembahan teater BIDASARI...
Jadi entry kali ni, aku nak cerita sikit pasal teater BIDASARI ni (nantikan komen2 puaka dariku)... jeng jeng jeng
Secara keseluruhannya teater ni memang memenuhi citarasa aku. Mungkin sebab aku ni bukan jenis yang minat K-Pop (ada kena-mengena ke??? hurrmmm) atau J-Pop dan sewaktu dengannya. Segala jenis seni yang klasik2 dan old school memang aku suka (tak seiring dengan usia - lantak lah).
Teater ni berkisarkan tentang seorang perempuan cantik yang mana kecantikannya dicemburui oleh seorang permaisuri (sumpah malas nak tulis lebih lanjut sebab rasanya kalau tanya cik Google semuanya akan terjawab). Bagi aku lakonan yang paling mengagumkan adalah lakonan daripada Raja Azura (aku bagi full star la kat dia). Memang menjiwai dan sangat berkesan. Lontaran dialog dan bahasa tubuh memang terbaik. Fathia dan Aiman memang nampak cuba sehabis baik untuk teater ni dan tidak mengecewakan begitu juga dengan Datuk Jalaluddin Hassan, Fadhilah Mansor dan Radhi Khalid yang mana mereka ini memang handal dalam lakonan dan gaya masing2 ni. Cuma aku ada sedikit masalah dengan Hairul tu. Entah kenapa aku macam nak berapa bekenan dengan lakonan dia. Yang mana ada kesilapan kecil tu memang dia tak pandai nak cover mungkin juga sebab dia baru mencuba lakonan teater ni. Sebab seperti yang semua sedia tahu, bahawa teater langsung tidak sama dengan drama atau filem ini kerana setiap kesalahan yang berlaku di dalam teater akan disedari oleh penonton dan tidak boleh dilakonkan semula.
Apa-apa pun, teater ni memang terbaik la. At least, kita memartabatkan cerita-cerita rakyat bangsa Melayu. Indahnya teater ini dengan adanya seni tari, seni suara, seni silat dan seni-seni yang lain. Generasi muda sangat memerlukan cerita-cerita sebegini bukannya cerita cinta semata-mata.
Barisan pelakon teater BIDASARI.
Saja suka-suka...
No comments:
Post a Comment