Assalamualaikum !!!
Dah lama sangat rasanya tak update blog ni. Hari ni baru ada sedikit kesempatan untuk menceritakan tentang pengalaman melancong seorang diri di Bumi India. Kenapa India?
(semua orang terdekat dengan aku tanya soalan yang sama) sebabnya aku ni bukan jenis kaki shopping, aku lebih suka pergi ke tempat atau negara yang boleh membenarkan sel-sel otak aku berhubung dengan melihat dan memikirkan tentang kehidupan sesuatu kaum. Lagi satu sebabnya, kawan sekolah rendah aku yang menuntut di India akan balik September ni.
Masa nak booking tiket tu, aku ambil masa lebih kurang 3 bulan sebelum berlepas ke India la. harga tiket masa tu tak la terlalu mahal dan tak la terlalu murah. Lebih kurang pergi balik dalam RM745 macam tu. Aku naik dari Kuala Lumpur ke Bangalore.
Ok, now start the journey...
Day 1...
Jam lebih kurang 1.30pagi waktu India aku menjejakkan kaki di Bangalore Airport, India. Perjalanan dari KL ke Bangalore mengambil masa lebih kurang 4jam 30minit. Aku stay di Gokula (rumah kawan aku).
Lepas tidur dan rehat, keesokan paginya kawan aku membawa aku sarapan di Restoran Adigas yang terletak di Jalan Sanjaynagar. Memang terbaik la Puri dia. 3 keping puri membuatkan aku kenyang hingga ke petang.
Puri... Terbaik
Masala Dosa... Jenuh nak habiskan
Selesai mengisi perut yang kosong sejak berlepas dari KL, aku terus ke Commercial Street untuk membeli pakaian dan barangan kiriman keluarga dan teman (untuk aku cuma 2 helai kain saree). Habis memborong aku meneruskan perjalanan ke MG (Mathama Gandhi) Road untuk mencari Hard Rock Cafe. Dapat la aku beli sehelai baju untuk abah (peminat Hard Rock katanya). Habis duit kalau duduk sini lama2. Aku meneruskan kaki yang makin longlai ke Mantri Mall. Kat sini aku dapat try satu jenis makanan yang memang unik, namanya Pani Puri. Memang terbaik (buat aku yang memang jenis tak memilih makanan).
Satu set ada 5 biji, cara makan sebiji
masuk mulut, sebiji dalam bekas...
Habis cari barang-barang yang di pesan, aku balik ke Gokula untuk mengemas barang sebabnya malam ni aku akan menaiki bus ke Hampi, Karnataka.
Sebelum bertolak ke station bus, aku menikmati makan malam di Nandana Palace. Ya Allah, kari ikan dia sedap gilerrrrrrr tambahan pula makan atas daun pisang dan nasinya dikukus. Tak nak cerita panjang, sebab dok teringat kesedapan dan kepedasan kari tersebut.
Serius sapa pergi Bangalore,
wajib makan kat sini. Sedapppp
Sesudah makan, aku menaiki auto ke station bus di Yeshmanpur untuk ke Hampi. Perjalanan mengambil masa selama 8 jam (dalam bus no toilet dan non stop - sila tahan punci kencing dan usus besar). Bus booking online sebelum pergi India lagi. Kalau nak selesa ambil la bus yang boleh tidur, kalau tak jenuh duduk (kalau jenis katil majoriti foreigner yang naik - so, kurang bau la).
bersambung...