Day 2...
Aku tiba di Hospet jam 6.30pagi. Untuk ke Hampi perlu menaiki auto selama 1jam. Sepanjang perjalanan aku melihat aku kejadian dimana seorang lelaki india membunuh diri dengan membenarkan dirinya dilanggar oleh keretapi. Dasyat sungguh orang-orang kat sini. Sampai di pekan Hampi, aku terus check-in motel (takde maknanya nak dapat hotel kat sini) dan mandi seterusnya sarapan pagi. SubhanAllah, cantik sungguh ciptaan-Nya.
Breakfast di rooftop cafe...
Selepas sarapan, aku bergerak menaiki auto untuk melawat tapak sejarah yang di iktiraf oleh Unesco. Kawasan tapak sejarah untuk hari ni di daerah Holy Side (tiada makanan yang berasaskan daging yang dijual di sini - semuanya vege)
Jom layan gambar2...
Boleh dikatakan hampir kesemua kuil2 ini tidak lagi digunakan untuk upacara sembahyang, tapi lebih kepada tempat lawatan yang penyimpan seribu satu sejarah untuk setiap satunya. Bagi melawat kesemua kuil2 yang masih kukuh ini mengambil masa kira-kira empat(4) jam untuk sesi pertama dan tiga(3) jam untuk sesi kedua. Sangat letih dengan cuaca yang agak terik tetapi dingin dan perlu kekuatan fizikal iaitu kaki yang kuat untuk berjalan di setiap kuil.
bersambung...
No comments:
Post a Comment