Assalamualaikum !!!
Ya Allah lama gila tak update blog ni disebabkan oleh kekangan masa. Sibuk teramat-amat la. Ok la masa nak tulis panjang-panjang, aku nak kongsi tip untuk sesiapa yang nak melancong masa puasa ni. Jangan ingat time puasa ni takdak orang nak melancong erk. Jom baca...
1. Beza masa bersahur dan berbuka
- jika merancang untuk bercuti keluar negara, sila pastikan dan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan waktu puasa di negara tersebut. ini penting bagi menyesuaikan diri untuk berpuasa apabila berada di negara yang masa siangnya panjang berbanding malam seperti di Eropah. mengambil tahu waktu berbuka dan bersahur amat penting supaya kita tidak terlepas untuk bersahur, kerana ia amatlah penting bagi mengekalkan stamina dan tenaga untuk berjalan.
2. Elak berjemur dan bersesak di tempat panas
- jika boleh, elakkan untuk berjunjung ke pantai atau pergi bersesak-sesak di tempat orang lain ketika waktu panas kerana secara tak langsung suhu yang panas akan membuatkan badan mengalami dehidrasi dan ia akan membantutkan percutian anda.
3. Manfaatkan waktu terluang
- apabila melancong ketika puasa maka terdapat masa yang lebih banyak yang dapat diperuntukkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. contohnya, jadikan waktu makan tengah hari untuk mengunjungi masjid yang anda singgah untuk menunaikan solat. selain daripada solat, dapat juga melawat keadaan sekitar dan sejarah masjid tersebut.
4. Bawa bekalan minuman dan kurma
- sila bawa bekalan minuman dan buah kurma di dalam beg sebagai bekalan apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau sukar untuk mendapat kedai halal untuk berbuka puasa. sesetengah tempat atau kedai makan mungkin penuh ketika waktu berbuka jadi sekiranya keadaan ini terjadi, anda tidak perlu risau kerana sudah mempunyai bekalan untuk berbuka.
Akhir kata yang aku dapat bagi, puasa tidak menghalang untuk kita kaki-kaki travel ini untuk berjalan dan mengalami sendiri keadaan berpuasa di tempat orang. Selamat berpuasa semua...
No comments:
Post a Comment