Syurga - sukar ditembusi; nikmatnya ada
Neraka - senang dimasuki; nikmatnya dunia
Indahnya syurga hingga mampu menarik hati untuk memasukinya...
Tapi,
Allah 'bentengkan' syurga dengan ketidaksenangan; ujian & dugaan!
Takutnya neraka hingga boleh menggelisahkan hati risau tergelincir...
Tapi,
Allah 'pagarkan' neraka dengan kesenangan; keseronokan dunia!
Aku...
Aku...
Harus tak mahu terjerumus ke dalam neraka hanya dengan 'pagar' kesenangan...
Namun, aku...
Tak mahu kehilangan syurga hanya dengan 'benteng' ketidaksenangan...
Kunci untuk kehidupan ini adalah;
SABAR!
p/s : terlahirnya bait-bait ini lepas menerima nasihat dan pandangan daripada seseorang yang aku hormat... kata-kata yang diberikan membuatkan aku tersentak dari lamunan yang kadangkala aku risaukan dengan dugaan dan ujian yang diberikan... seorang guru yang baik walaupun telah bersara akan tetap terus mendidik dan mengajar anak muridnya dengan subjek "KEHIDUPAN"... terima kasih CIKGU NOORIAH atas setiap kata-kata yang diberikan tanpa henti atau bosan...
No comments:
Post a Comment