Assalamualaikum...
Pengalaman sebulan yang lalu...
Ketika sedang berzikir sementara menanti azan Isya' di dalam Masjidilharam, datang seorang wanita berjubah dan berniqab hitam menghampiri ku... soalan pertama yang diajukan kepada ku "can you speak English?", and i replied "Yes".
She seat in front of me and start to ask me some questions...
1. where you come from?
2. did you perform prayer of the dead?
3. can u explain to me how and what to read?
4. ... etc
Seusai semua pertanyaan dan perbualan, wanita tersebut meminta diri namun sebelum itu, sempat dia memesan kepadaku untuk datang berjumpanya semula di Pintu 84 jika aku mempunyai masa... aku cuma menyatakan "insyaAllah" tanpa bertanya lebih lanjut mengapa perlu ke sana...
Selesai solat Isya' aku terus pulang ke hotel tanpa pergi ke Pintu 84 seperti yang di beritahu wanita tadi... dalam fikiran ku ketika itu, hanya mahu pulang ke hotel kerana keadaan diri ku sudah mula tidak keruan... aku tidak mampu menahan diri dari kesesakkan dan suasana bising ketika tu...
Esoknya selesai sarapan di hotel, aku kembali semula ke masjid untuk beriktikaf dan menunaikan solat2 sunat... Selesai solat, aku mengambil keputusan untuk pulang semula ke hotel dan aku saat ini aku berjalan ke arah Pintu 84... sesampainya di situ, berdiri 3 orang wanita berpakaian seperti wanita semalam yang datang bertemu ku... salah seorang daripada 3 wanita tersebut terus menghulurkan senaskah Al-Quran kepada ku lalu berkata "take it home"... dalam terpinga-pinga aku hanya mampu mengucapkan "syukran" dan tiba2, dia berkata "don't be sad, Allah always with you"... aku tersenyum... terlihat sinar di matanya... dia memelukku... aku meminta izin aku meninggalkan kawasan tersebut lalu keluar bersama linangan airmata... terima kasih Ya Allah untuk setiap pengalaman...
No comments:
Post a Comment