Tiba lah hari ke-4 kami di bumi Indonesia - Bandung. Aktiviti hari ni adalah ke kawah gunung berapi (Tangkuban Prahu) + Floating Market dan beberapa tempat shopping lain.
Bermula perjalanan kami ke Tangkuban Prahu tepat jam 6.30am... Bapak awal sebab pak supir kata kalau pergi awal orang tak ramai untuk tangkap gambar dan pemandangan lagi cantik sebab kabus tak banyak. Kami semua pun ikut je la. Perjalanan daripada hotel mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit untuk sampai ke sana. Sepanjang perjalanan dapat la kami melihat gelagat anak2 kecil ke sekolah. Pemandangan pun cantik di kiri kanan jalan ke sana.
Yeay dah sampan... with wani aka rokiah
Bab gedik serah kat dia... hahahahaahh
Kawah berasap tuh...
Pemandangan kat kat situ Ya Allah sangat cantik. Hebat sungguh ciptaan-Mu Tuhanku. Masih ada desiran bunyi letusan kat kawah tu. Nampak asap dan buih2 dalam kawah tu membuak2. Bau daripada letusan tu kadang2 ganggu hidung sungguh. Bau dia pelik sangat (ye la tak pernah bau macam tu). Masa dok ronda2 tu akan ada la beberapa warga tempatan yang jadi tukang tangkap gambar. Macam retis jadinya. Kejap2 suruh pose kat sini kat sana. Dorang jugak banyak explain sejarah tempat tu. Bagus. Tapi lepas selesai menjelajah kawasan gunung berapi tu dan seronok2 bergambar, dorang memulakan tugas rasmi dorang iaitu menjual barangan cenderamata. Itu sebenarnya motif dorang follow dan tolong ambil gambar. Bagi upah untuk tolong ambil gambar dorang tak nak, tapi dorang lebih suka kami beli barang. Adat orang menolong, kami semua pun pakat beli la sorang sikit barang2 cenderahati yang dorang jual (tawar betul2, sebab harga yang dorang letak memang melampau tingginya).
Lepas menghabiskan lebih kurang 2jam meronda dan melihat keindahan yang sungguh mengagumkan, kami bergerak ke Floating Market - menjual pelbagai makanan dari atas bot. Dah sampai ke kawasan tersebut kena bayar entry dulu. Pastu nak beli makanan kena guna token. Harga makanan lebih kurang sama je - dalam 2k-2.5k rupiah (murah kot). Lepas makan perlbagai jenis makanan, kami bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu untuk shopping.
*gambar dalam phone tak transfer.. hik3
Pak supir bawak kami ke Aurelia untuk beli telekung. Tak banyak beli pun sebab dah memang niat nak shopping kat Pasar Baru je. Sekejap je kat Aurelia kami terus bergerak ke Pasar Baru - syurga shopping Bandung. Ya Allah punya la sesak padahal bukan cuti sekolah pun. Rambang mata nak pilih kain2 dan telekung yang ada. Semuanya cantik2 belaka. Beli barang kat sini kena tawar lebih daripada separuh. Kalau boleh lagi rendah, lagi bagus (tapi jangan dah beria2 tawar pastu tak beli pulak).
Lepas beria shopping lebih kurang 3jam shopping kat Pasar Baru, perut pun mula berkeroncong siap berjoget2 bagai. Masa untuk lunch. Pak supir bawak kat satu restoran ni, katanya mahal sikit tapi makanan sedap2. Kami jenis tak kisah so terus pergi makan la. Restoran Pak Chi Met tak ingat kat area mana, tapi makanan dia memang terbaik la. Banyak pilihan sangat dan kami pilih untuk ambil 1set yang lengkap semuanya (maksudnya dalam satu pinggan ada macam2 lauk). Aku memang rekemen la sapa2 yang pergi Bandung untuk pergi makan kat sini. Terbaik. Sampai saat aku menaip ni pun, aku dok terbayang pinggan yang sampai kat depan mata dan keenakan makanan tu lalu kat tekak. Overkan... hik3
Tanpa ingin membuang masa di bumi Bandung, kami terus mencari masjid untuk menunaikan solat tanpa perlu balik ke hotel. Lepas ronda2 kawasan Bandung dengan sedikit hujan yang turun, kami terus bergerak ke Cihempelas Walk. Sama macam Pasar Baru, tujuannya adalah untuk membeli barang - shopping time. Kat sini banyak warga tempatan menjual barang2 seperti t-shirt, barangan kayu etc. Sampai malam jugak kami semua dok bersiar2 kat situ. Kawan2 aku memborong macam taknak balik hotel. Lebih kurang jam 10pm kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel. Nak rehat dan mandi.
*banyak gambar tapi dalam phone tak transfer lagi... hik3
maafkan aku erk...