Punya lama tergendala untuk ceritakan pasal trip aku dengan kawan2 ke Indonesia. Kali ni aku rasa sedikit masa untuk aku sambung cerita pasal trip ni. Beberapa entri yang lepas aku ada mention pasal aku dengan kawan kat Jakarta, so hari ni Day 3 kami semua bertolak ke Bandung.
Kami bertolak dari Jakarta ke Bandung dengan menaiki train (aku dah lupa berapa harga tiket). Perjalanan memakan masa lebih kurang 3jam macam tu. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat menarik iaitu kawasan padi bukit, sungai mengalir dan cerun bukit. Bagi sesetengah orang mungkin akan rasa boring, tapi aku suka tengok tempat macam tu. Tapi sepanjang perjalanan tak pasti la berapa kali kami semua tidur, jaga, tidur, jaga (tak sampai2 jugak). Sampai di Bandung kami dijemput oleh supir yang bernama Pak Yiep (booking melalui Hayuka Bandoeng). Pak supir di memang terbaik la. Ikut je kerenah kami semua. Aku bagi itinerary untuk hari tu yang aku sediakan tapi ada beberapa tempat dia suggest untuk pergi esokkan hari nya. Jadi hari ni kami cuma pusing2 bandar Bandung dan lepak2 cuci mata ja.
Mula2 Pak Yiep bawak makan tengahhari ni Wong Solo. Terbaik! Serius rasa sambal dia dengan kat KL sumpah tak sama. Kat sana memang lagi sedap dan lagi kebaboom. Lepas makan kami minta Pak Yiep hantarkan ke Hotel Naripan yang terletak di Jl. Naripan Jawa Barat untuk bersihkan diri dan solat. Lebih kurang pukul 2.00 pm, Pak Yiep ambik di hotel dan membawa kami bersiar2 mengelilingi bandar Bandung. Kami singgah di beberapa tempat menjual barang2 seperti di Kilang Kopo dan di Grutty (tak beli pun, cuma tengok2 ja).
Malamnya kami cuma lepak2 di hotel sebabnya banyak kedai2 yang tak beroperasi sebab adanya Pemilu (Pilihanraya).
Ni stesen Gambir tempat naik train nak p
Bandung dari Jakarta..
Ni seat untuk 1st class,
yang class lain tak tau la macam mana...
Memang ambil dengan makanan sekali
sebab semua tak sempat breakfast...
Dah sampai di stesen keretapi Bandung,
selepas 3 jam perjalanan...
Keadaan dalam bilik di Hotel Naripan.
Ok la sebab hotel baru, cuma bangunan lama...
bersambung...
No comments:
Post a Comment