Sunday, 4 December 2016

Dubai - Day 3

Assalamualaikum !!!

Hi, there! I continue my journey in Dubai for third day. A usual, we decide to breakfast at hotel.

Makanan wajib time breakfast...

Some fruits and dates...
The cheese make me dizzy...

Cereal...

After breakfast with the beautiful scenery, coz from the cafe we can see Sharjah city. Now start the Dubai shopping tour. I love it. My parent spend about 5 hours to visit mall and local soul in Dubai. From expensive things until the cheaper. 

Berpuluh jenis coklat yang dijual...

Segala jenis rempah ratus...

Macam-macam jenis abaya...

Memang sesak nak ke souq ni...


Relax je emas jual guna 
messen kat celah-celah lorong...

After finished shopping and took picture at that souq, I will experience a new thing in my life. Experience the real desert with the professional safari drivers name Ali. Actually he ex-policeman in Dubai. He quit and open a new business regarding this attraction in Dubai. The safari desert is a thrilling roller-coaster rides across the golden dunes. This activity will make you dizzy, so for prevention, better take a panadol before you headache or vomiting. But i really enjoyed the desert safari activity...

The jeep that we used for desert safari activity...

Chewing gum - Batook

Pertengahan perjalanan...

The desert safari  took around 2 hours. Before we heading back to hotel, we have our dinner at Bedouin campsite that located in the heart of desert. A warm Arabian welcome awaiting for us accompanied by refreshing Arabic Coffee and dates. Soft drinks, tea and water are also available. Various mild and fruity flavours offer a tingling sensation. They also provide a camel to who want to rides adds fun. During the eating session, an enchanting belly dancer appears with a lot of movement...


to be continue...



Dubai - Day 2

Assalamualaikum !!!

Perjalanan dari Brunei ke Dubai lebih kurang 8 jam. Makanan dalam Royal Brunei not bad (tak menghampakan).

Sampai di Dubai terus ke hotel sebab letih. Di Dubai aku menginap di Sharjah iaitu The Golden Tulip Hotel. Suhu masa di Dubai 45-47C (hangat gila)...



Bangun tidur dan selesai solat subuh, aku hanya sarapan di hotel. Selesai bersarapan perjalanan bermula dengan "City Tour".  Bersiar-siar melihat seni bina moden terbaik di dunia...

The journey begins at Dubai Creek then followed by stops at entrance of Sheikh's palace, Burj Al Arab and The Palm Jumeirah. Then drive to the new marina, a canal city carved along a two miles stretch of Persian Gulf Shoreline. A walk across the Dubai mall to get more pictures of Burj Khalifa and with visit to Dubai Museum. After that, I visit Meena Market for shopping. Every pack schedule to cover Dubai because, Dubai is a beautiful place and have many interesting to see...

Dubai Museum...



Area Jumeirah...
Rumah retis-retis kaya kat belakang tu la...


We decide to lunch at hotel and pray.

After little bit of rest, in the evening, we go for Dhow Dinner Cruise. Diving the charming "City of Lights" into two commercial districts, Dubai Creek epitomizes the city's personality. Here, the magnificent sophistication of the 21st Century walks hand in hand with the simplicity of a bygone era. Hop abroad the traditional dhow which keeps the traditions alive with the glass enclosed interiors to offer stunning views of the old and new Dubai. In the cruise, we can feel the flip-flap of waves and the all-pervading romance as you soak up the cities bustling atmosphere from a distance. The dinner in cruise take two hour and we can enjoy with the soothing of Arabic music.

The Dhow Dinner Cruise...

Salads...


Cheeses... euuuuwwww

Fruits...


to be continue...


Saturday, 3 December 2016

Dubai - Day 1

Assalamualaikum !!!

Semenjak seminggu dua ni macam terajin sikit nak share tentang tempat-tempat aku pergi untuk tahun lepas dan tahun ni. Banyak tempat yang tak sempat nak kongsi sebab kekangan masa. Jadi, sementara menanti idea untuk siapkan thesis (sebenarnya stress sangat nak buat thesis) kali ni aku nak share perjalanan aku ke Dubai.

Percutian kali ni aku pergi bersama ibu dan abah. Jadi, kena ikut tour la sebab kalau solo aku boleh main redah je, bila bawa ibu dan abah, aku kena pilih yang sesuai la dengan keadaan dorang. Perjalanan bermula dari Penang ke Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur ke Brunei menaiki Royal Brunei. Saja pilih Royal Brunei sebab nak menyinggah ke Brunei.

Brunei sebuah negara yang kecil dan penduduknya tidak ramai. Yang aku perasan di Brunei, tiada bangunan yang tinggi-tinggi dan mengikut kata penduduk di sana, Sultan Brunei tidak membenarkan bangunan tinggi melebihi daripada tingginya masjid. Alhamdulillah. Aku sempat menunaikan solat di Masjid Jamek Hassanal Bolkiah. Terpegun seketika dengan seni bina luaran dan dalaman masjid tersebut. Kubah-kubah disaluti dengan emas dan juga pagar-pagarnya guna terdapat emas. Awas! Dalam masjid tidak dibenarkan untuk mengambil gambar. Mungkin untuk menjaga keselamatan barang-barang yang terdapat di dalam tu.

Lepas menunaikan solat, aku pergi ke Pasar Malam Brunei. Teringin nak makan nasi katok sebenarnya. Itu yang sanggup ke pasar malam.

Dah kenyang makan nasi katok, pergi ke Pasar Gadong dan pusing-pusing di Istana Nurul Iman. Saja jalan-jalan sementara nak tunggu ke airport untuk penerbangan seterusnya.



Istana Nurul Iman...

Antara kuih-muih yang dijual...

Nasi katok dan nasi-nasi lain...


bersambung...


Indonesia (Padang) - Day 5

Assalamualaikum !!!

Hari ni merupakan hari terakhir di Padang untuk percutian kali ni. Sebenarnya dah takdak apa yang nak buat melainkan sarapan hanya di hotel (malas nak keluar), masuk bilik sambung kemas barang, lepak-lepak lepas tu teringat nak pergi Tepi Laut.

Gambar jangan tak gambar...

Dataran yang terdapat disitu...

Lepas dah berpeluh-peluh tengah panas, terus gerak nak ke airport. Penang, here i come. Sebelum tu transit di KL dulu...

Friday, 2 December 2016

Indonesia (Padang) - Day 4

Assalamualaikum !!!

Hari ni siap kemas-kemas barang sebab nak gerak ke Padang dari Bukit Tinggi. Sebelum ke Padang, aku sempat masuk ke Lobang Jepang yang terletak di Taman Panorama (betul depan hotel je). Lobang Jepang ni dibina oleh orang Indonesia yang ditawan oleh pihak Jepun. Nak masuk kena bayar, nak ingat berapa bayarannya. Nanti ada guide yang tolong bawa ke terowong tersebut (kena bayar upah lain pula). Guide tu akan ceritakan tentang info berkaitan dalam lubang tersebut. Katanya ada 3 perkara yang tidak terjawab sehingga kini (aku dah lupa cuma ingat 1 je, kemanakah perginya tanah-tanah yang digali tu)...

Pintu masuk untuk membayar tiket...


Itulah Lobang Jepang... ada seratus lebih
anak tangga rasanya...


Pemandangan selepas pintu masuk...

Selepas sejam lebih berada dalam Lobang Jepang, aku mendaki bukit untuk kembali ke hotel (boleh je naik taxi untuk ke hotel). Bersihkan diri sebelum check-out untuk ke Padang. Dalam perjalanan ke Padang sempat singgah di Aur Kuning untuk membeli kain ela (bawa balik untuk dijual). Di Aur Kuning, lebih sesuatu untuk belian secara pukal, kalau beli satu-satu mahal. Sangat tak sesuai untuk yang sakit kaki sebab keadaan jalan dan kedainya...

Selesai membeli, perjalanan di teruskan dan terasa perut mula mengeluarkan bunyi-bunyi jadi berhenti makan tengah hari di Rumah Makan Pak Datuk Cabang Dumai (ramai diplomatik dan vvip makan di sini). Makanan boleh tahan, tempat pun selesa.

Menu makan nasi padang tak jauh beza
yang membezakan rasa...

Perut sudah kenyang, jadi teruskan perjalanan ke Pusat Dokumentari Rumah Gadang. Sampai di sini, akan ada penerangan tentang rumah gadang atau rumah minangkabau. Kalau terasa nak cuba pakaian pengantin cara Minang, boleh cuba dengan bayaran Rp10000-150000. Boleh pilih warna pakaian yang dikehendaki lepas tu boleh bergambar di segenap pelosok rumah tersebut...


Rumah Gadang aka Rumah Minang...

Sempat la merasa... hik3

Perjalanan diteruskan ke hotel di Padang. Di sana aku menginap di Hotel Bunda. Terletak di kawasan jualan malam + tani dan shopping mall. Jalan kaki je nak ke semua tempat tu.

Lepas solat maghrib, terasa nak makan Bakso... Terus mencari Restoran Bakso Lapangan Tembak. Bakso di sini memang terbaik, tapi, tapi, makanan lain tak sedap. Serius cakap. Atau mungkin mulut aku tak boleh telan kot. Citarasa berbeza kan...

Nampak macam biasa2, tapi
rasanya ummmppphhh...

Gandingan hebat
Alpukat...



bersambung...






Indonesia (Bukit Tinggi) - Day 3

Assalamualaikum !!!


Bersambung kita dengan hari ketiga aku di Bumi Minangkabau. Breakfast hanya di hotel sebab takdak kekuatan nak mencari di luar. Selepas perut diisi dengan jayanya, nak beli sedikit la buah tangan untuk di bawa balik. Jadi yang makanan ringan yang sedap dan famous di Padang ni adalah Sanjai aka kerepek ubi kayu (kalau tak salah aku la). Singgah la di Sanjai Ummi Aufa Hakim. Di kedai ni, boleh tengok cara pembuatan kerepek2 yang dijual. Makan panas2 pun sedap, dah sejuk pun sedap sebabnya kerepeknya baru.

Lepas membeli sedikit sanjai untuk dibawa pulang ke Malaysia, aku meneruskan perjalanan ke Istana Pagaruyung. Istana ini juga dikenali sebagai Istana Basa terletak di bandar Batusangkar merupakan salah satu warisan yang terkenal di Sumatera Barat. Dan untuk pengatahuan hampa, istana sekarang yang menjadi kunjungan pelancong ini merupakan replika daripada istana sebenar yang terletak di atas Bukit Patah yang mana ianya sudah hangus terbakar.

Ramai betul rombongan yang datang masa ni...
Gambar tak berapa jelas sebab kalut hari nak 
hujan nak oiii....


Dalam perjalanan balik ke hotel, terasa lapar sebab hanya makan sarapan saja tadi. Jadi di pertengahan jalan terdapat restoran iaitu Pondok Flora Restoran. Rumah makan ni terletak di kawasan sawah padi, jadi sambil makan sambil melihat kehijauan padi-padi. Lupa nak bagitahu, yang ada kolam ikan di tepi setiap meja makan. Maknanya, makanan yang tak habis, boleh la bagi ikan-ikan tu makan. Segala mak nenek ikan tu telan.

Antara lauk-pauk yang di hidangkan...


Itik pun ada...


Ikan ni la yang makan semua
jenis makanan (jenis tak memilih ni)...

Ada 2 3 ekor burung hantu...


Monyet pun ada...
Ni aksi nak masuk gimnastik kot...


Rumah Makan
Pondok Flora...


Habis makan perjalanan diteruskan untuk ke Pasar Atas yang terletak di Bukit Tinggi. Tak jauh dari hotel yang aku duduk. Siapa yang jenis kaki shopping memang boleh gila. Sebab barang-barang yang dijual sangat-sangat murah. Antara barangan yang ada macam telekung, t-shirt, kain ela dan etc. Kalau nak murah eloknya beli di kaki lima jalan di kawasan jam gadang. Kalau naik ke pasar, harga mahal sikit. Sila tunjukkan kemahiran kalian untuk sesi tawar-menawar...

Lepas penat shopping, terus balik ke hotel untuk rehatkan badan dan solat. Untuk makan malam, nak cari sesuatu yang lain (muak dah dengan nasi padang), jadi aku ke Kharisma Hotel. Di hotel tersebut ada restoran Teratai Cafe & Restaurant. Hidangan yang ditawarkan lebih kepada Chinese Food. Boleh la makan, nak kata sedap sangat tidak la, tapi dah ada kat tempat orang, telan je la. Nak makan sedap-sedap, masak sendiri kat rumah (itu pun kalau pandai masak)...

Antara menu yang ada. Makanan 
tak berasa sangat, kena mintak 
sambal belacan...


bersambung...