Sementara mempunyai masa dan idea nak menaip dan bercerita pasal kemboja, aku meneruskan untuk hari ke-5 aku di bumi Cambodia/Kemboja. Seperti biasa, sarapan di hotel sahaja (nak jimat). Lepas sarapan terus pergi Royal Palace iaitu istana raja. Disebabkan hari minggu, banyak pelancong asing yang datang untuk melawat istana ni. Bayaran dikenakan untuk masuk (tapi lupa berapa ntah - sorry).
Penjaga istana ni kata
pokok ni buahnya untuk orang
yang susah dapat anak...
tak pasti betul or tak...
Bila dah jalan-jalan dalam istana, perut mula la terasa nak berisi, so aku menuju ke Restaurant Wau untuk makan tengah hari. Makanan yang di hidangkan not bad. Kena isi perut kenyang-kenyang sebab lepas ni plannya nak jalan jauh sikit sebab nak ke tempat yang agak "keras".
Antara menu yang ada di Restoran Wau
Perjalanan memakan masa lebih kurang 1-1.30 untuk ke Choeung Ek Killing Fields yang terletak di Sangkat Choeung Aek, Phnom Penh. Tempat ni penuh sejarah yang tak sanggup di dengar dan di bayangkan. Kekejaman demi kekejaman dalam pemerintahan sehingga mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa. Kata orang tempat ini keras "keras" kerana sehingga sekarang masih terdapat kesan-kesan kekejaman yang tinggal, contohnya tengkorak dan tulang-tulang manusia, pokok tempat bayi-bayi dihempuk ke dahan, pondok tempat manusia di tanam hidup-hidup dan juga pakaian dan gigi mangsa-mangsa yang mati. Sepanjang berjalan dan membaca nota-nota sejarah yang ditinggalkan, secara tidak diduga terasa dekat pada masa kejadian, seolah-olah seperti menyaksikan sendiri dengan mata kepala. Sedih + sayu + takut + pasrah + redha antara perasaan yang timbul ketika itu. Para pengunjung akan dibekalkan dengan headset yang mana pada tiap-tiap check point, pengunjung boleh mendapatkan maklumat.
p/s : tak sanggup nak letak dalam kat Killing Field tu sebab masih terasa lagi kesannya...
bersambung...
No comments:
Post a Comment