Lamanya tak update pasal travel. So, malam ni rasa macam semangat nak menaip pasal perjalanan dan pengembaraan di bumi Cambodia (orang kita panggil Kemboja).
Aku pergi ke Cambodia menaiki pesawat MAS dari Penang ke KL ke Siem Reap. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Siem Reap aku menginap di Hotel Angkor Holiday terletak di tengah-tengah kota. Kat Kemboja ni, susah sikit (sebenarnya sangat) nak dapatkan hotel yang menghilangkan makanan Halal dan guna restoran Halal (jadi bawak la sedikit bekalan erk).
Angkor Holiday Hotel
(sangat selesa dan cantik)
Lepas check-in aku menuju ke Restoration Angkor (Artisans Angkor) iaitu tempat membuat kraftangan. Boleh dikatakan barangan yang dihasilkan adalah hasil tangan warga tempatan. Barang-barang sangat exclusive (so faham-faham je la harganya). Makanya, aku hanya mampu memerhatikan hasil yang dibuat. Lagi satu, kebanyakkan barangan yang dihasilkan berunsurkan patung Buddha.
Tekun melukis...
Patung ni dorg banyak ukir...
Artisans Angkor
Lepas habis meninjau tanpa membeli apa-apa sebagai kenangan (mahal kot barang dia), aku meneruskan perjalanan ke Tonle Sap Lake iaitu sebuah tasik yang merupakan perkampungan air masyarakat sana yang menyambung dengan Sungai Mekong, Vietnam. Jiwa akan tersentuh sebaik menaiki bot untuk menyusuri tasik tersebut kerana boleh melihat banyak bot di sepanjang tasik yang menjadi rumah, kedai, sekolah, gereja etc. Melihat kanak-kanak meminta sedekah sehingga sanggup menaiki besin untuk meraih simpati pelancong agar di berikan wang.
Pemandangan dari atas bot
Tadika merangkap Sekolah...
Kedai runcit...
Ternak buaya...
Yang dikeringkan dan dijual...
Minta sedekah...
Habis air mata melimpah di Tonle Sap Lake (mengakibatkan air semakin naik - hehehe) aku harus mencari kedai makan untuk mengisi perut yang tak semakin rancak bergendang. Akhirnya singgah di Muslim Family Restaurant (tak boleh nak memilih sangat sebab susah nak dapatkan makanan halal).
Lepas makan apa lagi meronda ke Full Moon Night Market pulak la. Bersiar-siar di sepanjang jalan melihat jualan masyarakat. Akhirnya kembali ke hotel untuk merehatkan badan.
Tak se happening Batu Feringgi...
Tapi ok la nak jamu mata...
bersambung...
No comments:
Post a Comment