Sunday, 29 November 2015

Cambodia (Phnom Penh) - Day 5

Assalamualaikum !!!

Sementara mempunyai masa dan idea nak menaip dan bercerita pasal kemboja, aku meneruskan untuk hari ke-5 aku di bumi Cambodia/Kemboja. Seperti biasa, sarapan di hotel sahaja (nak jimat). Lepas sarapan terus pergi Royal Palace iaitu istana raja. Disebabkan hari minggu, banyak pelancong asing yang datang untuk melawat istana ni. Bayaran dikenakan untuk masuk (tapi lupa berapa ntah - sorry).
Penjaga istana ni kata
pokok ni buahnya untuk orang
yang susah dapat anak...
tak pasti betul or tak...




Bila dah jalan-jalan dalam istana, perut mula la terasa nak berisi, so aku menuju ke Restaurant Wau untuk makan tengah hari. Makanan yang di hidangkan not bad. Kena isi perut kenyang-kenyang sebab lepas ni plannya nak jalan jauh sikit sebab nak ke tempat yang agak "keras".

Antara menu yang ada di Restoran Wau

Perjalanan memakan masa lebih kurang 1-1.30 untuk ke Choeung Ek Killing Fields yang terletak di Sangkat Choeung Aek, Phnom Penh. Tempat ni penuh sejarah yang tak sanggup di dengar dan di bayangkan. Kekejaman demi kekejaman dalam pemerintahan sehingga mengorbankan ribuan nyawa yang tidak berdosa. Kata orang tempat ini keras "keras" kerana sehingga sekarang masih terdapat kesan-kesan kekejaman yang tinggal, contohnya tengkorak dan tulang-tulang manusia, pokok tempat bayi-bayi dihempuk ke dahan, pondok tempat manusia di tanam hidup-hidup dan juga pakaian dan gigi mangsa-mangsa yang mati. Sepanjang berjalan dan membaca nota-nota sejarah yang ditinggalkan, secara tidak diduga terasa dekat pada masa kejadian, seolah-olah seperti menyaksikan sendiri dengan mata kepala. Sedih + sayu + takut + pasrah + redha antara perasaan yang timbul ketika itu. Para pengunjung akan dibekalkan dengan headset yang mana pada tiap-tiap check point, pengunjung boleh mendapatkan maklumat.


p/s : tak sanggup nak letak dalam kat Killing Field tu sebab masih terasa lagi kesannya...




bersambung...






Saturday, 28 November 2015

Cambodia (Phnom Penh) - Day 4

Assalamualaikum !!!


Aku kembali untuk sambungan kisah dan tempat-tempat menarik di Phnom Penh, Kemboja. Breakfast hanya di hotel sebab Holiday Villa Hotel menyediakan makanan halal untuk orang Islam, so tak perlu nak fikir untuk mencari sarapan. Bila perut pun dah berisi, senang la nak mulakan langkah untuk melihat tempat-tempat di sekitar bandaraya Phnom Penh. Seperti yang kita semua tahu Phnom Penh merupakan ibu negara untuk Cambodia/Kemboja. Mulakan destinasi ke sebuah muzium yang menceritakan tentang Tonle Sap. Sejarahnya tidak terlalu banyak (tak pergi pun takpe). Seterusnya aku ke Russian Market yang mana keadaannya lebih kurang macam Chowrasta di Penang. Barang dagangan yang banyak seperti kain ela, keychain, handbag (tiruan) etc. Takde yang menarik perhatian sebabnya harganya tidak la terlalu murah dan pilihannya agak terhad. Destinasi membeli-belah untuk ole-ole aku memilih untuk pergi ke Central Market. Wow, terdapat lebih daripada 200 buah kedai didalam satu bangunan (sebiji macam Ben Thanh Market, Saigon, Vietnam). Barangan yang dijual majoritinya untuk pelancong dan warga tempatan. Lebih kurang macam di Russian Market tetapi pilihan lebih banyak dan harganya jauh lebih murah (mungkin adanya persaingan sesama sendiri). Disebabkan kawasannya terlalu besar dan padat, lebih baik ingat pintu yang mula-mula masuk sebabnya terdapat berpuluh pintu disekeliling Central Market. Aku pun hampir sesat. Memang best kalau nak shopping kain ela jenis songket sebab murah dan banyak pilihan. Cuma satu je yang tak best tentang Central Market ni (bagi aku la, orang lain aku tak tahu), bau dalam kawasan tu agak hanyir. Sebabnya dorang juga menjual makanan basah dan kering, dan jangan terkejut kalau nampak ada orang jual katak goreng, satay ular, kala jengking goreng cili dan beberapa jenis lagi (sumpah loya tekak).
Pintu hadapan Central Market


Sebahagian daripada "kerepek"....
sumpah geli

Lepas dah pusing-pusing dan habiskan sedikit duit, aku bergerak untuk makan tengah hari di Cafe Malaya. Makanan yang ada boleh tahan sedap untuk tekak aku yang jenis tak banyak songeh ni. Yang penting jumpa ja restoran halal, makan je la. Sebab susah nak cari... huhuhuh

Cafe Malaya
(tapi bukan milik rakyat Malaysia)

Balik hotel untuk rehat kan badan dan solat sebelum meneruskan perjalanan ke Suria Mall. Aku jarang kalau travel nak singgah shopping mall sebab kat Malaysia pun banyak, tapi untuk tengok keadaan shopping mall dorang tak salah la untuk masuk. Tak banyak perubahan daripada shopping mall di Malaysia. Walaupun terletak di Kemboja, barangan jualan di dalam shopping mall tidak menggunakan matawang mereka sendiri, tetapi menggunakan USD. Jadi faham-faham lah harga barangan tersebut. 

Malamnya, mengambil kesempatan untuk makan malam ni atas kapal. Jadi aku ke Mekong River Restoran untuk menikmati matahari terbenam disepanjang arus sungai Mekong di atas kapal yang bergerak sebelum dihidangkan dengan menu-menu yang traditional masyarakat Kemboja. 

Antara kapal yang menyediakan service
restoran bergerak...




bersambung... 






Monday, 9 November 2015

Resipi Pau Sambal

Assalamualaikum !!!

Semenjak pindah dok Perak ni, aku jadi terlebih rajin untuk masak. Dulu pun memang rajin (sebab minat) tapi takdak masa ja nak buat tambahkan pula kat Penang tu makanan apa yang takdak kan. Dah la semua sedap-sedap dan dekat nak p makan. Kat Perak ni makanan tak berapa nak kena dengan tekak (ye la dah 26 tahun dok makan makanan Penang ja).

So hari ni aku nak share resipi Pau Sambal. Ni kira favourite la sebab kuih yang jenis manis-manis ni aku tak berapa suka sangat. Sebenarnya adunannya untuk donat tapi aku letak sambal tumis ikan bilis.

Bahan-bahan

Adunan A (campur kesemua bahan hingga kembang)

1 cawan air suam
1 packet yis kering
2 sudu gula
2 sudu susu pekat


Adunan B (campur dan gaul rata)

4 cawan tepung gandum
3 sudu planta
2 sudu the baking powder
1 sudu teh garam


Cara-cara

1. bila adunan A dah kembang masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan A dan gaul sehingga sebati dan menjadi doh

2. tutup bekas doh dengan plastik supaya udara tak masuk - biarkan lebih kurang 1 jam

3. lepas 1jam tepuk-tepuk doh untuk mengaliran udara

4. bentukkan doh mengikut naluri hati

5. biarkan lebih kurang 15-20 minit untuk mengembang kali terakhir

6. panaskan minyak dan goreng.


p/s : resepi sambal tumis ikan mengusul kemudian - tapi mustahil korang tak tahu kan... (dasar pemalas aku nak menaip)


rupa tak elok takpa, yang penting 
rasa mau ummpphhhh...



Tuesday, 3 November 2015

Cambodia (Siem Reap to Phnom Penh) - Day 3

Assalamualaikum !!!

Hari ni dah masuk hari ketiga aku di bumi Kemboja. Lepas breakfast di tempat biasa, aku menuju ke Old Market untuk melihat-lihat barangan yang dijual. Takdak yang memikat hati lagi pun banyak kedai tak buka lagi mungkin sebab pergi terlalu awal kot. Lepas puas lepak-lepak sambil memerhati keadaan sekeliling aku balik ke hotel untuk check-out. Sebabnya lepas lunch terus nak gerak ke Phnom Penh dengan menaiki bus...

Perjalan ke Phnom Penh dari Siem Reap mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan melalui kawasan perkampungan dan bukan nak kata la, jalan raya sepanjang 8 jam tu sangat-sangat teruk. Bus elak lubang kanan, langgar lubang kiri dan vice versa la. Memang sengsara sepanjang perjalanan tu. Kepala aku berapa kali la terhantuk kat bumbung bus. Dalam hati dok kata ja, silap-silap satg sampai Phnom Penh dengan seat dan stereng bus ja ni kalau jalan macam dah penuh dengan periuk api. Masa dalam perjalanan ni, sempat la singgah satu perkampungan Islam (bukan Kg Champ) untuk memberi sedikit sumbangan dan pakaian. Orang Islam kat Kemboja ni ditindas oleh agama terbesar di sana iaitu Buddha. Saluran kewangan untuk rumah ibadah (masjid/surau) tidak diberikan kepada perkampungan Islam.

Tapi Alhamdulillah akhirnya sampai dengan selamat ke Phnom Penh lebih kurang jam 9 malam. Sampai je terus dinner di The Gulai Restaurant. Bukan nak puji la tapi layanan dan makanan memang terbaik la. Owner The Gulai Restaurant orang kita (orang Malaysia la maksud aku) yang berasal dari Penang dan tukang masak dia dari Bukit Jambul, Penang. Bila tengok menu dan makanan yang sampai, terus teringat kat Penang...

Lepas makan terms check-in hotel iaitu di Holiday Villa Hotel, Phnom Penh. Motif utama pilih hotel ni sebab cafe dal am hotel ni menghidangkan makanan halal.


p/s : memang takdak gambaq sebabnya letih dok dalam mood ditambah pulak dengan sakit kepala asyik dok terhantuk ja.

Cambodia (Siem Reap) - Day 2

Assalamualaikum !!!

Bangun je pagi lepas bersiap untuk hari kedua, terus menuju ke restoran semalam (Muslim Family Restaurant - sebab takdak pilihan kedai halal) untuk bersarapan. Menaiki bus untuk ke Angkor Wat Heritage Village. Tempat ni memang dah lama mengidam nak pergi. Akhirnya tercapai jugak. Masa kat pintu masuk untuk beli tiket, kena tangkap gambar macam kad pengenalan (siap on the spot) dan harus memakainya sepanjang berada dalam kawasan tersebut. Bayaran ada untuk sehari atau sebulan (harga dah lupa). Meronda la separuh hari kat dalam tu sebelum pergi lunch.

Selepas selesai makan tengah hari, aku balik hotel dulu nak solat dan rehatkan badan sekejap sebelum menyambung meronda-ronda di Angkor Wat Heritage Village. Itu gunakany kad pengenalan yang dapat masa beli tiket tu. Kalau beli sehari, kita boleh masuk keluar sepanjang tarikh tu. So, dapat la berjalan ke Angkor Tomb (tempat Angelina Jolie belakon cerita Tomb Rider. Bagi sesiapa yang ada masalah sakit kaki or lutut or kurang stamina, mungkin boleh melihat dari luar je, sebab kawasan tu sangat la luas.




Pokok ni la dorg gelar
pokok Tomb Rider...


Effect gambar paling popular kat Angkor Wat...






Lepas menghabiskan tenaga yang ada dengan berjalan kaki ke suluruh pelusuk Angkor Wat, aku meneruskan perjalanan ke town Siem Reap untuk mencari Hard Rock Cafe Angkor. Akhirnya berjaya jumpa dan apa lagi shopping time (abah aku pengumpul t-shirt HRC).

Hard Rock Cafe Angkor
cafe yang baru buka je masa aku
pergi hari tu...


Malamnya lepas dinner aku pergi ke SPA untuk massage. Melegakan urat-urat yang cekang sebab banyak sangat bejalan. Alhamdulillah lega balik hotel tidur dengan lena...



bersambung...


Monday, 2 November 2015

Cambodia (Siem Reap) - Day 1

Assalamualaikum !!!

Lamanya tak update pasal travel. So, malam ni rasa macam semangat nak menaip pasal perjalanan dan pengembaraan di bumi Cambodia (orang kita panggil Kemboja).

Aku pergi ke Cambodia menaiki pesawat MAS dari Penang ke KL ke Siem Reap. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai di Siem Reap aku menginap di Hotel Angkor Holiday terletak di tengah-tengah kota. Kat Kemboja ni, susah sikit (sebenarnya sangat) nak dapatkan hotel yang menghilangkan makanan Halal dan guna restoran Halal (jadi bawak la sedikit bekalan erk).

Angkor Holiday Hotel
(sangat selesa dan cantik)

Lepas check-in aku menuju ke Restoration Angkor (Artisans Angkor) iaitu tempat membuat kraftangan. Boleh dikatakan barangan yang dihasilkan adalah hasil tangan warga tempatan. Barang-barang sangat exclusive (so faham-faham je la harganya). Makanya, aku hanya mampu memerhatikan hasil yang dibuat. Lagi satu, kebanyakkan barangan yang dihasilkan berunsurkan patung Buddha.

Tekun melukis...


Patung ni dorg banyak ukir...

Artisans Angkor

Lepas habis meninjau tanpa membeli apa-apa sebagai kenangan (mahal kot barang dia), aku meneruskan perjalanan ke Tonle Sap Lake iaitu sebuah tasik yang merupakan perkampungan air masyarakat sana yang menyambung dengan Sungai Mekong, Vietnam. Jiwa akan tersentuh sebaik menaiki bot untuk menyusuri tasik tersebut kerana boleh melihat banyak bot di sepanjang tasik yang menjadi rumah, kedai, sekolah, gereja etc. Melihat kanak-kanak meminta sedekah sehingga sanggup menaiki besin untuk meraih simpati pelancong agar di berikan wang.

Pemandangan dari atas bot



Tadika merangkap Sekolah...


Kedai runcit...

Ternak buaya...

Yang dikeringkan dan dijual...

Minta sedekah...

Habis air mata melimpah di Tonle Sap Lake (mengakibatkan air semakin naik - hehehe) aku harus mencari kedai makan untuk mengisi perut yang tak semakin rancak bergendang. Akhirnya singgah di Muslim Family Restaurant (tak boleh nak memilih sangat sebab susah nak dapatkan makanan halal).
Lepas makan apa lagi meronda ke Full Moon Night Market pulak la. Bersiar-siar di sepanjang jalan melihat jualan masyarakat. Akhirnya kembali ke hotel untuk merehatkan badan.

Tak se happening Batu Feringgi...
Tapi ok la nak jamu mata...



bersambung...


Synopsis Novel - Milk Glass Moon

Assalamualaikum !!!

MILK GLASS MOON
(ADRIANA TRIGIANI)

Sometimes letting go is 
the hardest thing do to


Whether it's climbing on the roof, drinking cocktails or falling in love, daughters 
always think they known better than their mothers. 
For Ave Maria, anxiously watching Etta grown from a 12-year-old tomboy 
into a young woman, the hardest thing is admitting 
that sometimes, maybe they do.

After, does Ave Maria want her own life to be the pattern 
her daughter follows? She and Jack my be learning fifty, after 
fifteen years of marriage, but, as a fortune-teller warns Ave, 
life has a way of surprising you when you least expect it. 
It's not only Etta who is growing and changing, friends Ave has 
known all her life seem unexpectedly different. 
The handsome Pete Rutledge, for example, has a way 
of popping up that Ave find unsetting, but hard to resist. 
And the curly-haired Italian boy who's working 
for Jack seems to have a similar effect on Etta.


Saturday, 26 September 2015

Synopsis Novel - A Scandalous Secret

Assalamualaikum !!!

A SCANDALOUS SECRET
(JAISHREE MISRA)
The truth will tear them apart...


They had the perfect marriage...

Glamour, money and a beautiful home - Neha and Sharat, the golden couple of Delhi, appear to have it all. But a dark secret from Neha's past is about to resurface.

While studying at Oxford, a naive eighteen-year-old Neha fell pregnant and chose to put the baby up for adoption, severing all contact. But her little girl - Sonya - is now a fully grown woman, determined to find her birth mother.

With the foundation of Neha and Sharat's world rocked to its very core, will Sonya's arrival in Delhi push it over the edge? And as Sonya begins to confront Neha, can mother and daughter allow themselves to forgive and forget?


P/S : novel yang sangat menyentuh hati aku. Ketabahan seorang anak yang sanggup mencari ibu kandungnya...


Sunday, 5 July 2015

Tempat Menarik di Penang

Assalamualaikum !!!

Hi there!!! Banyak benda nak cerita tapi macam tak berapa nak ada mood memikir dan menaip. So aku ambik kesempatan untuk update blog dengan cerita2 simple je. Sebagai contoh malam ni aku nak bagi sedikit info berkaitan tempat2 menarik yang ada dekat Penang ni. Sebelum ni aku hanya ceritakan tentang tempat makan menarik di Penang (klik sini).

Tanpa membuang masa kalian semua (sebenarnya dah xde idea nak merepek), jom kita mula mencari maklumat yang kalian perlukan...


1. Penang 3D Trick Art Museum

- Muzium ini dirasmikan pada Oktober 25, 2014 yang terletak di No 10, Lebuh Penang, 10200, Georgetown, Pulau Pinang

- Muzium ini mempamerkan teknik mengubah 45 hasil lukisan 2D dalam kepada imej 3D yang dilukis oleh artis tempatan dan juga antarabangsa.

- Waktu operasi muzium ini bermula 9 pagi hingga 6 petang untuk setiap hari kecuali hujung minggu dan cuti umum kerana hari2 tersebut muzium beroperasi bermula 9 pagi sehingga 9 malam.

- Bayaran masuk warganegara : Dewasa RM15 / Kanak-kanak & Warga Emas RM10
  Bayaran bukan warganegara : Dewasa RM25 / Kanak-kanak & Warga Emas RM15

- Untuk maklumat lanjut sila layari www.penangtrickart.com


2. Muzium Perang Pulau Pinang

- Muzium ini dibina pada tahun 1930 terletak di Lot 1350, Mukim 12, Batu Maung, 11960, Pulau Pinang

- Muzium ini dulunya merupakan pertahanan Bristish dan akhirnya jatuh ke tangan tentera Jepun pada tahun 1942. Muzium ini mempunyai 29 lokasi, antaranya bilik tentera terbuka, menara tinjau, 20 ruang menembak pesawat udara, penjana elektrik dan bilik rehat pegawai yang turut dijadikan sebagai bilik seksaan ketika zaman Jepun

- Waktu operasi muzium ini bermula 9 pagi hingga 6 petang untuk setiap hari.

- Bayaran masuk warganegara : Dewasa RM20 / Kanak-kanak RM10
  Bayaran bukan warganegara : Dewasa RM35 / Kanak-kanak RM17


3. Penang Time Tunnel Museum

- Muzium ini terletak di No 39, Jalan Green Hall, 10200, Georgetown, Pulau Pinang

- Muzium ini memaparkan sejarah Pulau Pinang dari tahun 1592 sehinggalah sekarang. Nota sejarah bergantung di dinding terowong dan lampu di sepanjang laluan tersebut persis membawa pengunjung yang datang kembali ke zaman silam.

- Waktu operasi muzium ini bermula 9.15 pagi hingga 7 malam untuk setiap hari

- Bayaran masuk warganegara : Dewasa RM14 / Kanak-kanak RM7
  Bayaran bukan warganegara : Dewasa RM22 / Kanak-kanak RM12

- Untuk maklumat lanjut sila layari www.pinangtimetunnel.com



4. Muzium Negeri Pulau Pinang

- Muzium ini terletak di Lebuh Farquhar, Georgetown, 10200, Pulau Pinang

- Ia mempunyai koleksi evolusi sejarah Pulau Pinang

- Waktu operasi muzium ini bermula 9 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Ahad hingga Khamis (Jumaat-tutup)

- Bayaran masuk : RM1


Jadi sekiranya ingin melancong ke Penang dan anda sememangnya jenis yang meminati sejarah, boleh la berkunjung ke muzium yang banyak berada di Penang...






Tip Melancong - Ketika Berpuasa

Assalamualaikum !!!

Ya Allah lama gila tak update blog ni disebabkan oleh kekangan masa. Sibuk teramat-amat la. Ok la masa nak tulis panjang-panjang, aku nak kongsi tip untuk sesiapa yang nak melancong masa puasa ni. Jangan ingat time puasa ni takdak orang nak melancong erk. Jom baca...


1. Beza masa bersahur dan berbuka

- jika merancang untuk bercuti keluar negara, sila pastikan dan mendapatkan maklumat terperinci berkaitan dengan waktu puasa di negara tersebut. ini penting bagi menyesuaikan diri untuk berpuasa apabila berada di negara yang masa siangnya panjang berbanding malam seperti di Eropah. mengambil tahu waktu berbuka dan bersahur amat penting supaya kita tidak terlepas untuk bersahur, kerana ia amatlah penting bagi mengekalkan stamina dan tenaga untuk berjalan.


2. Elak berjemur dan bersesak di tempat panas

- jika boleh, elakkan untuk berjunjung ke pantai atau pergi bersesak-sesak di tempat orang lain ketika waktu panas kerana secara tak langsung suhu yang panas akan membuatkan badan mengalami dehidrasi dan ia akan membantutkan percutian anda.


3. Manfaatkan waktu terluang

- apabila melancong ketika puasa maka terdapat masa yang lebih banyak yang dapat diperuntukkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. contohnya, jadikan waktu makan tengah hari untuk mengunjungi masjid yang anda singgah untuk menunaikan solat. selain daripada solat, dapat juga melawat keadaan sekitar dan sejarah masjid tersebut.


4. Bawa bekalan minuman dan kurma

- sila bawa bekalan minuman dan buah kurma di dalam beg sebagai bekalan apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau sukar untuk mendapat kedai halal untuk berbuka puasa. sesetengah tempat atau kedai makan mungkin penuh ketika waktu berbuka jadi sekiranya keadaan ini terjadi, anda tidak perlu risau kerana sudah mempunyai bekalan untuk berbuka.


Akhir kata yang aku dapat bagi, puasa tidak menghalang untuk kita kaki-kaki travel ini untuk berjalan dan mengalami sendiri keadaan berpuasa di tempat orang. Selamat berpuasa semua...

Friday, 27 February 2015

Indonesia (Bandung) - Day 4

Assalamualaikum !!!

Tiba lah hari ke-4 kami di bumi Indonesia - Bandung. Aktiviti hari ni adalah ke kawah gunung berapi (Tangkuban Prahu) + Floating Market dan beberapa tempat shopping lain.

Bermula perjalanan kami ke Tangkuban Prahu tepat jam 6.30am... Bapak awal sebab pak supir kata kalau pergi awal orang tak ramai untuk tangkap gambar dan pemandangan lagi cantik sebab kabus tak banyak. Kami semua pun ikut je la. Perjalanan daripada hotel mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit untuk sampai ke sana. Sepanjang perjalanan dapat la kami melihat gelagat anak2 kecil ke sekolah. Pemandangan pun cantik di kiri kanan jalan ke sana.

Yeay dah sampan... with wani aka rokiah

Bab gedik serah kat dia... hahahahaahh

Kawah berasap tuh...


Pemandangan kat kat situ Ya Allah sangat cantik. Hebat sungguh ciptaan-Mu Tuhanku. Masih ada desiran bunyi letusan kat kawah tu. Nampak asap dan buih2 dalam kawah tu membuak2. Bau daripada letusan tu kadang2 ganggu hidung sungguh. Bau dia pelik sangat (ye la tak pernah bau macam tu). Masa dok ronda2 tu akan ada la beberapa warga tempatan yang jadi tukang tangkap gambar. Macam retis jadinya. Kejap2 suruh pose kat sini kat sana. Dorang jugak banyak explain sejarah tempat tu. Bagus. Tapi lepas selesai menjelajah kawasan gunung berapi tu dan seronok2 bergambar, dorang memulakan tugas rasmi dorang iaitu menjual barangan cenderamata. Itu sebenarnya motif dorang follow dan tolong ambil gambar. Bagi upah untuk tolong ambil gambar dorang tak nak, tapi dorang lebih suka kami beli barang. Adat orang menolong, kami semua pun pakat beli la sorang sikit barang2 cenderahati yang dorang jual (tawar betul2, sebab harga yang dorang letak memang melampau tingginya).

Lepas menghabiskan lebih kurang 2jam meronda dan melihat keindahan yang sungguh mengagumkan, kami bergerak ke Floating Market - menjual pelbagai makanan dari atas bot. Dah sampai ke kawasan tersebut kena bayar entry dulu. Pastu nak beli makanan kena guna token. Harga makanan lebih kurang sama je - dalam 2k-2.5k rupiah (murah kot). Lepas makan perlbagai jenis makanan, kami bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu untuk shopping.

*gambar dalam phone tak transfer.. hik3

Pak supir bawak kami ke Aurelia untuk beli telekung. Tak banyak beli pun sebab dah memang niat nak shopping kat Pasar Baru je. Sekejap je kat Aurelia kami terus bergerak ke Pasar Baru - syurga shopping Bandung. Ya Allah punya la sesak padahal bukan cuti sekolah pun. Rambang mata nak pilih kain2 dan telekung yang ada. Semuanya cantik2 belaka. Beli barang kat sini kena tawar lebih daripada separuh. Kalau boleh lagi rendah, lagi bagus (tapi jangan dah beria2 tawar pastu tak beli pulak).

Lepas beria shopping lebih kurang 3jam shopping kat Pasar Baru, perut pun mula berkeroncong siap berjoget2 bagai. Masa untuk lunch. Pak supir bawak kat satu restoran ni, katanya mahal sikit tapi makanan sedap2. Kami jenis tak kisah so terus pergi makan la. Restoran Pak Chi Met tak ingat kat area mana, tapi makanan dia memang terbaik la. Banyak pilihan sangat dan kami pilih untuk ambil 1set yang lengkap semuanya (maksudnya dalam satu pinggan ada macam2 lauk). Aku memang rekemen la sapa2 yang pergi Bandung untuk pergi makan kat sini. Terbaik. Sampai saat aku menaip ni pun, aku dok terbayang pinggan yang sampai kat depan mata dan keenakan makanan tu lalu kat tekak. Overkan... hik3

Tanpa ingin membuang masa di bumi Bandung, kami terus mencari masjid untuk menunaikan solat tanpa perlu balik ke hotel. Lepas ronda2 kawasan Bandung dengan sedikit hujan yang turun, kami terus bergerak ke Cihempelas Walk. Sama macam Pasar Baru, tujuannya adalah untuk membeli barang - shopping time. Kat sini banyak warga tempatan menjual barang2 seperti t-shirt, barangan kayu etc. Sampai malam jugak kami semua dok bersiar2 kat situ. Kawan2 aku memborong macam taknak balik hotel. Lebih kurang jam 10pm kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel. Nak rehat dan mandi.


*banyak gambar tapi dalam phone tak transfer lagi... hik3
maafkan aku erk...


Esoknya singkat sangat kalau nak tulis entry sebabnya pagi2 buta lepas subuh, terus check out and gerak ke Airport untuk berangkat pulang.... (*ada cerita serammm kat hotel - memang semua terdiam sepanjang dalam flight - terfikir apa yang terjadi sebelum subuh tersebut)...

Sunday, 22 February 2015

Indonesia (Bandung) - Day 3

Assalamualaikum !!!

Punya lama tergendala untuk ceritakan pasal trip aku dengan kawan2 ke Indonesia. Kali ni aku rasa sedikit masa untuk aku sambung cerita pasal trip ni. Beberapa entri yang lepas aku ada mention pasal aku dengan kawan kat Jakarta, so hari ni Day 3 kami semua bertolak ke Bandung.

Kami bertolak dari Jakarta ke Bandung dengan menaiki train (aku dah lupa berapa harga tiket). Perjalanan memakan masa lebih kurang 3jam macam tu. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat menarik iaitu kawasan padi bukit, sungai mengalir dan cerun bukit. Bagi sesetengah orang mungkin akan rasa boring, tapi aku suka tengok tempat macam tu. Tapi sepanjang perjalanan tak pasti la berapa kali kami semua tidur, jaga, tidur, jaga (tak sampai2 jugak). Sampai di Bandung kami dijemput oleh supir yang bernama Pak Yiep (booking melalui Hayuka Bandoeng). Pak supir di memang terbaik la. Ikut je kerenah kami semua. Aku bagi itinerary untuk hari tu yang aku sediakan tapi ada beberapa tempat dia suggest untuk pergi esokkan hari nya. Jadi hari ni kami cuma pusing2 bandar Bandung dan lepak2 cuci mata ja.

Mula2 Pak Yiep bawak makan tengahhari ni Wong Solo. Terbaik! Serius rasa sambal dia dengan kat KL sumpah tak sama. Kat sana memang lagi sedap dan lagi kebaboom. Lepas makan kami minta Pak Yiep hantarkan ke Hotel Naripan yang terletak di Jl. Naripan Jawa Barat untuk bersihkan diri dan solat. Lebih kurang pukul 2.00 pm, Pak Yiep ambik di hotel dan membawa kami bersiar2 mengelilingi bandar Bandung. Kami singgah di beberapa tempat menjual barang2 seperti di Kilang Kopo dan di Grutty (tak beli pun, cuma tengok2 ja).

Malamnya kami cuma lepak2 di hotel sebabnya banyak kedai2 yang tak beroperasi sebab adanya Pemilu (Pilihanraya).

Ni stesen Gambir tempat naik train nak p 
Bandung dari Jakarta..

Ni seat untuk 1st class,
yang class lain tak tau la macam mana...

Memang ambil dengan makanan sekali
sebab semua tak sempat breakfast...




Dah sampai di stesen keretapi Bandung,
selepas 3 jam perjalanan...


Keadaan dalam bilik di Hotel Naripan.
Ok la sebab hotel baru, cuma bangunan lama...





bersambung...

Review Filem ... Gudang Kubur ! So so

Assalamualaikum !!!

Hari ni aku nak bagi review sikit (dah seminggu tengok baru ada masa nak update) pasal filem terbaru lakonan Nora Danish dan Faizal Hussein iaitu Gudang Kubur...

Aku ni bukan lah seorang kaki wayang tapi kadang2 bila terlampau tak tahu nak buat apa, aku boleh ja beli tiket dan masuk wayang macam orang bodoh. Kali ni aku tengok cerita ni dengan kawan aku. Sebenarnya nak tengok filem Bangunan tapi takde la pulak, so layan je la cerita ni....

Cerita ni berkisarkan sepasang suami isteri Zara dan Anwar yang baru beli sebuah gudang lama untuk business kayu kayan mereka. Tanpa disedari sebenarnya gudang tersebut menyimpan seribu satu cerita (1 cerita je sebenarnya). Berbagai gangguan yang mereka hadapi sehingga keadaan dingin mula berleluasa dalam rumahtangga mereka. Rupanya gudang tersebut merupakan tapak rumah Melati dan suaminya yang mati accident tetapi tidak dibumikan dengan sempurna... (nak tahu lanjut tengok la nanti)

Bagi aku lakonan Nora Danish sebagai Zara memang menjadi sebagai seorang isteri yang romantik dan caring. Tetapi watak Anwar lakonan Faizal Hussein agak kaku disitu. Dia bagaikan tidak mempunyai kimia dengan Nora Danish. Watak Melati tu aku tak kenal dan bagi aku lakonannya agak kaku (kawan aku kata nasib pegang watak hantu...hehehhehe). Aku tak berapa bekenan dengan nada suara dan slang untuk watak Melati tu. Tak tahu nak bagitahu details macam mana, tapi kedengaran agak pelik kat telinga aku (itu pada pendapat aku la). Lagi satu, aku rasa cerita ni macam banyak scene2 yang tak berapa logik. Contohnya, dah takdak hari siang ka nak pergi ofis, yang Zara tu gagah perkasa nak pergi tengah2 malam jugak. Pastu mula2 Zara jalan kaki melalui kawasan dalam gudang untuk ke ofis, alih2 bila dia kena "kacau" dan nak balik kereta dia ada kat depan kontena - ofis dia pulak.

Kira ok la cerita ni kalau ada sesiapa yang nak pergi tengok. Aku ni jarang tengok wayang cerita Melayu tapi tak salah kalau kadang2 kita pergi tengok untuk majukan industri filem Malaysia. Hidup filem Malaysia... hehehe




Friday, 20 February 2015

Berhabuk & Bersawang

Assalamualaikum !!!

Ya Allah, punya lama tak update apa2 dalam blog ni. Rasanya dah cukup bersawang + berselerak tarak (bak kata orang Penang). Hujung tahun 2014 dan awal tahun 2015 betul2 membuatkan diri busy sampai selaga benda jadi tak tentu hala.

Nak mula menaip balik ni pun memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Banyak isu dan cerita2 yang nak dikongsikan tapi masih mencari ruang2 kosong yang ada untuk memuntahkan idea2 yang terlalu lama terperap dalam otak ni. Otak terlampau tepu + bercampur aduk dengan ilmu2 yang tak habis dimuntahkan sebab exam bulan 6 tapi proposal dan tesis banyak tak siap lagi. Keserabutan otak dan hidup sama je levelnya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ni akan cuba untuk menaip sekerap dulu dan harap idea2 yang tersemat dalam otak tak melarikan diri la...