Assalamualaiukum !!!
Hari ini aku dengan kawan aku si Wani tu bertukar
pendrive yang mengandungi gambar-gambar ketika melepaskan tekanan di
Kota Singa (Singapura) pada tahun lepas. So, bila tengok gambar-gambar tu terasa nak
share la beberapa tempat menarik yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke sana.
Ok, mari kita lihat satu persatu tempat yang boleh anda-anda kunjungi :
1)
Kampong Glam (Arab Street)
Di sini terletaknya Masjid Sultan yang menjadi
landmark di kawasan tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai menjual kain-kain ela, permaidani dan kedai makanan Melayu dan Arab. Disepanjang perjalanan tersebut, anda juga boleh pergi ke Malay Heritage Centre yang dibuka pada setiap hari bermula pada pukul 1000-1800.
Cara ke Kampong Glam dengan menaiki
MRT - Bugis Station
Bangunan yang akan kita nampak
2)
Geylang Serai
Himpunan gerai makan yang menjual makanan Melayu terdapat di sini. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang boleh dinikmati. Antara yang ter
famous seperti Sup Tulang Merah, Kacang Pool, Popiah Basah dan lain-lain.
Cara ke Geylang dengan menaiki
MRT - Paya Lebar Station
Deretan kedai makan yang terdapat di Geylang
3)
Bideford Junction Crosswalk
Perarakan akan bermula sekitar jam 1930. Pelbagai jenis perarakan yang dijalankan di sini.
Cara ke Bideford Junction Crosswal dengan menaiki
MRT - Orchard Station
4)
Mustapha Centre
Pada sesiapa yang tak suka pergi ke banyak tempat untuk mencari barang, silalah ke Mustapha Centre kerana disini terdapat hampir kesemua jenis barang yang anda perlukan. Bangunan ini beroperasi 24jam (sumpah tak tipu). Minyak wangi, rempah ratus, pakainan, makanan namakan saja semuanya ada. Pasti tak menyesal jika tak pulang dengan tangan kosong kerana harga minyak wanginya jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia walaupun selepas di tukarkan matawang. Pada sesiapa yang tak cukup tukaran matawang untuk berbelanja disini, jangan risau kerana diluar bangunan tersebut terdapat beberapa pengurup wang yang dapat menyelesaikan masalah anda.
Cara ke Mustapha Centre, aku jalan kaki je dengan 2 orang lagi kawan aku sebab hotel yang kami tinggal tak jauh dari Mustapha Center.
5)
Universal Studio Singapore (USS)
Tak lengkaplah destinasi percutian anda jika tidak ke USS. Tempat untuk bersuka ria ini dibuka pada pukul 1000-2100 pada setiap hari. Tiket boleh didapati di pintu masuk dengan harga 74 SDG (pejam mata je sebab tak sanggup nak
convert) atau beli secara online. Semua yang terdapat didalam USS ni best tapi yang tak bestnya bagi yang beragama Islam, suraunya Ya Allah punya lah kecik lepas tu pulak bawah
roller coaster. Boleh tak bayangkan masa angkat je takbir, dengar orang menjerit-jerit. Sabar je la. Restoran halal pun ada satu je kat dalam tu. So, sebelum nak beli makanan, pastikan kehalalannya terjamin.
Cara ke USS dengan menaiki
MRT - Habourfront Station (nanti ada train untuk bawa ke USS atau boleh jalan kaki ke Sentosa tapi berpeluh la. sebab nak save budget sanggup je redah kebahangan matahari)
Globe yang wajib ditangkap gambar bersamanya...
6)
Merlion
Kalau nak tengok sangat singa kecik yang pancut air dari mulutnya, disinilah tempatnya. Malangnya masa aku pergi hari tu, singa ni di
repair supaya kelihatan cantik untuk menyambut ulangtahun nya. Dari Merlion itu, kita dapat menyaksikan Marina Bay Sand, alah bangunan yang kat atasnya tu ada macam bentuk kapal. Dengar cerita nak naik atas tu pun kena bayar. So, kami bersetuju untuk tidak pergi ke situ memandangkan cuaca pada ketika itu amat mencemburui kami. Disebabkan masa nak pergi tu kami jalan kaki (hampir 20-30 min perjalanan) kami mengambil keputusan untuk balik dengan menaiki bot. Harga tiket River Boat tersebut adalah 8 SGD (penat punya pasal, abaikan tukaran matawang).
Kalau jalan kaki boleh nampak arca-arca yang ada disepanjang jalan...
Dari jauh dah nampak kapal di awan ni...
7)
Orchard Road
Bagi yang kaki shopping barangan mewah, tolong jangan lupa untuk singgah di sini. Ya Allah punya lah banyak pusat beli-belah. Apa yang penting ketika berada di kawasan ini adalah wang dalam beg anda. Sediakan wang kerana barangan mewah yang terdapat di situ jarang ada di Malaysia. Kalau pergi pada waktu malam, panoramanya lagi menarik kerana disekitar kawasan tersebut dilimpahi dengan lampu-lampu neon yang terang benderang.
Cara ke Orchard Road samada menaiki
MRT ataupun
Bus.
Salah satu Orchard yang ada di situ...
8)
Bugis Street
Sumpah seronok gila kalau nak beli belah barang-barang murah. Macam-macam yang ada jual kat sini. Kalau pandai tawar, Insya Allah pulang dengan beg plastik penuh di tangan. Tempat ni lebih kurang macam Petaling Street la kalau kat Malaysia. Tapi agak sesak la sebab dipenuhi dengan orang dan barang-barang jualan.
Cara ke Bugis Street dengan menaiki
MRT - Bugis Station
Boleh shopping sampai pitam...